AUKU:
Tali Gantung untuk pelajar
Oleh:
Student 74
Orang
ramai sering bertanya apakah sebenarnya Akta Universiti yang
sedang ditentang oleh para pelajar dan mahasiswa. Ini kerana
orang ramai selalu terbaca di akhbar tentang pandangan badut-badut
politik Mahathir bahawa Akta ini akan membawa kebaikan untuk
para pelajar dan mahasiswa.
Betulkah
AUKU ini membawa kebaikan? Jawabnya: TIDAK.
Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) hanya membawa seribu
satu macam keburukan untuk pelajar dan rakyat jelata.
Akta
ini mula dikanunkan pada tahun 1971. Ini hasil dari gerakan
pelajar dan mahasiswa yang telah berjaya mengeluarkan Manifesto
Mahasiswa untuk menyedarkan orang ramai tentang karenah dan
benih-benih kezaliman yang telah mula ditanamkan oleh pemerintah
Parti Perikatan (Kapal Layar). Walau pun AUKU wujud pada tahun
1971 tetapi semua persatuan pelajar dan gerakan pelajar langsung
tidak mengendahkan Akta ini. Malah tidak ada satu pun persatuan
pelajar atau persatuan belia yang menyokong Akta ini.
Pada
tanun 1974 rakyat miskin di Baling, Sik dan di sekitar utara
Kedah telah bangun menuntut hak mereka untuk mendapat layanan
hidup yang lebih selesa. Penindasan dan penghisapan darah
oleh para kapitalis telah menjadikan rakyat di Baling hidup
papa kedana kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Rakyat Baling dengan gagah berani telah bangun berdemonstrasi
menuntut keadilan.
Keberanian
orang kampung dan sikap gagah menuntut hak ini telah disambut
dan disokong hangat oleh para pelajar dan mahasiswa di seluruh
negara. Demonstrasi untuk menyokong tindakan penduduk Baling
telah diadakan di Universiti Malaya, di Universiti Kebangsan,
ITM, USM dan Politeknik Ungku Omar Ipoh. Akhirnya terjadilah
penangkapan beramai-ramai di mana pensyarah, pemimpin belia
dan pemimpin mahasiswa telah ditahan dengan ISA.
Untuk
menangkis kesedaran politik pelajar dan mahasiswa lalu dikanunkan
Akta Universiti dan Kolej Universiti Pindaan 1974. Pada waktu
ini yang menjadi menteri pelajaran ialah Mahathir. Dari sini
bermulah sejarah kemungkaran Mahathir yang berterusan hingga
ke hari ini.
Tujuan
Akta ini ialah :
-
untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari dapat berfikiran
terbuka
- untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari berkata benar
- untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari menegakkan kebenaran
- untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari menentang kezaliman
- untuk meracun pelajar dan mahasiswa agar mereka lalai dan
takut
- untuk membunuh semangat keilmuan, keintelektulan di dalam
universiti
- untuk mendidik pelajar dan mahasiswa di dalam budaya ampu
bodek UMNO
- untuk mendidik dan melahirkan intelektual kangkong
- untuk mendidik dan melahirkan graduan dan pensyarah tukang
angguk kepada Mahathir.
- untuk terus mengancam pelajar dan mahasiswa dengan ugutan
tali gantung Akta.
Disini
terbukti bahawa sejarah Akta ini berkait rapat dengan keberanian
suara pelajar dan mahasiswa untuk mempertahan kepentingan
orang kampung, penoreh getah, rakyat miskin dan penduduk miskin
kota.
Dengan
ini jelas terbukti bahawa Akta ini di wujudkan agar pelajar
dan mahasiswa tidak lagi dapat bersuara untuk menyokong tuntutan
orang kampung dan rakyat jelata yang tidak mempunyai suara
dan sering ditipu dan ditindas. Kerana inilah maka hingga
ke hari ini tidak ada pelajar dan mahasiswa yang sihat akal
fikirannya akan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti
ini.
Halaman Utama