Imej
MPP bunuh minat pelajar bukan Bumiputera
oleh
Rohana Man, Utusan Malaysia
Pilihan raya kampus yang pertama kalinya diadakan secara serentak
tahun ini berakhir sebulan yang lalu.
Siapa
yang kalah dan siapa yang menang sudahpun diketahui, tetapi
bahang pilihan raya nampaknya masih belum padam sepenuhnya.
Ia
masih menjadi topik panas di dalam kampus. Tuduh menuduh siapa
proksi siapa, siapa prokerajaan dan siapa yang tidak masih
belum reda.
Bagaimanapun,
dalam isu ini, ramai yang berpendapat hanya pelajar Melayu
sahaja yang ghairah denga perkara-perkara sebegini.
Pelajar
bukan Melayu memandang sebelah mata sahaja `keributan' yang
berlaku.
Bagi
mereka, kenapa perlu ambil peduli dengan politik kampus sedangkan
tugas hakiki mereka ke kampus adalah untuk belajar.
Wartawan
ROHANA MAN, MOHD. ARSHAD KHAN, SITI MARIAM MD. ZAIN, NORAZAH
WAN CHIK, RAJMAH HASSAN DAN AMRAN AHMAD meninjau kebenaran
dakwaan ini dan mengupas isu-isu berbangkit dengan pilihan
raya kampus.
IMEJ
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai sebuah badan yang
lebih banyak bercakap daripada bekerja menjadi antara faktor
utama pelajar bukan bumiputera hilang minat terhadap politik
kampus.
Malah
bagi kebanyakan pelajar bukan Melayu, tumpuan MPP yang lebih
kerap memberi perhatian kepada isu-isu luar kampus daripada
menyelesaikan masalah pelajar menjauhkan lagi minat mereka
untuk terlibat dengan politik kampus.
Sebahagian
pelajar bukan bumiputera pula menyifatkan penglibatan dalam
akviti-aktiviti politik kampus hanya membuang masa dan akan
mengugat kecemerlangan akademik mereka pada masa hadapan,
kelompok pelajar bukan bumiputera ini semakin menjauhkan lagi
diri dengan aktiviti-aktiviti seumpamanya.
Presiden
Pertubuhan Golden Key International Honour, UPM, Joanne Lim
Bee Yin sebaliknya berkata, punca pelajar bukan bumiputera
tidak berminat dengan politik kampus adalah kerana kegagalan
MPM itu sendiri.
``Kerap
kali pelajar menyuarakan isu, namun MPM sering gagal mendengarnya
pula,'' jelasnya.
Menurut
Joanne, kegagalan seperti ini hanya mengurangkan minat politik
pelajar bukan bumiputera yang memang sedia rendah.
Setiausaha
Agung Persatuan Hindu, Universiti Malaya (UM), M. Priya, meluahkan
pendapat yang agak sama.
Menurutnya,
pelajar India seolah-olah tidak kisah siapa yang mewakili
mereka di MPM kerana masalah dan isu yang diketengahkan jarang
berjaya diselesaikan.
``Kalau
ada wakil kaum yang setakat menang pilihan raya tapi tak nampak
apa-apa jasa khusus, apa gunanya pelajar lain perlu begitu
beriya-iya,'' jelasnya.
Selain
itu menurutnya, ramai pelajar bukan bumiputera yang menetap
di luar kampus dan perkara ini menyebabkan mereka kurang berminat
dengan perkembangan politik dalaman.
Pengasas
Persatuan Bahasa Mandarin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Thomas Tang berkata, pelajar bukan bumiputera sebenarnya juga
handal berpolitik, namun adakalanya ada keadaan tertentu menjadi
penghalang kepada golongan ini.
``Kalau
sekadar lantang tapi tiada orang ingin dengar, apakah gunanya,''
soal beliau.
Namun,
beliau menasihatkan pelajar bukan bumiputera agar mengambil
perhatian serius dengan pilihan raya kampus demi kebaikan
bersama.
``Mengundi
adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan kerana ia umpama
hak asasi seseorang pelajar,'' ujarnya.
Bagi
Presiden Persatuan Hindu, Universiti Putra Malaysia (UPM),
M. Ramesh, mentaliti sesetengah pelajar bukan bumiputera di
universiti telah dibentuk sejak awal lagi untuk menjauhi politik.
``Ada
ibu-bapa yang kerap mengingatkan anak-anak mereka bahawa untuk
berjaya di negara ini, mereka perlu cemerlang dalam pendidikan,''
jelasnya.
Ini
menurutnya, menyumbang kepada keadaan pelajar bukan bumiputera
takut untuk berpolitik, kerana politik pada persepsi mereka
adalah perkara yang bertentangan dengan harapan ibu-bapa mereka
sendiri.
Selain
itu jelas Ramesh, penyertaan politik yang rendah di kalangan
pelajar India pula dipengaruhi oleh pendapat bahawa suara
pelajar minoriti di MPM kebiasaannya jarang didengari.
``Bagaimana
populasi yang rendah hendak menandingi populasi yang tinggi?,''
soalnya lagi.
Presiden
Persatuan Buddhist, UM, Goh Wei Lim berkata, penyertaan rendah
daripada pelajar bukan bumiputera adalah kerana mereka tidak
menyedari kepentingan pilihan raya.
Selain
itu, beliau juga beranggapan bahawa golongan pelajar bukan
bumiputera lebih mengutamakan kejayaan pendidikan dan bukanya
kejayaan dalam perkara-perkara yang lain.
Presiden
Jawatankuasa Mahasiswa Kaum Tioghua, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Yew Weng Hong, mencadangkan agar pihak universiti
memberikan penerangan khusus mengenai pilihan raya semasa
minggu suai kenal (MSK). Ini kerana menurutnya, ada mahasiswa
terutama mahasiswa keturunan Cina yang tidak tahu menahu mengenai
kelebihan wakil dalam MPM.
Malah
menurutnya, ada di kalangan mahasiswa Cina yang beranggapan
bahawa mengundi semasa pilihan raya kampus mencabuli Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
``Tahun
ini, pihak kami ada membuat sedikit publisiti berkaitan pilihan
raya dan ia membuahkan hasil apabila jumlah pengundi kaum
Cina meningkat dengan banyaknya berbanding tahun lalu,'' jelasnya.
Katanya,
kejahilan berkaitan pilihan raya itu adalah antara penyebab
utama kepada penyertaan politik rendah di kalangan pelajar
bukan bumiputera, terutama pelajar Cina.
Halaman Utama