Pelajar
IPTA jangan campurtangan
(Setelah
8 mahasiswa ditahan di Indera Kayangan, adakah mahasiswa akan
turut terlibat dalam pilihanraya Ketari nanti. Memang hubungan
mahasiswa dengan politik cukup akrab. Tidak jauh beza antara
politik kampus dengan politik luar. Malah politik kampus merupakan
proses latihan sebelum mahasiswa terlibat dalam dunia politik
sebenar. Semasa pilihanraya Teluk Kemang, mahasiswa bertindak
sebagai 'kumpulan pemantau'; di Indera Kayangan sebagai 'kumpulan
pengintip'. Apakah pula peranan mahasiswa di Ketari?. Ulasan
penasakti2002@yahoo.com)
Utusan Malaysia, 8 Jan
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Para pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) diminta supaya tidak campur tangan dalam kempen politik
kepartian sebaliknya menumpukan sepenuh masa kepada pengajian
masing-masing.
Gesaan itu dibuat oleh pemimpin-pemimpin perwakilan pelajar
IPT memandangkan bahang pilihan raya kecil Indera Kayangan
di Perlis makin terasa.
Presiden
Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Abdullah Abdul Karim berkata, pelajar perlu menghormati undang-undang
sedia ada yang melarang mereka berkempen menyokong mana-mana
parti.
``Mereka
perlu patuh kepada undang-undang seperti Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU).
``Malah
di UKM, surat pekeliling sudah dikeluarkan dan ditampal di
kampus minggu lepas melarang pelajar terlibat dalam kempen
di Indera Kayangan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun,
beliau meminta supaya penguatkuasaan larangan itu adil dan
seragam tanpa mengira mana-mana parti sama ada kerajaan dan
pembangkang.
Mengenai pelajar yang degil dan enggan mematuhi larangan itu,
beliau berkata, ia terpulang kepada kebijaksanaan naib canselor
untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang
sedia ada.
Menurutnya,
pelajar boleh mengambil tahu mengenai perkembangan politik
semasa tetapi perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam
kempen.
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia
(UPM), Mohd. Nasir Othman pula mahu supaya pelajar menjauhi
sebarang kegiatan politik di luar kampus.
``Kalau
mereka degil, akta sedia ada boleh digunakan,'' katanya.
Para
pelajar, katanya, perlu memberi tumpuan kepada pengajian dan
tidak mengundang masalah dengan membabitkan diri dalam kegiatan
politik.
Beliau
turut keliru dengan sikap segelintir pelajar yang cenderung
terlibat dalam politik semasa pengajian sedangkan peluang
bagi mereka berbuat demikian sentiasa ada apabila tamat pengajian
kelak.
``Mungkin
kerana pemikiran mereka cetek dan terpengaruh dengan macam-macam
idealisme atau sekadar mencari kepuasan,'' katanya.
Halaman Utama