8 Pelajar IPTA terlibat
politik pembangkang?
Isu 8 Pelajar yang ditahan di Indera Kayangan
turut
menarik minat laman web reformasi.
Keseluruhan jawapan penulis laman web siber
reformis
tidak menafikan bahawa pelajar-pelajar yang ditangkap
itu adalah bukan penyokong proreformasi. Maknanya,
memang benar mereka itu adalah penyokong reformasi
yang terlibat secara khusus membantu memenangkan calon pembangkang
di Indera Kayangan.
Dalam bahasa yang lain, penangkapan 8 pelajar
bukan
satu provokasi BN. Bukan pelajar 'upahan' BN tetapi
mahasiswa yang memegang jawatan dalam persatuan-persatuan
propembangkang di IPTA khususnya Persatuan Mahasiswa Islam.
Jika begitu kesimpulan, maka disarankan kepada
pihak
kementerian pendidikan dan pihak universiti agar
mengambil tindakan sekeras-kerasnya kerana perkara ini secara
jelas bertentangan dengan AUKU seksyen 15 & 16.
Tindakan yang tegas perlu diambil dengan kadar
serta
merta kerana sebelum ini pihak kementerian dan
universiti sering berdolak dalik dengan tidak ada maklumat
dan bukti.
Bukti sudah jelas. Gambar telah dirakam. Kes
itu
direkod oleh polis, maka apa lagi yang perlu ditunggu.
Sudah tentu kelapan-lapan merupakan aktivis
mahasiswa yang mewakili persatuan propembangkang di universiti
tertentu. Maka, pada kesempatan ini, sampai masanya untuk
membubarkan persatuan yang didokongi kerana persatuan tersebut
gagal melahirkan mahasiswa yang patuh dengan peraturan universiti,
sebaliknya mahasiswa yang 'memberontak' melanggar AUKU serta
terjebak dengan pertubuhan haram serta gerakan bawah tanah.
Sekiranya, pihak kerajaan masih berdegil dan
tidak
memandang perkara ini sebagai serius, maka kes Mohd. Fuad
Mohd. Ikhwan(Presiden MPPUM) dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin(IKM)
akan berulang semula. Seperti kata pepatah, bagai melepaskan
anjing tersepit.
Atau, isu penglibatan pelajar melanggar AUKU akan
berpanjangan sampai bila-bila.
http://webreformis.tripod.com/jan2002/0110_02.htm
http://webreformis.tripod.com/jan2002/0108_02.htm
http://202.157.186.6/jan/L11jan2002_6.shtml

Isu selanjutnya
– Isu Semasa