Bekas
Setiausaha GAMIS didenda RM100.
BEKAS
SETIAUSAHA GAMIS DIDENDA RM100.
Oleh
Wartawan
IM
Bekas
Setiausaha Agong GAMIS, Muhamad Faisal Abdul Rahman, telah
dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM100 kerana pertuduhan
'menjalankan urusan sebagai Setiausaha Agung Gamis, pada sesi
2000/1 dan perbuatan yang telah merosakkan nama baik universiti
serta melanggar kaedah 3(a)(I) kaedah-kaedah Universiti Malaya,
1999'
Manakala
tuduhan kedua 'menjalankan kegiatan luar kampus dan telah
mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada UM yang telah
melanggar kaedah 13(1), kaedah-kaedah UM, 1999' telah digugurkan
kerana tidak cukup bukti.
Bekas
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya itu telah
menghadiri pembicaraan tatatertib yang diadakan pada 30 Januari
2002, jam 2.30 petang, di bilik Mesyuarat Perdana 1, Kompleks
Perdanasiswa.
Sebelum
ini, Kamarulzaman Abdullah (bekas Presiden GAMIS) diberi amaran
keras oleh pihak pentadbiran USM manakala Shazwan Dzulkifli
(bekas Naib Presiden) digantung satu semester berkuatkuasa
November oleh pentadbiran UUM.
Halaman Utama