IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Tuesday, April 2, 2002 10:43 PM

Jangan jadikan kegiatan politik tumpuan utama di universiti


MEGAT SHAH RIZAL, Hulu Klang.

MEMBACA laporan mengenai pelbagai tindak-tanduk para pelajar untuk menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) saya tertanya-tanya apakah tujuan sebenar pelajar-pelajar itu masuk ke IPTA.

Adakah untuk menimba ilmu ataupun untuk bermain politik kampus, iaitu untuk mendapatkan nama sebagai tokoh pemimpin pelajar.

Saya berandaian begitu kerana ada pelajar-pelajar yang lantang menentang keperluan untuk mempunyai gred yang lebih tinggi sebelum dapat duduk dalam MPP. Jadi apakah tujuan sebenar mereka berada di sana?

Jelas kepada saya bahawa pelajar-pelajar tersebut telah jauh terpesong daripada matlamat sebenar mereka memasuki IPT ini. Nampak sangat mereka kurang berminat untuk menimba ilmu, tetapi lebih berminat untuk bermain politik.

Apakah masa untuk menggarap diri dalam politik begitu terhad sehingga peluang untuk menimba ilmu di universiti dibazirkan kerana politik.

Kepada mereka ini ingin saya nasihatkan bahawa di kalangan ahli-ahli politik, hanya sebilangan kecil daripada mereka aktif sebagai pemimpin pelajar semasa di universiti. Malah ramai yang berjaya dalam karier politik bukanlah dari kalangan bekas pemimpin pelajar.

Oleh itu, janganlah jadikan kegiatan berpolitik di kampus sebagai tumpuan utama kerana universiti adalah tempat menimba ilmu.

Selepas tamat pengajian dan bekerja, para pelajar mempunyai masa yang cukup panjang untuk berpolitik.

Janganlah lulus dengan keputusan yang tidak sehebat mana dan marahkan orang lain apabila peluang pekerjaan tidak terbuka.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved