14
NGO bantah tindakan USM
Sumber:
Buletin Berita Keadilan, 15 Feb 2002
KUALA
LUMPUR: Sebanyak 14 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengeluarkan
keny-ataan bersama untuk menyokong 6 orang pelajar Universiti
Sains Malaysia (USM) yang telah diambil tindakan tatatertib.
Di
bawah pimpinan Persatuan Siswazah Lihua Kuala Lumpur dan Selangor
(Lihua), satu pertubuhan alumni Persatuan Bahasa Tionghua
(PBT) USM, NGO-NGO itu mengambil berat terhadap amalan demokrasi
di kampus USM.
"Kami
berasa kesal dengan tindakan USM mengenakan tindakan tatatertib
terhadap 6 orang pelajar atas tuduhan penglibatan mereka dalam
aktiviti isu semasa," kata Lee Fook Lin sebagai presiden
Lihua.
"4
orang pelajar telah digantung pelajaran mereka selama satu
semester walaupun cuma tinggal beberapa minggu untuk menamatkan
pengajian mereka. Dua orang didenda atas tuduhan penglibatan
dalam aktiviti bantahan ISA dan anti sekolah wawasan,"
kata Lee.
Keenam-enam
pelajar itu adalah presiden PBT Lee Yen Ting, setiausaha agung
Choo Chon Kai, Loke Chee Hoe, Nurul Fatean, Yap Yih Chyuan
dan Ng HuiYee.
Lee
dituduh melanggar Kaedah Universiti dengan terlibat dalam
perhimpunan haram Mem-bantah Rancangan Sekolah Wawasan yang
diadakan pada 17 November 2000 di tepi jalan Sungai Dua, Pulau
Pinang.
Tuduhan
kedua menyatakan bahawa Lee terlibat dalam perhimpunan beramai-ramai
di ha-dapan pejabat HEP pada 1 Ogos 2001 sempena hari perbicaraan
tatatertib 4 orang pelajar PBT. Tuduhan ketiga menyatakan
bahawa Lee mengingkari arahan Pengarah Jabatan Keselamatan
dan tidak berjumpa dengan pegawai yang berkenaan.
Lee
digantung tempoh pengajiannya selama 1 semester dan denda
RM200.
Tuduhan
pertama Choo menyatakan bahawa dia menjual sebuah lencana
"Mansuhkan ISA Zalim' kepada seorang kakitangan universiti
dengan harga RM2 dan disabit bersalah di bawath Kaedah Universiti.
Tuduhan kedua berkaitan dengan perbuatannya yang menampal
dan mempamerkan poster Mansuhkan ISA Zalim di bilik PBT, Pusat
Pelajar USM, tanpa kebenaran HEP.
Choo
juga dituduh ada pada dirinya 9 buah lencana yang sama. Dia
dihukum gantung selama 1 semester.
Loke
dan Fatean dituduh terlibat dalam perhimpunan haram Membantah
Rancangan Sekolah Wawasan dan digantung pengajian selama 1
semester. Yap dan Ng dihukum bersalah dan denda RM150 sebab
memiliki bahan-bahan bercetak yang boleh menimbulkan ketidakdisiplinan
sebagai seorang pelajar.
Pertubuhan-pertubuhan
yang menyokong kenyataan bersama adalah Lihua, Suaram, Hakam,
Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong),
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina
Malaysia (Dong Zong), Jawatankuasa Suqiu, Jawatankuasa Hak
Sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Perikatan Penulis Media
Independen (Wami) dan Just World.
Pertubuhan
pemuda yang turut menyokong kenyataan bersama termasuk Persatuan
Graduan dan Belia Selangor dan Kuala Lumpur, Red Rose Youth
Center, Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema),
New Vision Studio dan Seksyen Pemuda Dewan Perhimpunan Cina
Negeri Sembilan.
Susulan
daripada itu, aktiviti PBT, termasuk AGM yang sepatutnya diadakan
pada Januari 2002, telah ditangguhkan oleh pihak HEP.
Lee
Fook Lin menegas, tindakan tatatertib USM telah menyekat hak
kebebasan mengadakan aktiviti dan mengambil bahagian dalam
aktiviti pelajar, apatah lagi hak kebebasan bertutur, berhimpun
dan hak asasi manusia yang lain. - BK
Halaman Utama