Pilihanraya
Kampus diragui ketelusan Perlaksanaannya
Oleh:
MOHD ZAIDI AZIZ
Presiden
PKPIM 2001/2002
27
N0VEMBER 2001
Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) menyanjung tinggi
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau perjalanan
pilihanraya kampus daripada gangguan pihak luar,kumpulan tertentu
dan unsur-unsur kepartian.
Namun
demikian PKPIM melihat wujudnya keraguan dalam pelaksanaan
peraturan pilihanraya kampus yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan pada tahun ini.
Ini
terbukti dalam laporan Utusan Malaysia halaman 1 bertarikh
27 November 2001 yang menyatakan dengan jelas kumpulan proaspirasi
kerajaan menang di enam IPTA dengan merujuk kepada UUM, UiTM,
Unimas, UMS, KUIM dan KUiTTHO.
Laporan
tersebut turut menyatakan " sebanyak 27 kerusi yang dipertandingkan
di UUM, 36 kerusi (UiTM), 11 kerusi (Unimas), 23 kerusi (UMS),
11 kerusi (KUIM), dan 21 kerusi (KUiTTHO) dimenangi oleh calon-calon
berkenaan yang turut menolak perjuangan politik kepartian
berbau pembangkang."
Kenyataan
lain yang turut disiarkan " Ini kerana kempen pilihanraya
sesi 2000/2001 lalu di cemari dengan campur tangan pihak luar
sehingga membawa kepada kekalahan, kepada calon yang menyokong
aspirasi kerajaan."
Kenyataan
ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya kumpulan-kumpulan tertentu
yang mengganggu perjalanan pilihanraya kampus. PKPIM turut
berpandangan bahawa daripada kenyataan yang disiarkan ini
menunjukkan peraturan yang dibuat pada pilihanraya kali ini
adalah bagi kepentingan kumpulan tertentu yang didalangi oleh
pihak -pihak yang merasakan mereka telah hilang sokongan daripada
mahasiswa.
Justeru
PKPIM menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Jawatankuasa
Pilihanraya Kampus yang dipengerusi sendiri oleh Timbalan
Naib Canselor HEP, Kementerian Pendidikan dan Pegawai Keselamatan
supaya melihat kembali peraturan yang telah dibuat dan mengkaji
pelaksanaannya disemua kampus.
Kesimpulannya
PKPIM melihat bahawa peraturan yang dibuat pada tahun ini
adalah untuk kepentingan kelompok tertentu yamng merasakan
kedudukan mereka telah tergugat. Ini berdasarkan kepada laporan
akhbar Utusan Malaysia dan sebenarnya bukan datang daripada
suara mahasiswa yang tulen.Sepatutnya pilihanraya kampus ini
perlu dijalankan dalam suasana demokrasi sejajar dengan hasrat
yang diinginkan oleh seluruh masyarakat. Kesannya adalah kepada
generasi muda hari ini yang sudah diajar akan kebobrokan nilai
sehingga tidak mustahil akan dibawa keluar kampus.
MOHD
ZAIDI AZIZ
Presiden
PKPIM 2001/2002
Halaman Utama