Idealis Mahasiswa
 
 

Rampasan Kampus Universiti Malaya


Hit = [ ]

Oleh Kamarazamn Yacub,
buku "Bersama Anwar ke Penjara",
1994, Transgrafik Sdn.Bhd., hlm. 107-120

KUASA pelajar atau 'Student Power' menjadi kata-kata keramat kepada gerakan pelajar tahun 60-an dan awalan 70-an.

Ombak kebangkitan pelajar tanahair seiring dengan nada gerakan pelajar di Asia dan Dunia ketiga yang lain. Biarpun kekuatan Kuasa Pelajar tanahair tidak mencapai rekod seperti kebangkitan pelajar di Korea, Thailand dan Indonesia hingga mampu menumbangkan sebuah kerajaan. Namun riak dan ombaknya kadang-kadang mencecah kerungsingan Perdana Menteri di negara ini pada masa itu.

Gerakan Kesatuan Mahasiswa Indonesia (KAMI) yang dikaitkan dengan CIA berjaya menumbangkan Regim Sukarno. Suhu pelajar Universiti Chulalongkorn dan Thammasat tidak dapat diturunkan dengan amaran asap gas pemedih mata melainkan oleh peluru. Ratusan pelajar terkorban dan tercedera. Itulah tahap dan erti kekuasaan pelajar di negara jiran.

Kita salut atas pengorbanan pelajar-pelajar tersebut. Tapi kita sentiasa berdoa agar sejarah perjuangan pe-lajar tanahair tidak sampai ke situ. Barangkali erti demokrasi yang berbeza mengasingkn bentuk penyelesaiannya.

Keghairahan pelajar berdemonstrasi di negara ini bermula pada akhir dekad 60an. Isu Bahasa Kebangsaan, kejadian 13 Mei, isu Teluk Gong member! ruang pada mereka untuk bertindak melalui cara ini

Era baru ini menampilkan beberapa tokoh seperti Anwar Ibrahim, Syed Hamid Ali, Sanusi Osman, sekadar menyebut beberapa nama.

Pemecatan Dr. Mahathir dan Musa Hitam dari UMNO oleh Allahyarham Tungku Abd. Rahman selepas 13 Mei kononnya mendapat simpati para pelajar. Sampai sekarang nama Anwar sering dikaitkan sebagai pemimpin pelajar yang bersimpati kepada nasib Dr. Mahathir, bila disentuh soal ini.

Gerakan pelajar selepas Anwar meninggalkan kampus semakin tegas dan berani. Keperihatinan mereka terhadap untung nasib bangsa semakin menebal. Sebagai anggota masyarakat yang tidak berkepentingan mereka terus menjadi telinga kepada rakyat

Kita menyaksikan siri-siri demonstrasi bermula seolah-olah tanpa menghujung. Mereka mengharap masaalah penghidupan rakyat dan umat Islam seluruh dunia, isu domestik, nasional dan internasional dianyam begitu rapi lalu dijelmakan menjadi suatu demonstrasi yang besar.

Ada menteri yang jadi popular dan menggunakan pelajar untuk mencapai cita-cita besarnya seperti Tan Sri Ghazali Shafei. Datuk Harun Idris menjadi mangsa kepada cita-cita seorang menteri bila berjaya mengeksploitasi pelajar mengadakan demonstrasi khas menentang Datuk Harun yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beberapa tokoh pelajar muncul di pentas politik pelajar pada tahun 70an. Antaranya Hishamuddin Rais (UM), Ibrahim Ali (ITM), Rahman Rukaini (UKM), Fatimah Sham (USM) dan lain-lain.

Beberapa siri demonstrasi tercetus di beberapa pusat pengajian tinggi sepanjang tahun tersebut. Antara yang menggegarkan masyarakat ialah demonstrasi anti Amerika dan Israel menggabungkan seluruh tenaga pelajar. Kutukan terhadap Nixon dan Golden Meir tidak henti setakat di depan bangunan Kedutaan Amerika di Jalan Ampang. Malah mereka terus berarak ke Lincoln Centre Pusat Kesenian dan Kebudayaan Britain.

Demonstrasi ini bukan saja mendekatkan Abu Yakob (Yusuf AI Hantaz), wakil Al Fatah kepada mahasiswa dan masyarakat. Malah sebagai penghubung dan tanda sokongan pelajar terhadap perjuangan rakyat seluruh dunia dalam menentang imperialis Amerika dan zionis Israel.

Di samping Abu Yakob, Anwar turut melontarkan diri ke dalam gelombang kebangkitan pelajar ini. Demonstrasi yang menemukan beliau kembali kepada tindakan tegas pelajar tanpa sebarang kompromi.

Anwar menunjukkan kemampuan pidatonya yang mampu membakar semangat pelajar. Luap api semangat pelajar disimpulkan dengan tindakan. Kemuncaknya pelajar menterjemahkan kemarahan dengan melontarkan batu ke dinding Lincoln Centre. Bila batu tertampan, berkecailah dinding cermin bangunan Lincoln Centre. Maruah Britain tercemar.

Anwar berbaju batik hijau dan berselipar dijulang oleh pelajar. Sebenarnya beliau diarak dalam julangan pelajar dari depan Kedutaan Amerika hingga ke Lincoln Centre. FRU hanya beberapa trak tidak mampu menurunkan suhu kemarahan pelajar. Barangkali FRU sedar tiap patah perkataan Anwar yang disambut oleh ribuan pelajar boleh mensia-siakan gas pemedih mata yang mereka miliki jika dilepaskan. Pertama kali FRU tergamam dan panik melihat kehebatan pelajar tanahair.

Penjulangan Anwar oleh pelajar itu sebagai simbol penerimaan mereka terhadap kewibawaan dan ketokohan beliau. Penerimaan mereka terhadap kepimpinan Anwar yang berterusan dan tidak tamat di kampus saja.

Aku yakin sebahagian besar pelajar yang berada di pentas politik pelajar tahun 60an dan 70an sentiasa mendoakan agar beliau terus memanjat lebih tinggi. Mereka yakin Anwar mampu membawa perubahan kepada negara. Generasi pelajar sezaman dengannya tahu bahawa beliau mempunyai visi.

PMUM merupakan persatuan pelajar terbesar di negara ketika itu. Selalunya suara dan tindakan mereka mendapat sokongan dari kepimpinan institusi pengajian tinggi yang lain. Demonstrasi isu Setinggan Tasik Utara, Johor pada Oktober 1974 merupakan peristiwa penting kepada PMUM. Pelajar bertindak kerana simpati kepada rakyat miskin di Tasik Utara yang teraniaya oleh nafsu dan selera Tan Sri Osman Saat, MB, Johor ketika itu. Sebelum dan semasa pilihanraya umum 1974 setinggan terus dibenarkan menghuni kawasan tersebut. Tapi selepas pilihanraya semua rumah rakyat miskin diroboh tanpa belas kasihan.

Kadang-kadang aku terfikir bagaimana Tan Sri Osman sebagai Ketua Perhubungan UMNO Johor masih boleh bercakap tentang membela nasib rakyat. Bagaimana dia tanpa segan bercakap soal penindasan ke atas rakyat sedangkan rekodnya begitu dahsyat.

PMUM menghantar pelajar dengan dua buah bas milik PMUM di bawah pimpinan Hishamuddin Rais. Beliau bersama pelajar bergabung dengan setinggan Tasik Utara untuk menghalang jentolak dari merobohkan rumah rakyat Pelajar dan rakyat tidak dapat menerima selera Tan Sri Osman Saat yang mahu membangunkan padang golf di atas tapak rumah rakyat mlskin.

Hishamuddin Rais, Abu Zer All, Yunus Ali Hassan Karim, Adi Satria turut ditangkap bersama Syed A. Hamid Ali serta tokoh setinggan Majid Yaakob. Mereka ditangkap atas alasan menghalang tugas pegawai kerajaan.

Sebagai Presiden PMUM yang menunggu di Kampos Univesiti Malaya dan turm berdemo di depan pejabat Perdana Menteri selama tiga hari, aku merasakan tidak ada jalan lain untuk membebaskan kawan-kawan yang ditangkap, melainkan merampas saja Kampus Universiti Malaya. Tindakan ini terpaksa diambil bila PM Tun Abdul Razak tidak mahu berjumpa dengan perwakilan pelajar.

Aku masih ingat FRU terus memburu kami dari depan pejabat PM hingga ke merata tempat di Kuala Lumpur. Memang aku telah mengarahkan kepada pelajar supaya berpecah-pecah bagi mengelirukan FRU.

Aku masih ingat Datuk Abdullah Ahmad terperangkap di bulatan dekat Bangunan Bank UMBC. Dia membunyikan hon tanpa henti sambil menunjukkan kemarahannya. Akhirnya dia mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan kepadaku. Aku merasa tercabar lalu mencabut kasut dan melempar ke arahnya. Dia terperanjat sambil menutup cermin keretanya.

Sekembalinya dari demonstrasi, aku mengumumkan rampasan kuasa kampus Universiti Malaya. Kedua pintu masuk ke kampus diambil alih oleh mahasiswa. Hampir keseluruan persatuan pelajar di Universiti Malaya yang bemesyuarat bersetuju dengan keputusanku. Kecuali Persatuan Bahasa Melayu di mana wakilnya tidak membuat pendirian.

Seluruh administrasi kampus Universiti Malaya ditawan oleh pelajar. Kami bermesyuarat di bilik Mesyuarat Majlis Universiti. Barangkali itulah yang pertama dan terakhir buat pelajar Universiti Malaya.

Aku jelaskan kepada pemimpin persatuan bahawa tindakan merampas kampus hanya semata-mata berharap Canselor Permaisuri Agong ketika itu mahu berbincang dengan pelajar. Niat kami hanya satu iaitu mahu beliau menggunakan budi bicara untuk pembebasan semua yang tertangkap berhubung isu Setinggan Tasik Utara.

Pada malam tersebut pelajar berhimpun di Dewan Tuanku Canselor untuk mendengar penerangan dariku berhubung rampasan kuasa kampus Universiti Malaya.

Semasa aku berbincang di Rumah Persatuan PMUM datang seorang pelajar memberitahu bahawa sekumpulan pelajar yang siap bersenjata keris, pisau, rantai besi, kayu berpaku dan lain-lain sedang berhimpun di Dataran Sastera. Tidak lama selepas itu aku mengarahkan rakan-rakan supaya meninggalkan

Rumah Persatuan, bila gerombolan itu harapir ke Rumah Persatuan. Aku bertindak demiikian demi keselamatan kawan-kawan.

Aku sendirian menunggu gerombolan pelajar-pelajar bersenjata. Ingatanku masih segar terhadap peristiwa ini. Mereka yang kebanyakannya ahli Persatuan Silat UM seperti orang dirasuk. Aku tetap menunggu di meja Presiden PMUM.

Aku ajak mereka berbincang. Tapi otak-otak yang telah dirasuk itu sudah tidak rasional. Mereka boleh bertakbir dan menjerit tak tentu fasal. Dahsyat! Terjadi kehangatan. Akhirnya seorang yang berbadan tegap menolakku sambil dua tiga yang lain memaksa aku ke Dewan Tuanku Canselor. Sampai sekarang aku yakin yang bertindak agak keras itu bukan seorang pelajar, malahan seorang SB.

Sesampai di Dewan, aku dapat melihat keadaan sudah menjadi tegang. Penyokong-penyokong aku sudah mula menunjukkan kemarahan kepada gerombolan yang bersenjata. Nampaknya mereka turut bersedia untuk bertembung dengan puak bersenjata itu.

Di Pentas Dewan, Aziz Shamsudin iaitu Presiden Persatuan Bahasa Melayu sudah sedia menunggu. Dia memaksa aku untuk menarik kembali rampasan kuasa kampus. Aku menolak sebaliknya mengajak diadakan pungutan referendum.

Aziz yang sedar akan pengaruhku tidak mahu mengalah. Dia tahu, kalau diadakan referendum pastinya kumpulanku akan menang. Aziz sedar hakikat ini. Aku tetap mendapat sokongan majoriti pelajar. Aku mampu menggenggam PMUM selagi mahu.

Tidak lama Naib Canselor Ungku Aziz sampai. Dia diminta bercakap oleh Aziz Shamsudin.

Prof. Ungku Aziz bercakap menghangatkan suasana dengan menimbulkan isu-isu perkauman. Dia bercakap soal-soal yang tak bersangkut paut, misalnya perjuangan beliau menegakkan Bahasa. Aku dapat melihat bagaimana Prof. Ungku Aziz melepaskan dendamnya kepadaku dengan menegangkan suasana sambil menimbulkan isu-isu perkauman.

Beliau tidak sepatutnya berbuat demikian kerana nyawa pelajar bergantung kepada kepimpinan di pentas Dewan di masa itu.

Ungku Aziz langsung tak menampakan sebagai seorang intelek. Sifat-sifat keintelektualannya tertunjal oleh dendam kesumatnya. Dia berlagak seperti 'warlord' yang baru dapat menumpaskan musuhnya. Dia merasakan dirinya 'super warlord' bila pasukan silat bertempik tak tentu fasal dan berkeliaran di dewan dengan senjata di tangan. Para pelajar setengah gila itu dirasakan general-general bersenjatanya.

Belang Ungku Aziz terdedah. Dia menyingkap sendiri topeng yang dipakainya selama ini. Bila terdedah, sesiapa pun nampak kehodohan wajahnya.

Mana-mana para pensyarah di Universiti Malaya yang turut berada di dewan pada malam itu kerana ingin mendengar tujuan rampasan kuasa itu meluahkan kekesalan pada sikap Ungku Aziz. Mereka dapat melihat bagaimana ketidakmampuan Ungku Aziz menangani suasana kritikal.

Mereka dapat melihat bagaimana Ungku Aziz boleh mempergadaikan nyawa para pelajarnya demi melepaskan dendam kesumatnya. Ungku Aziz bukanlah seorang Naib Canselor yang dalam apapun keadaan akan melindungi nyawa para pelajarnya.

Ungku Aziz mengibaratkan kami sebagai pemandu bas ingin menjadikannya sebagai kapal terbang. Dia berkata, dia akan menggenggam bara biar sampai menjadi arang. Aku berdoa agar dia berjaya dan bara itu tidak membakar tangannya.

Ungku Aziz perlu melihat ke dalam dirinya. Dia perlu membuat sesuatu supaya orang tidak melupakan jasanya. Nampaknya hingga kini dia masih belum menghasilkan sebarang karya yang besar. Bukunya Jejak-jejak Di Pantai Zaman tak ubah seperti mini tesis mahasiswa tahun akhir. Itu bukan hasil yang boleh dianggap Khazanah negara.

Ungku Aziz mesti berkarya dari sekarang sebelum tangannya terbakar. Dia tentu tahu, bila sejarah bersabda maka kebenaran akan terserlah.

Memandangkan suasana begitu tegang. Menginsafi kemungkinan akan berlaku pertumpahan darah di kalangan para pelajar, maka aku menarik balik rampasan kuasa di Kampus Universiti Malaya. Aku yang merampas kampus atas nama MTS iaitu Majlis Tertinggi. Sementara terpaksa menyerahkan kuasa kepada gerombolan bersenjata yang direstui oleh Ungku Aziz.

MTS ditubuhkan dengan persetujuan PMUM termasuk kesemua tiga puluh lebih persatuan-persatuan kecil dibawahnya. Di samping itu wakil persatuan PMIUM dan PBMUM turut serta di dalam mesyuarat penubuhannya di dewan mesyuarat senet UM.

Esoknya tertubuh MTN iaitu Majlis Tertinggi Nasionalis yang dipimpin oleh pelajar yang tak dikenali iaitu Ahmad Latif dan Hamzah Zainuddin. Ahmad Latif sebelum ini peraah menduduki AJK Kebudayaan PMUM di tanganku. Inilah rampasan kuasa Universiti pertama dan terakhir barangkali di negara kita.

Golongan-golongan yang kontra-rampasan kuasa cuba mendapatkan sokongan dan pengikhtirafan dari institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Pemimpin-pemimpin mereka cuba mempengaruhi pemimpin PMUKM, KSITM, PMUPM dan lain-lain dengan isu perkauman dan keagamaan. Namun usaha-usaha tersebut tidak berhasil.

Anwar sendiri telah mengarahkan supaya semua kepimpinan mahasiswa hanya mengikhtiraf kepimpinan PMUM. Bukan kepada dua "Wak Long" yang mengepalai MTN yang menjadi badot kepada golongan tertentu di luar kampus.

Semua kegiatan PMUM selepas pengantungan ini masih kukendalikan. Mesyuarat-mesyuarat dengan pemimpin pengajian tinggi yang lain dalam apa pun gerakan dan tindakan aku tetap mewakili PMUM.

Pemimpin-pemimpin MTN hanya mendapat sokongan dari media, tapi gagal mendapatkan sokongan dari mahasiswa. Maka si kadok yang telah terlonjak ke junjung itu direnggut jatuh. Oleh kerana mereka tak ada pengaruh, maka Ungku Aziz tak dapat menggunakan mereka sepenuhnya. Penguasaan MTN terpaksa ditarik balik.

MTN yang diikhtiraf oleh Ungku Aziz pada mulanya cuba bergerak mendapatkan pengaruh dari kolej ke kolej. Presiden Kolej Kelima Salehuddin Hashim dengan AJK Kolej Kelima bukan saja tidak menerima kedatangan mereka, malah pemimpin MTN disorak dan terhalau dari Kolej. Sikap berani Salehuddin akhirnya diikuti oleh pemimpin-pemimpin kolej yang lain. Jadilah pemimpin MTN sebagai anjing buruk kepala. Tak laku dimana-mana. Nasib si opporcunis!

Biarpun telah diharamkan oleh kerajaan, di kaca-mata mahasiswa PMUM tetap wujud. Dan aku bersama Hishamuddin terus diikhtiraf oleh para mahasiswa. Kami menubuhkan PMUM dalam buangan. Ungku Aziz tetap takut dengan bayangan kami.





Copyright © 2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved