Dedah
dalang pelajar
ARES,
Cheras, Kuala Lumpur.
PENDEDAHAN
demi pendedahan mengenai kegiatan yang boleh disifatkan sebagai
separa subversif melibatkan sebahagian mahasiswa Melayu di
institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan
pada akhir-akhir ini sungguh membimbangkan.
Adalah
tidak mustahil bahawa kegiatan ini yang dilaporkan didalangi
oleh sebuah parti politik pembangkang, jika tidak dibendung
akan merebak dan membiak sehingga menjadi satu gerakan besar-besaran
yang boleh mendatangkan ancaman besar kepada ketenteraman
dan keselamatan awam, mungkin sama besarnya dengan ancaman
Parti Komunis Malaya (PKM) semasa darurat dulu.
Sebagai
seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan mahu melihat
sistem pemerintahan yang ada sekarang terus kekal demi kesejahteraan
generasi akan datang, saya sungguh-sungguh bimbang dengan
fenomena ini.
Kebimbangan
ini menjadi lebih ketara lagi apabila terdapat pula desas-desus
yang mengatakan bahawa hampir kesemua anggota Kumpulan Militan
Malaysia (KMM) yang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) sebelum ini memang benar-benar bertekad untuk
menggulingkan kerajaan yang ada sekarang secara kekerasan.
Mereka
khabarnya benar-benar yakin bahawa kerajaan yang ada sekarang
bukan sahaja tidak Islamik malah pemimpin-pemimpin Islam yang
ada dalam kerajaan sudah terkeluar daripada Islam. Oleh itu
mereka menganggap memerangi kerajaan Barisan Nasional (BN)
yang memerintah Malaysia sekarang adalah jihad yang dituntut
oleh Islam.
Sekiranya
mereka mati dalam `peperangan' itu, mereka akan gugur sebagai
mujahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga. Inilah kepercayaan
mereka dan kepercayaan ini ditanamkan ke dalam jiwa mereka
sejak mereka kecil lagi.
Ada
di antara mereka yang ditangkap itu mengaku tidak pernah didedahkan
kepada sumber-sumber maklumat lain, selain daripada ceramah-ceramah
politik parti pembangkang dan penerbitan parti berkenaan.
Mereka
dilarang sama sekali oleh ibu bapa mereka mendengar radio
atau televisyen atau membaca akhbar-akhbar tempatan kerana
media-media ini dianggap sebagai alat propaganda kerajaan.
Walaupun,
jumlah anggota militan KMM yang kini ditahan hanya 10 orang,
keseluruhan keanggotaan kumpulan haram itu kini dianggarkan
berjumlah 80 orang di seluruh negara, sebahagian besar mereka
berada di Lembah Klang. Mereka ini mungkin sedang aktif mempengaruhi
rekrut-rekrut baru.
Saya
kurang pasti sama ada anggota-anggota kumpulan militan ini
terdiri daripada mereka yang pernah terdidik di tadika-tadika
anjuran sebuah parti politik pembangkang semasa zaman kanak-kanak
dulu.
Satu
perkara yang tidak boleh dipandang ringan ialah ikrar yang
dipaksa dilafazkan oleh kanak-kanak di tadika tersebut setiap
hari sebelum mereka memulakan kelas.
Apakah
tidak mungkin sesudah begitu lama didendangkan dengan ikrar
begini, kanak-kanak yang masih mentah itu akan lebih mudah
terdorong untuk melakukan kegiatan yang bersifat militan apabila
mereka sudah dewasa.
Kini
mungkin terdapat ribuan belia di seluruh negara yang sudah
terdedah kepada kecenderungan militan itu.
Jumlahnya
pasti akan lebih membimbangkan lagi apabila diambil kira angka
2,500 orang mahasiswa di lima buah universiti utama tempatan
yang dilaporkan terlibat dalam gerakan bawah tanah.
Semua
ini tentulah membimbangkan. Dalam hubungan ini, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Naib Canselor Universiti
Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri
yang mula-mula mendedahkan kegiatan jihad militan oleh para
pelajar dan pensyarah di universiti beliau. Tindakan berani
ini telah mendorong naib-naib canselor di universiti lain
mengambil tindakan tegas terhadap pelajar-pelajar yang terlibat
di universiti masing-masing.
Tindakan
tegas begini seharusnya sudah lama diambil oleh pihak-pihak
berkuasa universiti tempatan. Mereka sepatutnya dapat memantau
kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang itu lebih
awal sebelum ia merebak. Di bawah Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) yang berkuat kuasa sekarang, naib-naib canselor
mempunyai kuasa yang cukup untuk bertindak.
Mereka
tidak perlu gusar dengan ugutan dan ancaman-ancaman daripada
pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakan mereka
itu. Mereka ini hanya terdiri daripada golongan minoriti sedangkan
sebahagian besar daripada rakyat yang rata-rata cintakan keamanan
menyokong tindakan tegas yang diambil oleh pihak universiti.
-
Halaman Utama