Penajaan HISMAT (Himpunan Mahasiswa Terengganu)
olehsekumpulan mahasiswa yang berasal dari negeri Terengganu,
IPTA secara jelas melanggar AUKU Seksyen 15, ceraian (1),
(2), (3), (4) dan (5).
Seksyen 15 (1) & (2) secara jelas menyebut,
"tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar universiti
boleh MENJADI SEORANG AHLI, atau boleh dengan apa-apa cara
BERSEKUTU dengan, mana-mana PERSATUAN, PARTI POLITIK, KESATUAN
SEKERJA atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan
orang sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam universiti atau
luar universiti dan sama ada ianya adalah di dalam Malaysia
atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana diluluskan terlebih
dahulu diluluskan secara bertulis oleh naib canselor".
Malah sekyen 15, ceraian (3) & (4) lebih
terperinci lagi, dengan menyatakan mahasiswa tidak boleh menyatakan
sokongan atau bantahan (walaupun tidak bersekutu) dengan mana-mana
kumpulan khususnya parti politik;"Tiada sesiapa jua,
semasa menjadi seorang pelajar universiti boleh MENYATAKAN
atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan
SOKONGAN, SIMPATI atau BANGKANGAN terhadap mana-mana PARTI
POLITIK atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan
atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang haram".
Seksyen 15 (5) pula menggariskan sesiapa yang
melanggar seksyen 15(1),(2),(3) & (4) boleh dikenakan
denda tidak lebih SATU RIBU atau penjara tidak lebih daripada
ENAM BULAN atau denda dan penjara itu kedua-duanya.
Mempersendakan AUKU
Maka, penubuhan HISMAT yang dilancarkan pada
31 Disember 2000, di Kompleks Sri Iman, sempena Ijtima Idulfitri
Mahasiswa Terengganu 1421H, oleh YAB Menteri Besar, Tuan Guru
Haji Abdul Haji Awang dianggap keterlaluan dan mempersendakan
AUKU.
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_depan.html)
HISMAT ditubuhkan di bawah wadah PAS melalui
DEWAN PEMUDA PAS TERENGGANU yang bermatlamat untuk membantu
parti PAS mengekalkan pemerintahan di negeri tersebut.
(http://forums.vantagenet.com/5/8/1122933358/forums/112293./msg878895.html)
(http://forums.vantagenet.com/5/8/1122933358/forums/112293./msg867525.html)
Membantu Pilihanraya 2004
HISMAT mempunyai suatu organisasi kukuh, mempunyai
perlembagaan yang diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa
tertinggi yang diadakan pada 25 Disember 2000. Perlembagaan
itu telah dibentangkan dalam persidangan Nasional Tahunan
HISMAT kali pertama yang telah diadakan pada 21 Julai 2001,
berselindung di sebalik nama Konvensyen Mahasiswa Terengganu
2001.
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_plmbgn_menu.html)
Struktur jawatankuasa HISMAT menggabungkan
seluruh mahasiswa IPTA yang dipecahkan kepada dua bahagian
iaitu sektor Malaysia dan sektor Terengganu dengan dikawal
oleh seorang presiden.
Sektor Malaysia dan Terengganu terdiri daripada
enam mahasiswa jawatankuasa pusat dan lapan mahasiswa jawatankuasa
biro. Sektor Malaysia berfungsi menggembling tenaga, melatih
kader-kader baru serta kempen kepada mahasiswa/I IPTA di negara
ini.
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_org.html)
Manakala Sektor Terengganu pula berfungsi
membantu kerajaan negeri Terengganu khususnya berhubung secara
langsung dengan Dewan Pemuda PAS Terengganu. Antara kegiatannya
termasuklah Khidmat Siswa Masyarakat, tenaga penceramah, tukang
kempen dan melatih tenaga sukarela mahasiswa bagi persiapan
menghadapi pilihanraya 2004.
Kedua-dua sektor itu mempunyai Jawatankuasa
Khas yang terdiri daripada lapan orang, yang bermatlamatkan
untuk menambahkan rangkaian, dengan memberi penerangan kebaikan
kerajaan PAS Terengganu, melalui bidang politik, pendidikan,
ekonomi, kebajikan, keagamaan, pentadbiran dan pembangunan.
Antara jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk
menjayakan misi itu adalah Jawatankuasa Politik dan Hal Ehwal
Semasa, Pendidikan & Dakwah, Perhubungan Ekonomi, Penerbitan
& Penerangan, Kebajikan & Kemasyarakatan, Sains & Teknologi dan Kajian Strategik.
Kesemua Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh
aktivis pelajar terutamanya dari GAMIS.
Aktivis GAMIS
Presiden HISMAT diterajui oleh Mohd. Nazri
Chik(UM). Timbalan Presiden Kamarulzaman Abdul Wahab(USM),.Manakala
AJK terdiri daripada, Mohd. Ruhaizie Riyadzi(UTM Skudai),
Norhasni Jamaludin(UKM), Emran
Yunus (Kolej Universiti Terengganu) dan beberapa mahasiswa
dari Persatuan Mahasiswa Terengganu IPTA.
Mohd. Nazri merupakan pelajar tahap akhir
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, yang juga merupakan
aktivis GAMIS. Sebelum ini, dia memegang jawatan Timbalan
Presiden PMIUM sesi 1999/2000.
Sepanjang menjawat jawatan dalam PMIUM, dia
berusaha untuk mengadakan demonstrasi dengan hasrat akan wujud
suasana huru hara dalam negara, di bawah pemerintahan BN/UMNO.
Antara demo terbesar yang pernah dilakukan
adalah demonstrasi anti-Israel @anti Dr. Mahathir pada 25
Februari 2000, bertempat di masjid Ar Rahman, Universiti Malaya.
Dengan angkuhnya pimpinan PMIUM@GAMIS mendesak
Dr. Mahathir Mohamad(PM) meletakkan jawatan walaupun demo
itu turut disaksikan oleh pegawai-pegawai HEP UM. Bendera
UMNO dan BN dipijak serta dibakar, walaupun tidak ada kaitan
dengan demo anti-Israel itu.
(http://www.parti-pas.org/feb2000/24feb2000_demo.htm)
(http://members.tripod.com/lamanrakyat/nation/bakar.html)
Oleh kerana tidak ada tindakan daripada pihak
universiti dan polis, sekali lagi aktivis militan ini menaja
Demonstrasi Menentang AS, di Masjid Negara. Demo ini dianjurkan bersama dengan DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
pada 14 Julai 2000. Sekali lagi flatform demo digunakan untuk
mengkritik pucuk pimpinan negara.
Maklumat mengenai kegiatan ini disebarkan
melalui internet dalam ruangan hizbi@hizbi.net, pmium@egroups.com,
pmiupm@egroups.com dan gamis@onelist.com.
(http://www.malaysia.net/lists/sangkancil/2000-07/msg00199.html)
Selain itu, dia juga mengadakan sidang akhbar
bersama lima pertubuhan haram(Gamis, DEMA, PKPIM,BBMN dan
GMLN), pada 5 April 2000 bagi menyokong Mohd. Rizal Anan,
pelajar UUM, yang dikenakan tindakan tatatertib kerana menghalang forum penjelasan isu DSAI dan menyusun strategi
membantu PAS Kubang Pasu pada pilihanraya 1999.
(http://groups.yahoo.com/group/reformasiUTM/message/646)
Berikutnya, dalam tahun yang sama, aktivis militan ini menaja
Demo Anti-Bollywood pada 21 Julai 2000, bertempat di masjid
Ar Rahman, melibatkan 1000 mahasiswa. Kali ini, pimpinan PMIUM
@ GAMIS mencela Pak Lah(TPM), yang didakwa orang yang bertanggungjawab
membenarkan konsert maksiat berleluasa di negara ini.
Walaupun lima mahasiswa (termasuk Nazri) dibicarakan di mahkamah
universiti, tetapi kelima-lima mereka dibebaskan tanpa syarat
kerana tidak cukup bukti.
(http://groups.yahoo.com/group/MalayaUniversity/message/42)
Lancar Laman Web
Untuk menjayakan propanganda HISMAT, maka
laman web "Majalah On-line HISMAT@AnakTranung" dilancarkan
pada 13 Mei 2001.
(http://www.geocities.com/anaktranung/index.html)
Setakat ini laman web itu dilayari oleh lebih
4000 mahasiswa Terengganu, berdasarkan kemas kini terakhir
pada 13 Jun 2001.
Menurut presiden HISMAT, laman web HISMAT
dan HISMAT@yahoogroups.com adalah cara yang paling berkesan
untuk menyampaikan maklumat dan mempengaruhi mahasiswa/I lain
menyertai pergerakan mereka.
(http://www.geocities.com/anaktranung/presiden_ucap.html)
Antara artikel yang dimuatkan dalam laman
web itu;
1. Ucapan Belanjawan Terengganu 2001; oleh
MB Terengganu
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_eks_ekontrg2001_1.html)
2. Kembali Kepada Agama Formula Terbaik; oleh
Presiden GAMIS
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_eks_kembali.html)
3. Memorandum Mahasiswa Negara Desak Hapus
4% PTPTN
(http://www.geocities.com/permai_intan/hismat_eks_memoptptn.html)
KESIMPULANNYA, berpolitik adalah hak individu mahasiswa yang
sewajarnya dihormati. Sama ada aktivis mahasiswa memperalatkan
atau diperalatkan parti
politik adalah sukar disukat dengan mata kasar.
Namun perbuatan aktivis mahasiswa terjun dalam
kancah politik luar secara aktif ketika masih berstatuskan
pelajar sepatutnya tidak wajar dilakukan.
Apatah lagi terlibat secara jelas dengan penubuhan
pertubuhan haram yang bercanggah dengan AUKU dan keselamatan
negara.