IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Ungku Aziz bercakap mengenai hubungan antara kaum


Terjemahan: Suntzi Jr (suntzi-junior@care2.com)

Berhujah mengenai hubungan antara kaum di Malaysia, Prof Diraja Ungku Aziz berkata kunci kepada keharmonian antara rakyat Malaysia adalah tahap kesabaran yang tinggi. Namun, pada dasarnya persefahaman antara kaum dan semangat saling mempelajari antara satu sama lain masih lagi kurang.

"Ini adalah kelemahan yang wujud dalam masyarakat kita, tetapi ia juga merupakan satu kunikan dalam suasana kepelbagaian kebudayaan."

Mengambil rumah ibadat sebagai contoh, Ungku Aziz berkata walaupun di Malaysia terdapat pelbagai jenis rumah ibadat, tetapi suasana porak peranda sehingga membakar dan merosakkan rumah ibarat penganut agama yang lain seperti yang berlaku di Indonesia tidak berlaku di Malaysia.

"Mungkin inilah tahap kesabaran yang wujud dalam keharmonian dan kesejahteraan sehingga mampu menggerakan pembangunan ekonomi dan kemajuan pelbagai sector dalam negara."

Sebuah negara yang sering berada dalam suasana terumbang-ambing dan kucar-kacir tidak akan maju. Akibatnya, rakyat tidak akan menikmati kehidupan yang berkualiti.

"Namun demikian, tahap kesabaran ini tidak banyak menyumbang kepada persefahaman antara kaum, sebagai mana orang Melayu tidak faham dengan amalam beragama orang Tiong Hua. Sikap yang menjadi amalan umum adalah 'tidak jaga tepi kain orang'."

"Budaya orang Tiong Hua membakar barangan kertas untuk si mati merupakan satu amalan yang di luar pengetahuan kaum lain, tetapi tiada siapa yang mengambil inisiatif untuk memahami sejarah budaya tersebut."

Ungku Aziz berkata tahap kesabaran antara kaum di Malaysia harus dipertingkatkan.

"Kaum Tiong Hua tidak harus terlalu secretive. Sebaliknya, harus bersikap terbuka dan merelakan kaum lain dalam memahami intipati kebudayaan orang Tiong Hua."

Ungku Aziz berpendapat factor 'kesabaran' itu mungkin telah menimbulkan satu bentuk kerisauan mengenai persoalan mengenai limitasi masing-masing. Ada yang bimbang jika timbulnya sesuatu isu yang melampaui 'kesabaran' tersebut, konflik antara kaum akan tercetus.

Ungku Aziz berkata persefahaman yang ikhlas tidak akan tercapai jika rakyat dipaksa tinggal sebumbung. Kaedah paksaan ini, menurut beliau, mungkin akan membawa kepada percanggahan pendapat dan ketidaksefahaman.

Ditanya mengenai isu Sekolah Wawasan (SW), Ungku Aziz berpendapat bahawa projek SW harus diteruskan jika ia dapat menyumbang kepada integrasi budaya dan persefahaman antara pelajar dari pelbagai latar bangsa.

Ungku Aziz amat sensitive terhadap isu kemiskinan rakyat. Selain daripada bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti menanggani masalah kemiskinan yang dialami penduduk kawasan desa, beliau juga amat arif dalam kajian isu-isu ekonomi masyarakat desa dan merupakan antara penyumbang utama Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ungku Aziz berkata pembanguan di desa kini lebih pesat berbanding puluhan tahun dahulu. Namun jurang pendapatan masih luas dan sebilangan penduduk Bumiputera masih dihantui masalah kemiskinan.

Ungku Aziz berpendapat bahawa orang Tiong Hua mengamalkan budaya yang tersendiri dalam aspek ekonomi, dan mereka harus, dengan hati yang terbuka, membantu kaum-kaum lain dalam bidang perniagaan.

"Dalam usaha mengukuhkan penglibatan mereka dalam sector tertentu, orang Tiong Hua menubuhkan persatuan dan organisasi seperti yang berbentuk suku kaum (clan), dan mereka cukup bersatu hati."

Ungku Aziz telah banyak berjasa dalam kajian yang menyentuh isu-isu ekonomi kaum Melayu dan masalah kemiskinan. Sumbangan beliau telah membolehkan para pemimpin negara lebih memahami reality hidup kaum Melayu dan atas jasa beliau, Ungku Aziz telah diikhtiraf sebagai pelopor kepada pembaharuan Malaysia.

*Artikel ini adalah terjemahan daripada laporan akhbar yang diterbitkan dalam Nanyang Siang Pau pada 8 April 2002. Sila rujuk artikel sebenar jika terdapat sebarang kemuskilan. Ikuti bahagian kedua di laman web idealis-mahasiswa.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved