Pertubuhan
pelajar sokong amaran Perdana Menteri
Berita
Harian, 27 Februari 2002
KUALA
LUMPUR, Selasa -Beberapa pertubuhan pelajar bersetuju dengan
amaran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad supaya pelajar yang
mengabaikan pelajaran kerana mahu terbabit dalam politik meninggalkan
pengajian. Presiden Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM). Mohd Fadzli Mohd Ramli berkata, amaran Perdana
Menteri itu disifatkan sebagai "gertakan berguna' kepada
pelajar yang masih membabitkan diri dalam politik.
"Akta
Universiti dan Kolej universiti (Auku) jelas melarang pelajar
membabitkan diri dalam politik. Justeru, kalau ada pela jar
yang terbabit, mereka perlu digantung daripada meneruskan
pengajian. "Membabitkan diri secara langsung dan tidak
langsung dalam politik bukan saja boleh mengganggu pelajaran,
sebaliknya dapat mengelakkan mereka daripada diperalatkan
pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya hari ini.
Beliau
diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri di London semalan
supaya pelajar yang mengabaikan pelajaran kerana mahu terbabit
dalan politik meninggalkan universiti dan menyertai politik
sepenuh masa.
Perdana
Menteri yang berucap kepada lebih 600pelajar Malaysia di Imperial
Collage, sebaliknya berkata, pelajar boleh membabitkan diri
dalam perbincangan intelektual dan mengenai pembangunan negara
serta politik.
Setiausaha
Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Khairu Arifin Mohd berkata, pelajar boleh mengkritik politik
demi kepentingan negara,tetapi berasarkan ilmu pengertahuan.
"Setiap
pelajar wajar memberikan kritikan, terutama yang membina tetapi
mereka tidak boleh membabitkan diri dalam politik. Ini kerana
ia bukan saja boleh mengganggu pelajaran, malahan dapat mengelakkan
diri daripada dipergunakan.
"Setiap
kritikan perlu bersifat liberal kerana belum tiba masa pelajar
bermain politik. Saya menyambut baik saranan Perdana Menteri
kerana masa depan pelajar bergantung kepada kecemerlangan
ilmu." katanya.
Sementara
itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM)
berpendapat teguran Perdana Menteri itu seperti teguran bapa
kepada anak demi kecemerlangan akademik mereka.
Jurucakapnya
berkata, ia bertujuan menyedarkan pelajar bahawa mereka ditugaskan
menuntut ilmu bagi mengubah nasib bangsa serta negara dan
bukan berpolitik.
Halaman Utama