Melahirkan
Mahasiswa berideologi
Oleh
MOHD. FAKHRUDIN ABU BAKAR
KETIKA
ini suara mahasiswa begitu lantang dalam memperkatakan sesuatu
isu yang berlaku di dalam dan di luar negara. Namun idea yang
diperkatakan dan diketengahkan oleh mahasiswa itu mudah untuk
dipertikaikan dan sering dipandang enteng oleh suasana persekitaran
yang terdiri daripada pemimpin ataupun masyarakat sekeliling.
Mahasiswa sekarang sering kali dipandang sebagai pro-pembangkang
dan dianggap penentang kepada sesuatu usaha kerajaan, lebih-lebih
lagi jika usaha atau isu tersebut juga ditentang oleh pembangkang.
Untuk pengetahuan umum, mahasiswa adalah lebih kepada golongan
liberal di mana isu yang mahu diperjuangkan tidak memihak
kepada sesiapa pun.
Apa
yang sudah kita ketahui dan umum memperakuinya, mahasiswa
adalah tulang belakang dan pengganti kepada kepimpinan sekarang.
Bercakap tentang kepimpinan akan datang, ia adalah suatu yang
cukup penting dan perlu dititikberatkan bagi sesebuah pemerintahan
untuk mengekalkan kestabilan negara sama ada dari segi ekonomi,
sosialnya ataupun politik yang bagi saya politiklah adalah
paling penting. Ini kerana kestabilan dari segi politik akan
memudahkan sesuatu pelaksanaan sama ada kegiatan ekonominya
atau kegiatan sosial. Disebabkan pentingnya kepimpinan pada
masa depan inilah usaha dalam melahirkan mahasiswa berideologi
ini perlu disemai agar negara tidak ketandusan pemimpin yang
berwibawa untuk diketengahkan. Bagi melahirkan mahasiswa yang
berideologi ini, mahasiswa adalah bertanggungjawab dalam meningkatkan
dan memantapkan diri masing-masing dalam bidang yang dipelajari
bagi dipraktikkan pada masa akan datang. Kerana mahasiswa
itu sendiri perlu bertanggungjawab kepada diri mereka terlebih
dahulu sebelum mahu bertanggungjawab kepada orang lain (pemimpin).
Namun
begitu, yang paling penting di sini ialah keterbukaan dalam
penerimaan masyarakat sekeliling terhadap ideologi yang dibawa
oleh mahasiswa ini yang rata-ratanya menerima sesuatu yang
terbaru dan terkini untuk diketengahkan.
Disebabkan
inilah masyarakat perlu menilai akan apa yang diusahakan dan
apa yang mahu diketengahkan oleh mahasiswa ini dengan memberikan
sedikit kebebasan kepada mereka untuk menyampaikannya. Kebebasan
ini adalah merangkumi kebebasan dalam bersuara, berbincang
dan berdiskusi dalam menyatakan baik buruk sesuatu isu atau
perkara yang berlaku. Hasil yang diperoleh dan yang mahu diketengahkan
ada-lah datangnya dari akal fikiran orang yang dikategorikan
sebagai cerdik pandai iaitu mahasiswa dan tenaga pengajar
mereka sendiri yang terdiri daripada pen-syarah yang rata-ratanya
adalah berkelulusan tinggi. Setiap perlakuan yang wujud dalam
pergerakan mahasiswa ini hams dilihat oleh masyarakat sekeliling
sebagai satu usaha atau proses pembelajaran oleh mahasiswa
tersebut. Suatu pengelompokan pemikiran sebeginilah yang kita
mahukan dalam membina jati diri kepimpinan akan datang, di
mana jati diri yang ditonjolkan oleh mahasiswa akan menjadi
ukuran kepada peneri-maan masyarakat untuk mereka jadikan
pemimpin.
Di
samping itu juga, tiadanya halangan dalam menjana sesuatu
pemikiran di kalangan mahasiswa ini daripada masyarakat amnya
dan kepimpinan yang ada sekarang khasnya akan membantu kepada
lahimya mahasiswa yang berideologi tinggi yang sesuai untuk
memerintah negara pada masa hadapan yang sudah kita ketahui
baha\va cukup mencabar. Bukan calang-calang orang yang mampu
mentadbir sesebuah negara pada masa hadapan. Penjanaan pemikiran
dalam bidang ekonomi dan politik adalah paling penting sekarang
kerana cabaran dalam ekonomi dan politik cukup mencabar dan
ini dapat dilihat dalam konteks Asia khasnya di mana pemimpin
sesebuah negara cukup mudah dikalahkan dengan suasana dalam
negaranya sendiri.
Namun
begitu ideologi dalam bidang sosial dan agama juga sama pentingnya
kerana ia adalah lambang kepada sesebuah masyarakat dan juga
menjadi faktor keseimbangan kepada ekonomi dan politik dalam
sesebuah negara.
Bagaimanapun
sejak akhir-akhir ini mahasiswa sering kali diperalatkan oleh
pihak yang berkepentingan di mana mereka mempergunakan mahasiswa
untuk melancarkan sesuatu gerakan yang akhirnya memakan diri
mahasiswa itu sendiri. Terdapat juga kes mahasiswa di-politikkan
oleh parti tertentu bagi me-raih sokongan di mana mereka berang-gapan
yang mahasiswa merupakan golongan paling sesuai dan mudah
untuk melakukan tindakan yang agresif dan dilabelkan sebagai
'cepat panas'. Namun begitu terdapat juga pemimpin kerajaan
tidak sependapat dengan mahasiswa ini di mana kedua-dua golongan
ini sering kali bertelingkah dalam memperkatakan sesuatu perkara
atau isu. Contohnya dalam isu 'relevenkah mahasiswa berpolitik'
di mana mahasiswa dihalang dan ditentang walaupun pendapat
mereka ada juga betulnya.
Sepatutnya
golongan mahasiswa ini harus dibimbing dan diasuh dengan ilmu
dan pengalaman bukannya mereka ditentang dan diberi tekanan
dengan apa juga ugutan dan hukuman tertentu tentang pendapat
yang diketengahkan. Jika mereka (mahasiswa) ditentang dan
suara mereka tidak diambU peduli, mahasiswa berkemungkinan
akan mengi-kut jejak langkah seperti pelajar di insti-tusi
pengajian luar negara yang lebih senang mengadakan rusuhan
dan pe-nentangan secara kekerasan. Tetapi mahasiswa kita masih
matang waJaupun terdapat segelintir daripada mereka terli-bat
dalam rusuhan dan tindak balas berbentuk fizikal ini.
Akhir
sekali di sini ialah masyarakat harus juga respek dan terbuka
dalam menerima mahasiswa sebagai 'rebung' yang sedang menjalani
proses untuk menjadi buluh yang akhirnya memperhambakan diri
mereka untuk dibuat 'lemang' atau 'wau'. Tiadanya kekangan,
tiadanya halangan dalam perkembangan mental(ideologi) mahasiswa
ini akan merealisasikan mahsiswa berideologi ini. Adakan dan
wujudkan 'pentas' di mana forum atau sesi bahas dan dialog
dapat diadakan agar setiap apa yang tersirat di lubuk berharga
mahasiswa ini dapat diketengah dan difikirkan secara terbuka
dan dikaji kerelevanannya.
Halaman Utama