IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, April 8, 2002 10:31 PM

PILIHANRAYA KAMPUS UIA 2001: SATU ANALISIS RINGKAS


Oleh: Wira,PauseFor Bulletin Online 2001

Pertandingan 3 penjuru dalam pilihanraya kampus menggambarkan tentang bagaimana setiap individu berpeluang serta tanpa rasa sebarang halangan dan terikat kepada sebarang kenkangan mengemukakan calon untuk dipertengahkan didalam pilihanraya kampus .

Situasi ini secara tidak langsung memecahkan tradisi sebelum ini dan juga mengambarkan suatu kelainan berbanding IPTA yang lain. Walaubagaimanapun, pengaruh pertubuhan luar tidak kira dalam erti badan politik atau tidak masih lagi mendominasi penyertaan kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam pilihanraya ini.

Walaupun dinamakan dengan pelbagai nama , pelbagai idealisme dengan pelbagai slogan pembabitan pihak luar tidak dapat disangkal lagi . Perbelanjaan untuk menaja sesebuah kumpulan dalam erti kata menampung kos kempen samada dari segi poster , jamuan buka puasa , yuran penyertaan memerlukan kos yang agak besar. Walaubagaimanapun , penulis yakin kebanyakaan pendokong kumpulan yang menyertai pilihanraya ini sekurang-kurangnya memiliki niat untuk berkhidmat untuk pelajar dengan peristiharan pelbagai bentuk manifesto , harapan dan impian terutama sekali berkaitan dengan kebajikan pelajar.

Tetapi lantaran terikat dengan penajaan dari luar sudah pasti tidak banyak pasti sedikit unsur pengaruh badan-badan luar UIA pasti akan turut sama memacu suasana yang bakal diwarnai oleh SRC . Inipun bergantung kepada calon-calon yang terpilih . Walaupun dapat memenangi pilihanraya dengan undi yang besar , keberkesanan sesebuah organisasi kepimpinan akan teruji sejauh mana mereka mampu mendominasi suasana kampus terutama memimpin pelajar untuk turut serta bersama SRC tidak kira dalam apa isu sekalipun samada bersifat universiti ,nasional mahupun antarabangsa.

Kebetulan serupa dengan apa yang telah dinyatakan oleh John Naisbitt yang menggambarkan tentang berlakunya perubahan daripada penguasaan lelaki kepada kemunculan wanita. Bukan beerti wanita telah berkuasa seperti menjadi presiden atau sebagainya , tetapi wanita sebagai penggerak dan pengundi sudah pasti menjadi sasaran utama kumpulan-kumpulan berkempen untk meraih undi besar.

Fokus utama terutama sekali mengenai pelajar wanita menjadi fokus untuk menarik perhatian , pemberian cenderamata yang comel ,cantik sudah pasti antara ciri utama yang perlu diutarakan kepada pengundi –pengundi yang cukup berjasa kepada calon-calon.

Kecenderungan menyerupai teknik politik luar juga terbawa-bawa didalam kampus . Penggunaan pelbagai surat layang ,berunsurkan pelbagai cerita yang tidak pasti ,provokasi hadir dalam suasana politik kampus.

Walaupun tidak benar-benar menyeluruh , tetapi sedikit sabanyak mengembarkan kencenderungan penggunaan kaedah yang kurang manis dalam politik yang sepatutnya berdasarkan rasa kasih dan menyayangi antara satu sama lain . Sekurang-kurangnya ia menggambarkan rupa bentuk politik yang akan menjelma dan dibawa oleh bakal-bakal pemimpin negara pada masa-masa yang akan tiba.

Sewajarnya gambaran politik kampus yang berlaku di UIA perlu menggambarkkan perbedaan berbanding IPTA serta suasana politik negara.

Sebagai pelopor universiti Islam , kita perlu mencipta suasana politik baru hasil sentuhan rasa dan acuan intelektual serta dokongan agama yang memacu sistem politik kita . Gambaran awal disini akan menggambarkan kondisi kelak. InsyaALlah.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved