Idealis Mahasiswa
 
 

Bolehkah Cakap Anwar Dipegang ? - Ahmad Lutfi Othman


Hit = [ ]

Oleh Ahmad Lutfi Othman

(Ramai yang berpendapat pandangan Ahmad Lutfi terhadap Anwar lebih tepat dan mendalam kerana penulis mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang bekas tokoh idolanya itu.Semuanya bermula ketika Ahmad Lutfi menjadi aktivis pelajar UTM kemudian menjadi penulis akhbar tabloid Harakah,majalah Tamadun dan Penulis bebas. Buku 'Anwar Lawan Ghaffar' merupakan buku yang paling tebal pernah dihasilkan dan 3/4 daripada hasil tulisannya membicarakan tentang Anwar. Ulasan bebas penasakti2002@yahoo.com)

(Dalam buku "Anwar Lawan Ghafar?"Penerbitan Pemuda, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 309-314)

Agak ramai juga yang berkata, Anwar tidak boleh dipegang dengan kata-katanya. Anwar pandai berbelit dan bermain dengan kata-kata. Bagi pihak penyokong Abdullah Badawi pula merasakan selemah-lemah Pak Lah, beliau tidak begitu suka memberi janji-janji kosong dan jaminan tidak berasas, hanya untuk mendapat publisiti. Tuduhan terhadap Anwar ini tentulah tidak patut. Tidak boleh dipegang dengan kata-kata seolah-olah bermaksud menuduh Anwar selalu berbohong. Dalam isu pertukaran Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, antara yang menjadi tumpuan ialah, siapakah yang berbohong, Dr Mahathir atau pemberita Utusan Malaysia di Jakarta? Akhimya diumumkan bahawa Utusan yang berbohong kerana menuduh DR Mahathir sengaja memilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dalam satu rancangan TV di Indonesia. Hukumannya berat sekali. Tiga orang kanan Utusan tersingkir secara terhormat. Jadi apabila Anwar dituduh selalu berbohong, ia sesuatu yang malang. Imejnya boleh pudar. Kalau seseorang itu tidak boleh dipegang dengan kata-katanya, apa lagi yang boleh mengikatnya. Manusia bukannya ada ekor yang boleh ditarik ekornya. Lainlah dengan kuda, itu pun tidak boleh ditarik ekornya sesuka hati, nanti ditendang buruk padahnya. Bagaimanapun agak menarik kalau kita perhatikan terjemahan bebas wawancara khas Malaysian Business bersama Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik menjadi Menleri Pendidikan:

Apa perasaan saudara mengenai perlantikan baru yang boleh dikatakan sebagai satu bayangan konotasi politik dalam jawatan Menteri Pendidikan ini.

la hanya pertukaran tugas. Mengenai konotasi politik, sebenarnya saya lidak tahu-menahu mengenai hal itu. Terdapat orang yang berjaya dari pendidikan tetapi terdapat juga orang yang gagal. Tapi ia satu pertukaran yang menyenangkan. Saya sedang belajar dengan cepat dan saya ingin membual beberapa perubahan terutamanya dengan mendengar dan bercakap. Saya tidak fikir perancangan dan polisi pendidikan semestinya diputuskan bulat-bulat oleh Kementerian Pendidikan. Ia sepatutnya disepakait oleh para pendidik, ahli akademik dan profesional sertaa disokong oleh kementerian. Jadi, saya banyak menghabiskan masa untuk mendengar ... dan terdapat banyak isu. Mereka bercakap mengenai kemorosotan mutu akademik, kemerosotan disiplin di sekolah, polisi sistem pendidikan yang lebih liberal, dan ada juga yang bercakap mengenai pendemokrasian di institusi-institusi pengajian tinggi.... la memberi lebih faedah kepada saya secara peribadi.

Seorang tokoh akademik berkata bahawa "sebab utama Akta Universiti diwujudkan ialah kerana adanya orang seperti Anwar Ibrahim". Apa komen saudara?

Saya tidak fikir itu benar kerana Akta itu diperkenalkan pada tahun 1971 dan dipinda pada 1975. Pada 1971, saya menjadi pemimpin pelajar, 1975 saya dalam tahanan. Malahan sebelum itu, terdapat beberapa peruntukan ... saya masih ingat lagi dengan jelas... perkara-perkara seperti kelulusan yang bersesuaian, yang mengawal kebebasan akademik; bagaimanapun itu semua tidaklah begitu muktamad seperti perubahan pada tahun 1975. Sekarang ada beberapa hal yang saya tidak setuju. Terdapat ahli akademik dan pelajar yang menggunakan akta itu untuk menutup kegagalan mereka sendiri. Orang ramai bercakap mengenai kemerosotan mutu akademik, kekurangan penyelidikan, kemerosotan pencapaian pelajar ... saya tidak fikir akta itu boleh digunakan untuk mengukur perkara-perkara ini.

Tetapi saya boleh katakan akta itu perlu disemak semula; ia sepatutnya lebih liberal; ahli akademik perlu dibiarkan sendiri untuk menumpukan terhadap penyelidikan dan membuat kenyataan mereka sendiri agar mereka berasa lebih rileks untuk mengeluarkan pandangan mereka dalam isu-isu akademik dan kebangsaan. Begitu juga pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar memang secara semulajadi begitu kritikal terhadap pembangunan. Kita sepatutnya bersikap liberal untuk bertoleransi dan saya tidak fikir kita perlukan peraturan-peraturan yang ketat seperti pindaan 1975. Malahan sekarang pun, saya telah mengarahkan semua Naib Canselor supaya bersikap lebih liberal dalam tafsiran mereka terhadap akta itu sementara satu kajian yang menyeluruh mengenai implikasi semakan itu ... peruntukan apa yang perlu dipinda. Saya fikir itu adil.

Orang ramai cenderung untuk melabel saudara sebagai antipembangunan sebelum ini. Bagaimana sekarang?

Lebih baik saya katakan saya seorang yang kritikal terhadap isu-isu kemiskinan, pentadbiran yang lemah dan pecah amanah. Saya tetap seperti dahulu.

Dahulu saudara seorang pengkiritik. Sekarang saudara di pihak kerajaan. Bolehkan saudara menerima dengan lebih baik kedudukan pengkritik dalam masyarakat?

Ya, perlu saling menerima. Pengkritik patut menerima halangan-halangan dan masalah-masalah praktikal, realiti dan tanggungjawab mereka yang berada dalam kerajaan. Adalah perlu wujud perasaan saling menghormati antara mereka di dalam masyarakat. Bagi diri

(Terhenti sebentar) ... Saya tidak fikir begitu. Saya bertolak ansur dengan mereka. Saya kata ... anda boleh berbincang dengan saya, anda boleh tidak beisetuju dengan saya... tidak mengapa … cuma jangan berbunuh sesama sendiri. Itulah keseluruhan idea, intipati ulama dialog ilu.

Ragaimana dengan status Umno sekarang, perpecahan antara Dr Mahathir dan Datuk Musa?

lya, ini memang amat malang, ia sesuatu yang tragis. Saya tidak mahu membuat sebarang andaian mengenainya ... tetapi saya mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya.

Bagaimana dengan krisis Sabah dan PBS?

la suatu situasi yang sukar. Dalam pilinanraya yang baru berlangsung, masyarakat bukan Melayu secara umumnya menyokong PBS tetapi orang Melayu berasa tidak patut menyokong PBS pada saat Islam sedang berkembang di Sabah ... kerana tiada wakil Islam yang me.ncukupi dalam PBS ketika itu. Bagaimanapun, kita terperangkap. Jadi, adalah bagus ... biarkan rakyat membuat keputusan ... dengan meyakinkan mereka mendapat dua pertiga majoriti bersama wakil Islam. Jadi, pada senario sekarang ini, tiada siapa boleh berkata, dengan membenarkan PBS memasuki Barisan, kita telah mengabaikan orang Islam di Sabah. Itulah dilema kita. Apabila anda berada di dalam kerajaan, anda kena mengambil berat kedua-duanya.

Terdapat persepsi meluas mungkin oleh akhbar luar, bahawa pentadbiran kerajaan ini telah dapat kritikan dalam pelbagai isu seperti rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran, perkara yang sama pernah saudara kritik sebelum ini. Apa komen saudara?

Anda perlu lebih khusus. Saya tidak nafikan terdapat rasuah. Tetapi terdapat banyak tuduhan yang tidak tepat. Ahli perniagaan yang gagal mendapat tender atau kontrak biasanya akan menuduh mereka yang mendapatnya melakukan rasuah. Dalam keadaan ini, adalah sukar untuk mengira bagaimana rasuah itu berlaku. Bagaimanapun, saya percaya kempen-kempen menentang rasuah perlu dipertingkatkan. Saya percaya Badan Pencegah Rasuah perlu diperkuatkan. Ini udak bermaksud kami begitu bertolak ansur atau rileks

terhadap perbuatan rasuah. Apa yang pihak media luar negara cuba ambil tahu, situasinya agak kompleks. Memang Dr. Mahathir seorang yang kritikal ; beliau telah menunjukkan sikap tidak setuju terhadap banyak polisi Barat. Apabila mereka mengkritik penerapan nilai-nilai Islam, beliau mengingatkan mereka tentang Spanish Inquistion….Apabila tiba hal perdagangan, beliau meminta mereka untuk bertngggungjawab terhadap perlindungan kepada perusahaan dalam negeri. Terdapat banyak kritikan, yang kebanyakkannya telah membangkitkan perasaan bermusuhan dengan media luar negara yang kemudiannya mereka menjadi begitu mahir terhadap apa yang berlaku di Malaysia. Tetapi saya rasa media perlu bersikap lebih liberal. Kerajaan perlu bersikap lebih bertolak ansur.

Encik Anwar, secara jujur, adakah saudara percaya bahawa sesetengah rencana oleh Asia Wall Street Journal baru-baru ini adalah sebahagian daripada kempen yang dibuat untuk menjatuhkan kerajaan ?

Sengaja dibuat, saya tidak pasti tetapi perasaan untuk menentang kerajaan sudah tentu ada... terhadap beberapa rancangan. Pertama, kita adalah kerajaan yang kuat di antara negara-negara Dunia Ketiga dengan satu reputasi pencapaian kemajuan. Pada masa yang sama kita mengambil pendirian untuk berdikari dari Barat. Dan kita telah mengambil beberapa rancangan yang tidak menyerupai ciri-ciri Barat. Salah satu daripadanya ialah RancanganPenerapan Nilai-nilai Islam. Oleh itu, pada pendapat mereka rancangan itu mestilah kasar dan menekan ... kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka melabelkan kesemuanya Islamik .... Saya lelah membaca banyak majalah dan surat khabar - dari Amerika Syarikat hingga ke Australia - dan akan dapat dilihat kebencian mereka ... bagaimana mereka telah menerima maklumat yang salah. la sama ada kita tidak bertolak ansur atau fanatik atau membuat perkara-perkara ini untuk meredakan kebangkitan Islam di negara ini. Mereka tidak boleh memahami kedudukan sebenar apa yang kita buat di sini ... yang sebenamya tidak langsung menafikan kedudukan bukan Islam di negara ini.

Ambil kes BMP sebagai contoh. Saya menyifatkannya sebagai satu peristiwa yang tragik ... satu daripada skandal membabitkan wang dalam jumlah terbesar pernah berlaku dalam abad ini di negara ini. Tetapi kami tidak duduk diam. Satu siasatan menyeluruh dijalankan dan laporannya diumumkan kepada masyarakat. Boleh anda namakan negara-negara Dunia Ketiga yang lain yang bersedia untuk melakukannya? Sudah tentu ada sebilangan yang tidak berpuas hati. Mengapa? Kerana mereka ingin melihat Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang lain untuk terlibat sama ... kerana mereka telah mempunyai kedudukan politik dan itulah yang berlaku ... beberapa pemimpin terlibat dalam rasuah dan mereka perlu dilibatkan sama walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong pendirian atau tuduhan mereka itu. Saya tidak berminat dengan kedudukan politik. Saya lebih berminat dengan kebenaran dan mereka yang bertanggungjawab dihukum. Saya tidak peduli jika beberapa individu atau golongan tertentu pergi sama ada secara berpuas hati atau tidak.

Tetapi bagaimana pula layanan terhadap Tan Sri Ahmad Noordin? Ramai orang rasa beliau telah difitnah.

Kita memang berterima kasih kepadanya. Saya secara personal berterima kasih kepada Tan Sri Ahmad Noordin ... beliau telah melakukan kerja yang cemerlang. Tetapi terdapat juga masalah ... orang ramai menjadi begitu emosional dengan isu itu. Dokumen itu bukan satu hukuman, ia hanya satu laporan. Mengapa orang ramai tidak boleh menerima keadaan itu? Sama ada Ahmad Noordin atau penyokong-penyokongnya atau para pengkritik tidak patut memikirkan laporan itu sebagai begitu sempurna. Ini tidak bermakna semua tuduhan itu benar. la hanya laporan akauntan. Terdapat beberapa kenyataan tidak tepat dari beberapa menteri. Tetapi adakah ini bermakna kerajaan secara moralnya telah merosot atau bercakap tanpa prinsip? Anda perlu memberi penghargaan pada tempatnya ... kami menunaikan janji kami ... kami menerbitkan laporan itu. Tetapi kami mengambil masa, kami perlu pastikan bahawa ia adalah sahih dan betul terhadap semua tuduhan yang dilemparkan. Dan tiada siapa dapat menafikan bahawa ... ramai orang yang lidak bersalah tetapi menerima akibat yang tidak baik. Sama juga keadaannya kerajaan yang ingin menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melindungi mereka yang tidak bersalah. la dilakukan bukanlah sekadar atas desakan ramai atau tekanan dari pihak tertentu.

Encik Anwar, soalan yang terakhir. Sekarang ini, seolah-olah wujud perasaan meragui kerajaan secara umum. Mengapa?

Mungkin ahli-ahli perniagaan. Mereka seolah-olah meragui kerajaan sekarang; tetapi tiga tahun lalu, mereka adalah orang suruhan kepada kebanyakan ahli politik. Mereka tidak bercakap mengenai prinsip-prinsip, tiada soal moral terbabit. Apa yang penting ialah apa yang mereka dapat, bila tidak dapal, mereka mengutuk. Saya bukannya ingin membela mana-mana individu atau sikap melampau yang mereka lakukan, tetapi saya rasa seseorang perlu diberi peluang yang adil untuk menerangkan kedudukan sebenar. la bukan sekadar apa yang masyarakat rasakan secara umum; tetapi satu kebenaran. Siapa mereka ini dan apakah yang mereka perkatakan? Apa yang mereka perkatakan adalah mengenai lender atau mutu kontrak; kalau mereka mendapat tanah atau sesuatu yang mereka perolehi dan seseorang, lalu mereka menyokong orang itu.

Perkara-perkara seperti itu adalah dahsyat Saya sendiri susah hati. Anda tahu apa sebabnya? Saya tiada kaitan langsung dengan kontrak atau tender. Saya menolak untuk dikaitkan dengan itu semua, dalam Kementerian Pertanian dan sekarang. Orang datang berjumpa saya untuk mendapat kontrak .... Saya kata, pergi jumpa pegawai yang berkaitan. Kalau mereka merayu, saya akan beri perhatian dengan bertanya jawatankuasa yang berkaitan, lembaga berkaitan tender. Jika mereka tuduh terdapat rasuah, saya kaji dan jika benar berlaku, saya serahkan kepada pihak BPR untuk membuat keputusan. Sekarang tersebar luas soal meragui kerajaan datang dari siapa? Saya pergi banyak tempat dan saya tidak fikir ia datang dari kampung-kampung. Sudah tentu terdapat pengaruh PAS, tetapi kebanyakan pembangkang di bandar. Kemudian, mungkin golongan elit yang liberal. Mereka memang sentiasa mengkritik: Ketika saya di kampus, saya pernah bersama mereka dalam keadaan tertentu. Beritahu saya, akta mana yang mereka pernah setujui, beritahu kami rancangan mana yang popular, beritahu kami Perdana Menteri mana yang mereka sukai atau sokong? Tetapi mereka lebih lantang sekarang. Kerana Dr. Mahathir bersikap liberal. Jadi, orang berasa lebih bebas untuk mengeluarkan pendapat mereka.

Sekarang, golongan yang lebih kritikal selain dari golongan ini ialah ahli-ahli perniagaan, ataupun mereka yang bermasalah dan kebanyakannya dibuat sendiri. Lihat senarai pinjaman mereka dengan beberapa bank. Mereka menyusahkan diri mereka sendiri dan meminta kerajaan untuk menjamin mereka. Saya tidak berkata semua tuduhan itu tidak adil. Terdapat sungutan yang berasas, tetapi secara kteluruhan, ini adalah kerana mereka tidak mendapat kontrak. Apa yang kami lakukan? Kami tidak mempunyai banyak kontrak lagi sekarang.





Copyright © 2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved