IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Isnin, Januari 28, 2002

"Kampus Wadah Terbaik Melahirkan Bakal Pemimpin Berwibawa"


Prof. Dato’ Dr. Anuar Zaini Mohd Zain

BEKAS seorang pensyarah kemudian dilantik sebagai Profesor Madya. seterusnya Profesor, lalu Pengarah Hospital Universiti dan kini Naib Canselor Universiti Malaya, menemukan kita dengan seorang tokoh ilmuwan terbilang. Banyak menuai pengalaman dengan dunia yang penuh cabaran, Prof. Dato' Dr Anuar Zaini Mohd Zain sesungguh-nya menyerlahkan kehebatan beliau dalam dunia perubatan, korporat dan pengurusan tennggi akademik.

Tiga puluh tahun berada di persekitaran UM, bukanlah masa yang singkat Beliau memulakan khidmatnya di Universiti Malaya pada 1976 sebagai seorang pensyarah dan kemudian dilantik sebagai Profesor Madya pada 1983 sebelum beralih ke jawatan Profesor pada 1994. Beliau juga berjaya mendapat peningkatan ke gred B pada 1997. Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, beliau adalah Ketua Pusat Perubatan dan Pengarah Hospital Universiti.

Tugas saya mempertingkatkan lagi kecemerlangan UM supaya mampu bersaing dengan universiti terkemuka di dunia. Saya akan meneruskan kesinambungan usaha yang telah dijalankan oleh Naib Canselor sebelum ini. Usaha yang telah dijalankan sebelum ini adalah teras kemajuan UM. Cara pengurusan akan kita kekalkan dan kita akan membaiki lagi apa sahaja kelemahan yang ada untuk mencapai tahap terbaik. Melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang bahkan mampu untuk kembali berkhidmat untuk universiti," ujar Dr Anuar Zaini menghuraikan wawasannya menerajui universiti tertua di Malaysia

Pada beliau langkah terbaik memajukan universiti ialah mengadakan infrastruktur seperti pelbagai kemudahan. Itu adalah keperluan pelajar yang harus difikirkan demi kepentingan pembelajaran dan pengajaran. Malah hal ini juga membantu UM menjadi universiti pilihan. Sebuah universiti yang baik akan mampu menarik pelajar yang baik dan cemerlang. Jika terdapat pelajar yang baik enggan ke UM kerana pensyarahnya tidak baik maka hal ini perlu di perbaiki. Inilah aspek kecemerlangan universiti yang cuba di pertingkatkan oleh Dr. Anuar Zaini. Selain itu beliau juga akan menekankan perkembangan IT selaras dengan kemajuan hari ini. Cadangan mewujudkan 'Campus Internet Network' kepada semua warga kolej kediaman akan dikaji bersesuaian dengan keperluan semasa. Walau bagaimanapun menurutnya, tumpuan akan diberi terlebih dahulu kepada kemudahan makmal-makmal komputer di fakulti, manakala fasa terakhir ialah kemudahan IT untuk kolej kediaman.

Di samping itu beliau turut menekankan betapa penyelidikan R & D amat penting sebagai pemangkin kegemilangan UM. Ini kerana kecemerlangan universiti turut bergantung kepada jumlah R&D yang dilakukan. jurnal yang dihasilkan serta penulisan yang disiarkan dan bukan hanya dari segi kuantiti pelajar yang berjaya dikeluarkan. Untuk itu pelbagai kemudahan akan disediakan untuk meningkatkan kajian dan menjayakan aktiviti penyelidikan. Dan beliau yakin pada masa depan UM akan menghasilkan lebih banyak lagi kajian untuk manfaat negara

Biarpun UM sudah diiktiraf sebagai antara universiti yang terbaik, tetapi UM akan terus berusaha menjadi sebagai universiti yang dikenali di peringkat antarabangsa Untuk itu banyak aspek yang perlu dibaiki dan dinilai bagi memastikan ia benar-benar mantap, termasuklah pengurusan sistem akademiknya.

"Diharapkan setiap bidang yang dihasilkan mempunyai hubungan keantarabangsaan sebagaimana universiti terkenal di luar negara Oleh itu satu pusat pengajian antarabangsa perlu ditubuhkan. Dari situ kita akan mengumpulkan maklumat mengenai pengajian-pengajian dan ilmu-ilmu kesarjanaan yang berkaitan dengan international study dari universiti di Asia dan Eropah. Kami sentiasa mengkaji bagaimana mereka mencapai kecemerlangan dan mencari cara terbaik menyalurkan kecemerlangan itu di sini" ujar Dr. Anuar Zaini.

Prof. Dato' Dr Anuar Zaini Mohd Zain di lahirkan pada 1947 di Ulu Jempul. Negeri Sembilan. Beliau mempunyai kelayakan akademik MBBS (UM), MRCP (United Kingdom), FRCP (Edinburgh) dan FRACP (Australia). Kejayaan beliau dalam bidang akademik ialah memperkenalkan beberapa langkah bagi memajukan Fakulti Perubatan termasuk program baru seperti Sarjana Sains Kejururawatan untuk memantapkan lagi bidang kejururawatan di negara ini. Beliau juga turut berperanan dalam penubuhan Pusat Penyiasatan Klinikal. Pusat Perubatan UM serta sayap swasta pusat tersebut

Di peringkat pentadbiran UM , beliau turut terbabit sebagai ahli dalam jawatankuasa yang merangka keperluan strategik universiti seperti jawatankuasa Pemandu Pengkorporatan UM. Senat Lembaga Pemilih untuk perlantikan Profesor/Kerusi dan Pengurusan Kanan.

Manakala di dalam Hospital Universiti, beliau adalah ahli dan pengerusi beberapa jawatankuasa dalaman seperti Pengerusi Lembaga Pengurus Hospital dan jawatankuasa Penswastaan Hospital.

Dr. Anuar Zaini turut menyumbangkan khidmatnya kepada beberapa universiti tempatan dan luar negeri. Antaranya ialah Universiti Sains Malaysia (USM). Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Universiti Singapura dan Universiti Perubatan Antarabangsa Beliau turut memainkan peranan besar dalam usaha pengiktirafan dan penubuhan kampus Universiti Perubatan Islam.

Selain itu. beliau juga memegang pelbagai jawatan penting dalam pelbagai pertubuhan, antaranya, Presiden Pertubuhan Diabetis Malaysia. Naib Presiden Endoktrin dan Metabolik Malaysia serta Pengerusi Malaysian Consensus on Treatment of Insulin.

Di samping itu beliau menjadi ahli dalam beberapa kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Majlis Perubatan Malaysia, dan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar. Beliau juga tidak ketinggalan memberikan sumbangannya di peringkat antarabangsa dengan memegang keahlian di peringkat Fellow di Royal College of Physicians. United Kingdom dan Australia serta ahli dalam penubuhan berkaitan kencing manis di rantau Asia Pasifik. Kepakaran dan pengalaman yang beliau miliki ini tentunya satu kelebihan untuk beliau mentadbir UM agar lebih berjaya lagi.

Beliau turut menggariskan tiga faktor untuk meningkatkan kecemerlangan universiti iaitu infrastruktur yang baik. tenaga pensyarah yang baik serta pelajar yang cemerlang. Walaupun UM sudah mempunyai infrastruktur yang cukup baik. tetapi keperluan kemudahan pembelajaran dan pengajaran mesti sentiasa ditingkatkan siring dengan kemajuan zaman. Sebuah universiti yang baik akan menarik pelajar yang baik. Menurutnya. jika terdapat pelajar yang cemerlang tidak memilih UM sebagai institusi pengajian tinggi mereka, ertinya ada sesuatu yang masih kurang di UM. Barangkali kualiti tenaga pengajar atau kakitangannya Sebab itu golongan ini juga diberi perhatian demi meningkatkan kecemerlangan universiti secara keseluruhan.

Berkait dengan kecemerlangan universiti menurut Dato' Dr. Anuar Zaini, UM mahukan graduan ijazah pertama yang cemerlang, kembali ke universiti untuk melakukan penyelidikan. Salah satu sebab graduan enggan kembali ke universiti ialah kerana mendakwa tidak banyak kemudahan yang disediakan. Jadi pandangan ini perlu dijadikan sebagai salah satu pedoman untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada.

"Saban tahun kami menerima peruntukan jutaan ringgit untuk menggantikan peralatan lama serta membeli peralatan baru. Selain itu juga, unit R&D juga telah diberikan peruntukan yang besar dalam menjayakan aktiviti penyelidikan. Jadi tidak mustahil nanti UM akan menghasilkan lebih banyak kajian dan penyelidikan pada masa depan," ujar Dr. Anuar Zaini mengulas potensi kajian dan penyelidikan di UM

Beliau turut menyentuh mengenai gerakan mahasiswa di kampus dan dalam masyarakat dengan mengimbas kembali gerakan mahasiswa pada dekat 70-an. Menurutnya pada dekad tersebut didapati arus gerakan mahasiswa banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik. Dan beliau tidak menafikan senario gerakan mahasiswa hari ni masih dibayangi oleh unsur-unsur sebegini. Beliau tidak menafikan bahawa penglibatan mahasiswa dalam isu semasa sememangnya penting.

Namun peningkatan untuk persiapan diri bagi menghadapi pembangunan dan kerjaya adalah lebih penting. "Kita tidak mahu melahirkan pelajar yang reaktif terhadap isu-isu yang tidak mendatangkan manfaat. Pelajar seharusnya meletakkan diri mereka ke martabat yang lebih tinggi dan tidak terlibat dalam soal yang remeh-temeh. Jadi sekira-nya mereka aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mereka wajar melahirkan pemikiran yang boleh meningkatkan taraf kehidupan masyarakat. Dengan itu masyarakat akan memandang tinggi kepada gerakan mahasiswa." jelas Dr. Anuar Zaini.

Menyentuh mengenai AUKU, beliau menyatakan ia bukan bertujuan untuk menghalang mahasiswa aktif dalam masyarakat tetapi menghalang mahasiswa daripada membuang masa terlibat dengan isu-isu politik. Pelajar seharusnya belajar daripada isu-isu berkenaan dan mengambil aspek latihan kepimpinannya yang sesuai dengan ke-dudukan mereka sebagai pelajar.

"Saya berharap UM dapat melahirkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai bidang dan mempunyai daya intelek yang baik. Pelajar boleh mengeluarkan cadangan, idea dan kritikan. Mungkin kita boleh mewujudkan satu pentas bagi memberi ruang kepada pelajar menyuarakan pendapat secara bernas dan membina. Sekiranya hal ini da-pat dilaksanakan, saya percaya kampus akan menjadi wadah terbaik melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa dan berwawasan pada masa akan datang." tegas Dr. Anuar Zaini mengulas aktiviti yang wajar buat mahasiswa.

Dr. Anuar mengulangi pendiriannya bahawa untuk melahirkan suasana universiti yang terbaik. ia memerlukan suasana pembelajaran yang baik dan sesuai. Antara suasana baik yang perlu wujud tersebut adalah pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain, dengan pensyarah serta dengan kakitangan yang bertugas. Interaksi ini adalah penting kerana melalui interaksi yang baik, segala masalah menjadi mudah diselesaikan.

" Oleh itu mesti wujud perkongsian tenaga dan kerjasama di kalangan warga kampus. Semua pihak sama-sama mendukung wawasan kecemerlangan. Dengan itu kecemerlangan universiti berjalan secara berterusan dan tidak hanya tinggal sebagai tradisi tanpa usaha praktikal meningkatkannya. Jika segalanya mengikut perancangan. tradisi kecemerlangan akan terus menjadi teras perjuangan UM," tegas Dr. Anuar Zaini menghuraikan visi dan misinya menerajui universiti tertua di Malaysia ini.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved