Kakitangan
empat IPTA diminta rujuk Naib Canselor
Kakitangan
empat IPTA diminta rujuk Naib Canselor
Berita
Minggu, 3 Mac 2002
KUALA
LUMPUR: Kakitangan akademik empat institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) yang mahukan Kementerian Pendidikan memberi penjelasan
lanjut me-ngenai beber^a perkara di dalam surat akujanji diminta
merujuk terlebih dahulu kepada Naib Canselor masing-masing.
Timbalan
Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, berkata walaupun
kementerian memang tiada halangan jika mereka ingin mengadakan
perjumpaan bagi mendapatkan penjelasan, namun adalah lebih
baik jika mereka merujuk kepada Naib Canselor masing-masing.
"Naib
Canselor mesti memberi kete-rangan kepada kakitangan institusi
masing-masing kerana mereka diberikan kuasa untuk ini dan
begjtu juga di kalangan kakitangan, jika hendak memahami isi
kandungan akujanji mesti beri peluang kepada Naib Canselor
untuk membuat penjelasan," katanya.
Apa
yang penting katanya ialah, kakitangan IPTA mesti memberi
hormat kepada institusi mereka.
Aziz
berkata demikian kepada Berita Minggu di sini, semalam apabila
diminta mengulas mengenai keputusan kakitangan akademik empat
IPTA yang ingin mendapatkan penerangan danpada Menteri Pendidikan,
Tan Sri Musa Mohamad mengenai beberapa isu di dalam akujanji.
Halaman Utama