USM
benar 4 pelajar duduki peperiksaan
Sumber:Berita
Harian, 19 Feb 2002
GEORGETOWN,
Isnin -Empat pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang
digantung satu semester kerana menyertai debat di Singapura
dan perhimpunan haram membantah pelaksanaan Sekolah Wawasan,
Mei dan November tahun lalu. dibenarkan menduduki peperiksaan,
bulan ini.
Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USM, Prof Madya Datuk Jamaludin
Mohaidin, berkata keputusan membenarkan pelajar terbabit menduduki
peperiksaan semester bulan ini, dibuat atas dasar perikemanusiaan.
"Atas
dasar perikemanusiaan, kita mengambil keputusan membenarkan
mereka menduduki peperiksaan semester masing-masing."
katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pameran
Projek Seni Pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni USM,
di sini. hari ini.
Jamaludin
mengulas laporan akhbar baru-baru ini berhubung nasihat USM
kepada pelajar yang digantung itu supaya membuat rayuan kepada
Kementerian Pendidikan.
Katanya.
setakat ini, USM belum menerima sebarang maklum balas daripada
Kementerian Pendidikan berhubung penggantungan pelajar terbabit.
Halaman Utama