IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Wednesday, January 16, 2002 9:17 PM

Pindaan Auku dan Aku Janji : Mahasiswa Dalam Persimpangan Jalan


Oleh: Ann Abdullah

Majalah Minda, Januari 2002, Krangkraf Publication Sdn. Bhd, hlm.35-36.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan pada tahun 1971 bretujuan

untuk membataskan pergerakan dan kegiatan mahasiswa khusuuusnya di luar kampus. Namun,akta itu ternyata gagal menghalang mahasiswa daripada terus membabitkan diri dalam pelbagai isu yang menyentuh keentingan masyarakat,negara mahupun dunia antarabangsa.

Sikap anti iestablisment yng ditunjukkan oleh mahasiswa jelas tidak disenangi oleh pemerintah kerana dikhuatiri akan mengugat kedudukan dan status quo mereka. Lantaran itu, beberapa pindaan, telah dibuat terhadap AUKU pada tahu 1975 untuk memperketatkannya

Pindaan itu telah menyebabkan pergerakan kemahasiswaan hampir lumpuh dan kampus menjadi sepi. Perjuangan mahasiswa semakain kehilangan arah dan berada dalam keadaan yang tidak menentu.

Akibatnya mahasiswa semakin dipinggirkan daripada arus perubhan sosio-politik yang berlaku dalam negara. Mereka hidup terasing dalam kampus dan kegiatan yang tidak memperlihatkan status kemahasiswaannya. Mahasiswa dikatakan telah menjadi golongan yang statik, beku, kakau dan jumud. Justeru, timbul beberapa percubaan untuk menghidup dan mengembalikan kegemilangan mahasiswa melalui penubuhan pelbagai pertubuhan yang bersifat kebangsaan bagi menyatu-padukan mahasiswa di dalam satu wadah perjuangan yang sama. Mereka cuba merampas persoalan semasa dan politik dalam pelbagai forum, seminar dan simposium yang dianjurkan. Sesekali mereka mengadakan dan mengambil bahagian dalam demontrasi untuk menyuarakan bantahan serta perasaan tidak puas hati terhadap perkara yang menyentuh kepentingan mereka samaada secara langsung ataupun tidak.

Mahasiswa cuba bersuara sekalipun suara mereka dibataskan oleh peraturan yang wujud dalam AUKU. Bagi mahasiswa perjuangan mereka sudah sebati dengan masyarakat dan merasakan sudah sampai masanya mereka kembali semula kepada masyarakat-nya selepas menyepi buat beberapa ketika Pergolakan politik yang berlaku dalam UMNO pada pertengahan tahun 1980-an telah membuka ruang dan laluan kepada mahasiswa menyata dan memperlihatkan sikapnya Walaupun mereka tidak melibatkan diri dalam politik kepartian tetapi terdapat saranan di kalangan pemimpin mahasiswa supaya mereka menurunkan calon bertanding dalam pilihan raya umum bagi membuktikan bahawa perjuangan mahasiswa se-benarnya belum mati dan terkubur lagi. Bagaimanapun hasrat itu telah dihalang oleh peruntukan yang terkandung dalam AUKU. Mereka tidak berupaya mencabarnya melainkan dengan menyokong mana mana pihak yang hendak memansuhkan akta itu yang telah merantai pergerakan mereka untuk sekian lamanya

Jadi, apa yang mampu dilakukan oleh mahasiswa ialah mem berikan sokongan moral terhadap pihak dan parti politik yang mampu memenuhi aspirasi mereka Beberapa perkembangan yang berlaku dalam politik negara pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an telah menyuntikkan semacam semangat kepada mahasiswa untuk bergiat lebih aktif sebagai kumpulan pendesak. iwatch dogi dan agen perubahan sosial yang berkesan. Suara mahasiswa bukan sahaja bergema di dalam kawasan kampus tetapi juga di tengah-te-ngah khalayak orang ramai. Mahasiswa melihat kegiatan mereka sebagai satu proses demokrasi yang sihat. Berbeza dengan pihak pe-merintah yang menganggap tindakan mahasiswa itu sebagai se-

suatu yang merbahaya dan boleh mengancam kedudukan mereka Sejarah dan pengalaman di beberapa buah negara lain telah membuktikan betapa gerakan mahasiswa mampu menumbangkan pemerintahan yang bercorak demokrasi ataupun totalitarian.

Bagi membendung perkara ini daripada berlaku maka gerakan mahasiswa perlu ditekan dan dikekang. Kewujudan gerakan bawah tanah dan penularan pengaruh serta anasir-anasir pembangkang di institusi pengajian tinggi (IPT) telah dijadikan sebagai hujah oleh kerajaan untuk meminda AUKU. Pindaan kali ini dijangka akan menyebabkan mahasiswa hilang keb-basan untuk bersuara bergerak dan berjuang di atas landasan yang telah ditetapkan selama ini. Begitu juga dengan para ahli akademik mungkin hilang autonomi keintelektualannya untuk menyatakan pandangan serta pendapatnya khususnya yang kontra dengan pihak pemerintah dan iestablismenti. Mahasiswa dan golongan ahli akademik sejak dahulu lagi telah mendesak supaya AUKU dihapuskan. Manakala kuasa autonomi universiti dipulihkan.

Tetapi apa yang berlaku adalah di sebaliknya di mana desakan mereka telah tidak dipedulikan. AUKU terus dipertahankan sebagai senjata yang paling ampuh untuk menangani kegiatan yang bersifat subversif, militan dan anti kerajaan di IPT. Malahan sejauh mana ke-wujudan anasir-anasir tersebut di IPT masih lagi belum diketahui dan boleh dipertikaikan? Itulah pendirian dan sikap para mahasiswa serta kebanyakan pensyarah di IPT yang tidak mahu kehidupan di kampus terus dikongkong dengan pelbagai peraturan yang tidak memberikan sumbangan kepada akademik dan kegiatan yang bercorak keintelektualan. Mereka rata-ratanya bersetuju kampus tidak sepatutnya dijadikan sebagai gelanggang politik kepartian. Tetapi ini tidak bermakna politik tidak dibenarkan di IPT. Ini disebabkan politik mempunyai takrif yang cukup luas dan tidak terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kuasa dan pemerintahan semata-mata

Universiti sepatutnya menjadi tempat untuk para pelajar belajar berpolitik dan mengasah bakat kepimpinannya Mereka tidak sepatutnya dilayan seperti pelajar-pelajar sekolah. Sistem pendi-dikan di universiti dan IPT adalah berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Mereka tidak seharusnya dipaksa menandatangi aku janji atau kontrak dengan kerajaan untuk tidak terlibat di dalam kegiatan yang bercorak politik dan "anti establisment". Para mahasiswa tidak sepatutnya dipaksa belajar tanpa boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang bercorak kemasyarakatan. Mahasiswa tidak wajar dipisahkan daripada masyarakat dan dibiarkan hidup terkurung ibarat katak di bawah tempurung. Perlaksanaan aku janji itu akan menyebabkan mahasiswa hilang hak kemahasiswaan dan kebebasannya sebagai seorang seorang insan yang mempunyai pandangan hidupnya yang tersendiri tidak terkecuali dalam bidang politik.

Mahasiswa dan seluruh warga IPT kini benar-benar berada di dalam dilema serta persimpangan jalan. Pindaan terhadap AUKU dan perlaksanaan aku janji akan menjadikan perjuangan mahasiswa semakin tidak bermaya Sekaligus membunuhi idealisme dan gerakan mereka yang sudah menjangkau usia setengah abad itu. Apa yang lebih dikhuatiri lagi ialah universiti dan IPT hanya akan melahirkan produk untuk memenuhi pasaran tenaga kerja bukan siswazah yang mampu berfikir, bereaksi dan memiliki nilai-nilai manusiawi yang tinggi. Jikalau itu berlaku, negara akan ketandusan pemimpin di masa depan dan hanya dipenuhi dengan pak turut yang mengiakan apa sahaja yang disogok serta diberikan ke-padanya


Halaman Utama

 

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved