Idealis Mahasiswa


Pemecatan Dasuki: Sidek Baba ada Agenda ?

oleh Pemerhati Kampus

Isu pemecatan Sdra. Dasuki Abdul Wahab - Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA 2002 berjaya menarik minat umum dan menampakkan ianya sebagai hasil tekanan pihak tertentu terhadap pihak Timbalan Naib Canselor hal Ehwal pelajar iaitu Dr. Sidek Baba.

Ini adalah kerana kronologi pemecatan berkenaan - yang kini saya lihat sebagai disengajakan untuk menimbulkan keraguan terhadap sah atau tidaknya pemecatan tersebut, malah mencabar tindakan pemecatan itu sendiri yang menurut pihak tertentu sengaja dilambat-lambatkan.

Isu sebenar ialah;

  1. Apakah Sdra Dasuki melanggar AUKU atau tidak ?
  2. Jika sah beliau melanggar adakah hukuman berupa pemecatannya dari jawatan Presiden selepas memenangi pilihanraya kampus wajar atau tidak ?
  3. Soalan yang timbul selepas itu ialah apakah pemecatan beliau dilaksanakan mengikut prosedur atau tidak ?
Apakah Sdra Dasuki melanggar AUKU atau tidak ?

Adalah jelas - Sdra. Dasuki telah mengeluarkan kenyataan berbau politik walaupun Dasuki mendakwa ianya disiarkan tanpa pengetahuan beliau - hakikat bahawa beliau telah diwawancara telah disahkan. Untuk makluman semua, bila seseorang itu diwawancara maka sudah pastilah ianya akan disiarkan melainkan apa-apa yang telah dipersetujui bersama di peringkat awal sebagai bukan sebahagian dari wawancara. Wartawan bebas untuk mematuhi perjanjian lisan berkenaan atau pun melanggarnya dan ianya sepenuhnya terpikul atas bahu wartawan berkenaan.

Dalam pembelaannya, Dasuki sedikit pun tidak menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan. Disamping itu kenyataan bahawa beliau tidak membuat penafian atau teguran di media terhadap siaran wawancara beliau yang mengandungi kenyataan yang dipersoalkan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya bersetuju ianya disiarkan.

Maka dengan itu, adalah jelas tanpa sebarang keraguan, Sdra dasuki telah melanggar AUKU dengan membuat kenyataan berbau politik. Adakah hukuman berupa pemecatannya dari jawatan Presiden selepas memenangi pilihanraya kampus wajar?

Hukuman hanya boleh dilaksanakan selepas hukuman dijatuhkan. Dalam hal ini, hukuman pecat Dasuki dijatuhkan pada 27 Disember 2001 iaitu selepas kabinet MPP dibentuk dan beliau dipilih sebagai Presiden.

Inilah sebabnya mengapa perlaksanaan hukuman (pemecatan Dasuki) hanya dapat dilakukan selepas Dasuki menjadi Presiden.

Malah adalah jelas pihak yang menjatuhkan hukuman telah mengambilkira kedudukan Dasuki sebagai Presiden ketika menjatuhkan hukuman.

Persoalan yang timbul ialah apakah agaknya hukuman yang akan diambil pihak berkenaan sekiranya Dasuki tewas dalam pilihanraya kampus ?

Jika Dasuki hanyalah seorang pelajar biasa - bukan pemimpin pelajar apakah pilihan hukuman yang ada ?

Biasanya dalam kes seperti ini, pihak universiti hanya dihadapkan dengan dua pilihan iaitu gantung pengajian dan pecat atau buang dari universiti. Kes penglibatan pelajar dalam pilihanraya Lunas boleh dirujuk. Tetapi pihak TNC HEP hanya menunggu sehingga Dasuki menang pilihanraya dan membentuk kabinet seterusnya berjaya menjadi Presiden sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengapa ? Apakah pemecatan beliau dilaksanakan mengikut prosedur ?

Menurut risalah Kronologi Pemecatan Presiden MPP UIAM yang diterbitkan oleh penerbit hantu, proses pemecatan Dasuki menimbulkan banyak keraguan antaranya ialah :

1. Tidak mengikut prosedur undang-undang

Hukuman daripada (ditandatangani) oleh Suruhanjaya Pilihanraya Umum Kampus untuk memecat Dasuki pada 27 Disember tiada kaitan dengan urusan pilihanraya - sepatutnya ianya datang daripada Lembaga Disiplin.

2. Bidang kuasa yang menangani kes ini

Siapakah yang berhak memutuskan hukuman pemecatan Dasuki - Suruhanjaya Pilihanraya Umum atau Lembaga Disiplin atau Hal Ehwal Pelajar ?

Surat pemecatan ditandatangni oleh En. Abu Bakar Sidek dari Suruhanjaya Pilihanraya Kampus. Sepatutnya surat ditandatangi oleh Rektor atau Timbalan Rektor (Jadual 4 no. 3 Perlembagaan MPP)

3. Satu kes, dua hukuman

Isu ini melibatkan satu kes iaitu mengeluarkan kenyataan berbau politik namun terdapat dua hukuman yang berbeza pada dua masa yang berbeza. Hukuman pertama ialah denda RM 100 dan amaran keras oleh Lembaga Disiplin pada 11 Disember 2001.

Berlaku perbicaraan berulang atau double jeopardy dan ia menyalahi prinsip undang-undang (artikel 7 (b) Perlembagaan Persekutuan.)

Berdasarkan hujah-hujah di atas, jika kita menerima bahawa apa yang disentuh oleh penerbit hantu ini adalah benar, maka wujudlah keraguan dalam proses pemecatan Dasuki.

Ini menerbitkan soalan mengapa dan bagaimana keraguan proses pemecatan boleh timbul ?

Sebagai sebuah universiti yang menawarkan pengajian undang-undang, adalah sukar untuk mempercayai ianya berlaku secara tidak sengaja. Tambahan pula, Dr. Sidek Baba yang memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar diakui seorang yang bijaksana. Apakah mungkin Sidek Baba cuai ?

Siasatan saya mendapati bahawa Dasuki Abdul Wahab ini sebenarnya adalah kader paling disayangi oleh Sidek Baba. Hubungan rapat mereka bukan satu rahsia di kalangan pemimpin pelajar UIA.

Berdasarkan maklumat ini, saya merasakan Sidek Baba dengan sengaja:

  1. menimbulkan keraguan terhadap proses pemecatan Dasuki
  2. menjatuhkan hukuman yang amat ringan dengan niat untuk meraih simpati kampus dan masyarakat terhadap beliau yang kononnya menghadapi tekanan dari pihak tertentu dalam kerajaan.

Apakah agenda sebenar beliau ? Saya tidak tahu. Yang jelas, walau apa-pun ia, pelajar IPTA khasnya UIA memainkan peranan penting.

Saya memohon satu siasatan menyeluruh diadakan bagi menyiasat dakwaan Sidek Baba menyalah gunakan kuasa dan menggunakan pelajar untuk populariti dan kepentingan politik dirinya. Jika sabit kesalahan, saya mohon beliau dijatuhkan hukuman setegas mungkin termasuk dipecat dari UIA dan perkhidmatan awam seluruhnya sebagai pengajaran terhadap semua bahawa institusi pendidikan bukan tempsatnya untuk berpolitik apatah lagi menjadikan pelajar sebagai alat dan kuda tunggangan kepentingan peribadi mahupun kepentingan politik kumpulan tertentu.


Halaman Utama


Hit
[ ]

Copyright ©2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved