Komentar Pembaca &
Pelayar Halaman Web IM Pertama!!
(Webmaster
IM mengucapkan ribuan terima kasih di atas sebarang komen,
pandangan dan kritikan yang telah ditulis oleh pembaca dalam
Ruangan Tetamu. Insya Allah IM akan meneliti segala komen
yang diberikan itu. IM menyeru kepada semua pembaca agar dapat
memberi komen-komen yang bernas atau menulis artikel yang
sesuai untuk disiarkan di laman ini.)
02/18/02
08:28:46 AM
Nama Anda? Noor Amin bin Ahmad
Bagaimana anda mengetahui halaman ini? surfing
Apakah komen anda tentang halaman ini?
A'kum
w.b.t. segala puji bagi Allah dan selawat buat junjungan Rasulullah
s.a.w.
Pertama
sekali 'Tahniah' kpd pengendali laman ini kerana berjaya mewujudkan
laman ini dan dpt update daily.
Apa
yang kurang bagi saya ialah idea-idea drpd penulis tamu yg
ada. (komen Webmaster IM: kalau boleh hantarlah
kepada: idealis_mahasiswa@yahoo.com, kami akan pastikan artikel
yg anda hantarkan akan disiarkan secepat mungkin!)
Saya
ingin menyorot kembali tentang kesedaran politik yg jelas
tampak mula menyubur di kalangan generasi muda sejak peristiwa
pemecatan DSAI. Sebelum ini kita melihat betapa lesunya gerakan
mahasiswa di malaysia.
Saya
juga tertarik dgn beberapa penulis yg mengambil sikap provokasi
terhadap budaya politik kampus hari ini-kecenderungan mengundi
calon yang dilabel pro-pembangkang.
Walaupun jumlah pengundi dlm politik kampus din rata-rata
Universiti tidak sampai 50%, perlulah diingat bahawa mereka
yang turun mengundi ini ialah mereka yang mempunyai kesedaran
tanggungjawab yg jelas walaupun ada juga yg tidak mempunyai
kesedaran politik yg jelas.
Seharusnya
kita sebagai generasi muda memikirkan kenapa terjadinya perkara
ini?
Kita
juga seringkali terperangkap dgn permainan istilah 'politik
dan kesedaran sosial'. Apa yg dapat saya lihat ialah student
yg anti establishment sebelum peristiwa DSAI tidaklah terlalu
dikongkong,berbeza dgn sekarang.persoalannya kenapa?
Saya
ingin menasihatkan diri saya dan teman-teman agar tidak menjadi
'pelajar murahan' yg seringkali membuat keputusan sebelum
jelas matlamat yg ingin dituju.
saya juga ingin menasihatkan kita semua agar lebih mendalami
adabul khilaf atau adab berbeza pendapat.dalamilah prioriti
urusan ummah dan jgn terperangkap dgn perkara furu'.fahamilah
tuntutan politik itu sendiri.
Jika
baru mengenal politik dgn lebih dekat bermula 98..saya nasihatkan
dalamilah selok belok sepak terajang politik.
Kuasailah
ilmu agama secara konsepnya dan hukumnya agar kita tak membuat
pernyataan jahil. Kita sebagai mahasiswa mesti bersedia untuk
membuat perubahan kepada cara berfikir masyarakat.perlu diingat
mana-mana parti politik bukanlah matlamat yg kita cari.
(Komen
Webmaster IM: Sila masukkan komen anda di 'Ruangan Tetamu'
dimana inilah salah satu komentar dari Pembaca & Pelayar
Halaman Web IM)
Halaman Utama