oleh Suhaimi Jusoh
Kuala Lumpur: 12 Januari 2002: Langkah Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) USM, Prof. Madya Datuk
Jamaludin Moahiadin membubarkan Persatuan Mahasiswa Islam
(PMI) USM kerana terlibat dalam aktiviti politik membuka lembaran
baru dalam dunia kecemerlangan mahasiswa yang lebih bebas
dan
bermaruah.
Gerakan mahasiswa telah lama dikaitkan dengan
arus
perdana politik tanah air sebagai tempat perkaderan
dan alat untuk pihak tertentu mencapai maksud politik
mereka. Dalam keadaan yang sama, atas nama `latihan
berpolitik' mahasiswa dilibatkan oleh pihak
berkepentingan dalam percaturan politik semasa mereka sehinggakan
akademik yang menjadi tujuan utama kewujudan mahasiswa terabai
dan dipinggirkan.
Lebih dari itu, masyarakat melihat gerakan mahasiswa
menjadi alat tunggangan pembangkang. Ada ibu bapa yang takut
untuk menghantar anak mereka mengikuti
poengajian di IPTA tempatan kerana faktor ini. Ramai
mahasiswa yang terpaksa menangguh pengajian dan ada pula di
antara mereka yang diberhentikan kerana gagal dalam pengajian
masing-masing kerana penglibatan mereka secara agresif dan
fanatik dalam pergerakan berkenaan yang hanya mementingkan
pengajian Islam semata-mata khususnya ilmu fardhu ain.
Tindakan TNC HEP USM tersebut adalah langkah
bijak - kena pada masanya supaya pihak berkenaan sedar bahawa
pentadbir bersedia mengambil tindakan yang
setegas-tegasnya bagi memastikan dunia mahasiswa
kembali berwibawa dan tidak dicemari oleh permainan
politik luar.
Seluruh institusi pengajian tinggi lain dalam
negara
ini diseru mengambil tindakan yang sama - yakni
membubarkan mana-mana persatuan yang terlibat dalam politik
tanpa mengambil kira persatuan apa yang
terlibat.
Sudah terlalu lama dunia mahasiswa dijadikan
alat,
inilah masanya untuk mereka menikmati jati diri dunia
mahasiswa yang sebenar tanpa percaturan, arahan dan
penglibatan parti politik dari luar.