Idealis Mahasiswa
 
 

DEMA Yang Demam !


Hit = [ ]

Oleh: Joseph Lim

Saya bukanlah seorang pelayar regular web idealisme-mahasiswa, kerana bagi saya web ini hanyalah seperti forum-forum dan web mahasiswa yang lain yang lebih cenderung kepada pembabitan mahasiswa Melayu atau Bumiputera sahaja.

Namun, apabila saya diminta beri komen terhadap satu artikel tulisan AbeNgah, saya merasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara kerana bagi saya, sebagai seorang mahasiswa berbangsa Cina (ada yang suka pakai istilah Tiong Hua), adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan sedikit kekeliruan atau salah faham yang mungkin timbul ekoran tulisan AbeNgah.

Pertama sekali, saya menasihatkan AbeNgah, atau secara singkat AN, supaya jangan begitu emosional terhadap isu perkauman kerana hanya membaca tulisan Can Chee Fat daripada DEMA. Janganlah AN membuat rumusan seakan-akan tulisan Can itu melambangkan pemikiran majority masyarakat mahasiswa Cina di Malaysia. Saya ingin tegaskan di sini bahawa tulisan Can DEMA itu hanya melambangkan pendirian dan perjuangan sempit DEMA sahaja, dan kebanyakan mahasiswa di IPTA lebih suka menghabiskan masa mereka dengan perkara-perkara yang lebih realistic seperti buat persediaan untuk exam, siap assignment pensyarah atau meluangkan masa dengan rakan-rakan mereka dalam aktiviti sukan, rekreasi dan juga tidak ketinggalan, bergirl-friend atau berboy-friend.

Untuk membuktikan hujah saya, AN boleh check balik apa yang telah DEMA laksanakan sepanjang tempoh pembabitan kumpulan tersebut dalam politik kampus dan luar kampus. Rata - ratanya adalah aktiviti tunjuk taring depan press dengan memanggil press conference dengan mengharapkan backing daripada organizasi seperti Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor (DPCS), Suaram, Dong Jiao Zhong, Suaram dan organisasi-organisasi orang Cina (Hua Duan) yang lain.

Taktik ini bukan sesuatu pekara yang asing, malah dianggap sebagai satu modus operandi yang standard bagi sesebuah kumpulan yang diasaskan dan diketuai mahasiswa Cina. Yang bezanya, DEMA tampak lebih licik dalam strateginya menagih simpati daripada komuniti orang Cina sehingga sanggup melibatkan diri dalam pelbagai kempen politik di luar kampus.

Bagi mendapatkan sokongan daripada NGO yang menjuangkan hak asasi manusia seperti Aliran dan Suaram, DEMA bergiat aktif dalam aktiviti berbentuk protest dan demo untuk hak asasi manusia. Maka tidak hairanlah mengapa muka-muka orang DEMA muncul pada perhimpunan di KLCC tahun lepas, dan gambar-gambar aksi beberapa ahli DEMA ketika demonstrasi di KLCC telah dimuatkan dalam majalah 'Perspektif Pedas' yang diterbitkan oleh kumpulan yang berlainan nama organisasinya, tetapi dianggotai orang DEMA yang sama juga.

Dalam melobi sokongan daripada aktivis pendidikan Cina seperti tokoh-tokoh daripada Dong Jiao Zhong (DJZ), sebuah organisasi yang juga terkenal dengan penglibatan mereka dalam kontroversi tuntutan Suqiu dan pilihanraya kecil Lunas, DEMA turut bekerja keras dalam kempen mempertahankan hak pendidikan bahasa ibonda yang ditunjangi DJZ. Selain daripada itu DEMA juga memberikan sumbangan yang 'tidak ternilai harganya' dalam kempen SOS, iaitu kempen yang diwujudkan untuk memperjuangkan nasib Sekolah Cina Damansara lama yang kini telah ditutup dan digantikan Sekolah Damansara Baru di Tropicana.

DEMA bukan sebuah organisasi yang bodoh. Dalang (atau pemimpin) di sebalik kumpulan tersebut adalah terdiri mereka yang berwawasan dalam politik. Mereka tahu bukan senang untuk orang Cina extreme seperti mereka untuk melakukan break-through dalam suasana politik yang masih terkongkong dalam ruang lingkup politik perkauman, maka mereka akan mengaplikasikan pendekatan yang lebih soft dan strategic demi agenda jangka panjang mereka.

Maka kita nampak lihat pada hari ini, DEMA bukan sahaja aktif dalam aktiviti luar kampus yang bersifat Kecinaan, tetapi pada masa yang sama melibatkan diri dan mengekalkan connection mereka dengan beberapa pertubuhan mahasiswa haram yang diketuai mahasiswa Melayu. Oleh kerana saya lebih tekankan huraian mengenai DEMA, maka di sini saya tidak akan senaraikan organisasi-organisasi haram yang saya sebutkan.

Persoalannya, kenapa DEMA begitu komitet dengan perjuangan mereka dan demi matlamat mereka, DEMA sanggup bermuka-bermuka dengan pelbagai pihak, termasuk memperalatkan simpati mahasiswa dan komuniti orang Cina luar kampus? Adakah kita pernah bertanya bahawa DEMA ini untuk siapa? Kalau untuk mahasiswa, kenapa DEMA dilihat lebih cenderung dengan kegiatan luar kampus seperti memperjuangkan hak pendidikan bahasa ibonda dan SOS? Jika DEMA bertunjangkan idealisme mahasiswa, kenapa DEMA lebih cenderung menyelesaikan soal kebajikan mahasiswa dengan meminta campur tangan pihak luar, tetapi pada masa yang sama melaungkan dan memperjuangankan satu suasan kampus yang neutral dan bebas daripada pengaruh politik luar kampus ?

Semua dan banyak lagi akan dikongsi bersama dalam siri tulisan saya yang akan datang. Ingin saya tegaskan di sini bahawa bukan niat saya untuk mengaibkan orang lain dengan kritikan-kritikan saya kerana akarnya, saya orang Cina jugak. Tak ada benefit kalau saya serang kaum saya sendiri. Tetapi saya tidak mahu imej saya sebagai orang Cina digadaikan kerana tindak-tanduk orang DEMA yang begitu insensitive dan bakal menggadaikan imej baik mahasiswa Cina di IPTA tempatan.

Orang Cina masuk IPTA bukan senang, system kuota amat ketat dan cukup disadvantage bagi pelajar Cina yang cemerlang. Saya melihat jika DEMA dibiarkan terus bermaharajarela tanpa memikirkan sensitivity orang lain, pada satu hari kelak mungkin akan timbul tanggapan bahawa mahasiswa Cina adalah pengacau dalam IPTA, dan kemasukan orang Cina ke IPTA akan terus disekat. Saya harap kerisauan saya tidak akan berlaku, kerana saya percaya benar bahawa DEMA tak boleh dan tak mampu bina univerisiti untuk pelajar Cina.

I will be back





Copyright © 2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved