Demonstrasi
Pelajar universiti anti hiburan?
Utusan
Malaysia
Ini
mencetuskan kebimbangan banyak pihak kerana kecenderungan
ini kelihatan usaha untuk membantah acara hiburan secara total
oleh kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Persoalannya
apakah mereka realistik dengan banyak cabaran di sekeliling
mereka selain melihat hiburan sebagai faktor yang merosakkan
moral remaja?
Apakah
ini memperlihatkan kalangan pelajar khususnya di institusi
pengajian tinggi tidak mempunyai agenda untuk diperjuangkan?
Lalu memilih isu remeh yang memberikan gambaran mereka anti
kepada hiburan secara total.
Demontrasi
antihiburan ini bukan perkara baru. Kalangan pelajar pernah
membantah konsert Sudirman di UKM, Bangi pada pertengahan
80-an dulu. Kemudian diikuti dengan banyak lagi demontrasi
termasuk persembahan M. Nasir di Perdana Siswa Universiti
Malaya pada pertengahan 90-an.
Presiden
Majlis Persatuan Hiburan (Mahkota), A. Rahman Hassan berkata,
kecenderungan sesetengah pihak yang cuba menghalang perkembangan
budaya kerana ketidakfahaman mereka.
Beliau
menggesa pihak terbabit agar tidak menekan pengamal industri
hiburan negara ini dengan ancaman mengadakan demonstrasi dan
sebagainya.
"Amalan
demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak yang menggunakan isu
Islam membuatkan orang luar memandang ajaran agama Islam sebagai
sempit,'' kata Rahman.
Rahman
menjelaskan, sekarang ini aktiviti yang bertentangan dengan
Islam dalam sesetengah amalan bercirikan kebudayaan telah
dibuang.
"Amalan
yang boleh membawa kepada khurafat di dalam main petri, kuda
kepang dan makyung misalnya telah tiada dalam mempersembahkannya
sekarang,'' kata Rahman lagi.
Beliau
sememangnya sedar sekarang ini banyak pihak menggunakan isu
agama untuk menghalang penganjuran sesuatu acara bercorak
hiburan.
"Tidak
salah mereka menghalang sesuatu persembahan budaya luar yang
dikhuatiri boleh merosakkan,'' katanya.
Tetapi
pada masa yang sama beliau menegaskan, penganjuran aktiviti
hiburan juga boleh menjadi benteng menghalang remaja melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah.
"Seni
itu perlu untuk mewarnai kehidupan kita,'' kata A. Rahman
lagi.
Pihaknya
sedia berbincang dengan pihak yang menganggap penganjuran
aktiviti hiburan sebagai pembawa kepada kemudaratan.
Sementara
itu Penasihat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Zaeinal
Abidin Omar berkata, setiap individu memerlukan hiburan di
dalam kehidupan mereka.
"Hanya
orang yang tidak waras sahaja akan menolak hiburan,'' jelasnya
mengulas mengenai isu berkaitan. Bagaimanapun Zaeinal berkata,
pihak yang waras juga tidak mengizinkan aktiviti hiburan yang
melampau.
Menurut
Zaeinal, tidak wajar bagi pihak berkenaan untuk memaksa semua
orang supaya menolak hiburan secara total di negara ini.
Golongan
pelampau agama juga menurutnya tidak berhak untuk menyekat
kemajuan industri hiburan di negara ini sehingga menyebabkan
perkembangan kesenian dan kebudayaan terbantut.
Beliau
yang menyelar tindakan seperti itu berkata, adalah sesuatu
yang tidak logik untuk memaksa semua pihak supaya meminggir
hiburan kerana setiap manusia mempunyai naluri yang berbeza.
"Ada
orang yang suka menghabiskan masa di dalam gua untuk membuat
amal ibadat dan kita tidak menghalang. Tetapi golongan seperti
ini tidak boleh memaksa semua orang untuk membuat ibadat seperti
mereka dan meminggirkan perkara berkaitan dengan kehidupan,''
jelasnya lagi.
Jelasnya,
banyak pihak yang sememangnya menolak nilai-nilai melampau
yang dibawa dalam persembahan hiburan tetapi mereka bersikap
terbuka menerima hiburan yang sihat.
Allahyarham
Sudirman misalnya tidak pernah lupa menyelitkan nilai-nilai
patriotik dalam setiap persembahan sama ada dalam atau luar
negara. Tetapi Sudirman juga menjadi mangsa kepada pelajar
yang bersikap melampau menolak hiburan.
Isu
seperti ini memperlihatkan sesetengah dari kalangan generasi
pelajar institusi pengajian tinggi tidak realistik melihat
cabaran-cabaran yang lebih besar daripada konsert hiburan.
Mereka
tentunya tidak pernah terfikir siapakah yang akan mengisi
Koridor Raya Multimedia (MSC), E-Village dan sebagainya yang
menuntut kepakaran yang tinggi.
Apakah
mereka sanggup melihat orang luar memanfaatkan teknologi kerana
masa remaja mereka telah dihabiskan dengan perjuangan remeh
anti hiburan.
Halaman Utama