PTPTN
wajar hapus caj empat peratus
Thursday,
March 14 @ 16:22:24 MYT
KUALA
LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) menyifatkan kos perkhidmatan empat peratus
oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
wajar dihapuskan kerana ia tidak berlandaskan tolenrasi serta
mengutamakan keuntungan.
Penolong
Setiausaha Agung PTPTN, Saiful Khairi Kamaruddin berkata,
jika ia terus dikenakan oleh PTPTN, badan itu akan dilihat
seperti menjalankan urusan perniagaan dan bukan menjaga kebajikan
pelajar sepenuhnya.
Beliau turut meminta Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa membuat
kajian yang melibatkan penghapusan caj perkhidmatan sebanyak
empat peratus.
"Pendidikan
bukanlah suatu barang dagangan yang boleh meraih keuntungan
terlalu tinggi oleh mana-mana pihak sehingga tidak mengutamakan
prinsip kebajikan masa depan generasi muda negara ini,"
katanya.
Tambah
beliau, adalah tidak wajar caj empat peratus yang perlu dibayar
selepas tamat pengajian atau semasa bekerja diteruskan kerana
mereka (pelajar) akan dibebani dengan pelbagai hutang yang
terpaksa diselesaikan.
"Kesannya,
segala bentuk komitmen yang mereka curahkan dalam membangunkan
negara, akhirnya terbantut kerana pelbagai bebanan dan tekanan
yang mereka hadapi semasa bekerja," ujarnya.
PKPIM
juga katanya, meminta PTPTN bersikap lebih terbuka dan tolenrasi
dalam menyelesaikan kebajikan kewangan pendidikan pelajar.
"PTPTN
seharusnya tidak melihat graduan dengan segulung ijazahnya
boleh memperolehi gaji yang tinggi dengan mengambil kesempatan
mengenakan sistem yang tidak sewajarnya ke atas mereka,"
katanya.
Halaman Utama