IPTA hukum pelajar atas
lapuran Media- Jonah
Komen webmaster:IPTA menghukum pelajar bukan
kerana laporan media seperti yang didakwa oleh Jonah, tetapi
berasaskan laporan polis. Kalau cerita itu tidak betul, kenapa
9 mahasiswa itu berada di IK. Setelah ditangkap, pelajar itu
cuba menipu sebagai pekerja kilang dan suri rumah, walhal
mereka adalah aktivis pelajar USM dan UTM. Di kalangan mereka
ada yang berjawatan sebagai exco PMIUSM, exco Persatuan IKRAQ
KUiTTHO dan bekas aktivis GAMIS(UUM). Jangan salahkan IPTA,
jika IPTA mengambil tindakan tatatertib kerana aktivis mahasiswa
itu sengaja 'menjerut leher' di IK. Mungkin Jonah bernasib
baik, kerana polis tidak berminat untuk menangkapnya)
-------------
IPTA hukum pelajar atas laporan media-JONAH
Nara Duang Dean,Web Reformis
Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) didakwa menggunakan
laporan akhbar sebagai sebab untuk menghukum pelajarnya yang
didapati terlibat dalam politik.
Menurut aktivis mahasiswa, Khairul Anuar Ahmad Zainudin,
pihak IPTA seringkali mengambil keputusan sendiri ke atas
pelajar berkenaan sebelum pihak polis mengeluarkan pertuduhan.
Sebenarnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang
ada sekarang ini memang tidak relevan dari segi hak asasi
dan kebebasan bersuara dan sebagainya, dan universiti seringkali
mempergunakan akta itu untuk tujuan menindas pelajar. Jadi
pattern yang sering digunakan di universiti, biasanya clause
mencemarkan baik nama universiti itu memang sering disalahgunakan.
Katanya, laporan akhbar digunakan sebagai bukti bahawa seorang
itu telah mencemarkan nama baik IPTAnya.
Khairul berkata demikian merujuk kepada kes 9 orang pelajar
IPTA yang terlibat dalam kes menceroboh bilik gerakan Barisan
Nasional di Indera Kayangan baru-baru ini. Kesemua mereka
akan dibawa ke balai polis pada 21 Januari ini untuk didakwa.
Pihak IPTA difahamkan sedang menjalankan penyiasatan ke atas
pelajar mereka masing-masing.
Seperti kes 7 mahasiswa yang ditahan di Masjid Negara. Ada
universiti yang membuang pelajar pada hari berikutnya apabila
keluar dalam akhbar.
Khairul turut menegaskan bahawa pelajar yang mencapai umur
21 tahun ke atas, sebenarnya berhak untuk berpolitik.
Halaman Utama