Tiada
Undang-undang halang pemimpin jumpa pelajar
Sumber:
Harakahdaily, 14 Mei 2001
KOTA
BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia
di Mesir tidak perlu prosedur khas kerana tidak ada peruntukan
undang-undang yang mewajibkan setiap pertemuan hendaklah dimaklumkan
terlebih dahulu kepada kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
Naib
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Zulkefli Yaacob, berkata
bukan itu sahaja, makluman awal pada kedutaan tidak perlu
dilakukan apa lagi rombongan pihak pembangkang khususnya bukan
ditakukan secara senyap-senyap.
Menurutnya,
pimpinan pembangkang khususnya tidak pernah jumpa pelajar
di sana secara sulit, malah perjumpaan yang diadakan secara
terbuka di dalam majlis-majlis yang diraikan.
Kita
tidak jumpa mereka secara senyap-senyap melainkan di majlis
ramah mesra bersama penuntut di sana, jadi rasanya ia tidak
perlu diberitahu kepada pejabat kedutaan di sana," ujarnya.
Zulkefli
yang juga bekas Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab
Mesir (PMRAM) mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Duta
Malaysia ke Mesir, Dato' Abu Bakar Daud bahawa pihak pembangkang
ke sana adalah untuk meracuni pemikiran pelajar di sana adalah
tidak benar.
Tambahnya
lagi, keadaan ini juga memnggambarkan pihak terbabit semakin
risau dan bimbang tentang kebangkitan pelajar yang menyokong
program bersama pembangkang.
"Kerana
bimbang situasi ini berlarutan, kenyataan sebegini dikeluarkan
sekalipun ianya akan menggugatkan imej kerajaan sendiri,"
ujarnya.
Zulkefli
berkata lagi, pelajar Malaysia di negara berkenaan sudah boleh
menimbang serta menilai keadaan politik sebenar di samping
pihak mana yang berada di landasan sebenar bersesuaian dengan
ilmu yang mereka perolehi di sana.
Jelas
beliau lagi, majlis yang diadakan bersama-sama pelajar di
sana dibuat di kawasan kediaman milik kerajaan negeri sendiri
secara terbuka.
Halaman Utama