SOS-DAP-DEMA Bantu Calon Keadilan Di Indera Kayangan
Hit = [
');
//-->
]
Setiap kali pilihanraya kecil yang melibatkan kawasan pengundi cina, maka parti DAP memakai jenama NGO Save Our School (SOS) akan turun padang berkempen untuk parti pembangkang.
Di Indera Kayangan (IK), SOS yang datang berkumpulan lebih kurang seramai antara 20-50 orang, bekerja keras memastikan calon keadilan memenangi pilihanraya tersebut.
Antara bentuk kempen yang dijalankan adalah berceramah(dipentas keadilan); merayu undi dari rumah ke rumah; menganjurkan pesta tanglung dan tandatangan sokongan SKC Damansara dan merayu undi pada hari penamaan pengundian.
Seorang wakil SOS, berkempen di pentas Keadilan, Jln. Seruling pada 10 Jan, bercakap dalam bahasa cina dan sedikit terjemahan dalam bahasa Melayu. Ucapannya menyentuh mengenai kekejaman kerajaan menutup SKC Damansara lama yang menjadi teras kebudayaan masyarakat Cina. Kemenangan BN bermakna proses pengekalan sekolah lama akan terbantut.
SOS dengan kerjasama Keadilan(Cina) menganjurkan Pesta Tanglung dan acara menandatangani sokongan sekolah Damansara(lama), di Taman Mutiara, Kangar pada 17 Jan, jam 8.30 malam. Majlis itu dirasmikan oleh Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan. Sebelum itu, sebuah 'replika' tanglung raksasa telah dinyalakan dan diterbangkan ke udara sebagai melambangkan'pembuangan kuasa jahat'. Replika yang diterbangkan itu telah terkandas di pokok dan hangus terbakar. Menurut pengerusi majlis, replika yang terbakar itu melambangkan kepimpinan kerajaan BN yang telah ditewaskan.
Sebelum itu, seorang wakil SOS telah berucap dengan mendakwa sepanjang berada di IK, SOS gagal untuk mendapatkan tandatangan sokongan daripada pimpinan MCA, maka pada malam ini, Wan Azizah telah bersetuju untuk menandatangani 'watikah sokongan' sebagai tanda persetujuan parti keadilan terhadap perjuangan SOS. Kira-kira 300 orang cina menyaksikan program tersebut.
Sekumpulan ahli SOS telah berkempen dari rumah ke rumah dan kedai-kedai cina dengan membawa bendera tiga segi(kecil-warna kuning) dan pamplet pada 18 Jan 2002. Program yang bermula pada 9.00 pagi berakhir pada pukul 5.00 petang dan berakhir ditempat permulaan kempen iaitu di Pejabat Keadilan Pusat bandar Kangar.
Ahli-ahli SOS dipecahkan mengikut kelompok kecil berada di tempat-tempat merayu undi iaitu, di SRJK Tamil, SM Syed Hassan, SRK Putra, SK Seri Perlis, SRJ(K) Khoon AIK dan SMK Perlis, untuk merayu undi bagi pihak calon keadilan pada 19 Jan.
Ahli-ahli SOS mudah dikenali identitinya kerana kumpulan mereka akan memakai baju t-shirt putih yang disebelah belakangnya tertera tulisan merah 'SOS'.
Sebelum dan selepas pilihanraya kumpulan ini menyusup masuk dalam pertubuhan dan kelab cina berdaftar atau tidak berdaftar dengan memainkan peranannya masing-masing.
Di dalam kampus SOS menjelma sebagai DEMA, sebuah gerakan sulit cina yang diharamkan di IPTA.