Idealis Mahasiswa
 
 

Keberanian Naib Canselor UUM Patut Dicontohi


Hit = [ ]

M.S Hasan, Puchong

TINDAKAN Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri mendedahkan penglibatan beberapa pensyarah dan penuntut UUM dengan kegiatan militan wajar dipuji.

Beliau berani mendedahkan kegiatan tersebut walaupun kredibilitinya sebagai naib canselor mungkin dipertikaikan. Ini juga menunjukkan beliau mengikuti perkembangan dan aktiviti setiap penuntut dan pensyarah UUM.

Naib-naib canselor universiti tempatan lain wajar mencontohi beliau. Mereka sepatutnya peka dengan apa jua perkembangan dalam kampus. Janganlah bertindak hanya apabila terdapat pendedahan akhbar atau pemimpin politik mengenai sesuatu isu.

Lebih menyedihkan sesetengahnya tidak berbuat apa-apa sebaliknya secara melulu menuduh akhbar sengaja memperbesarkan isu berkenaan. Sepatutnya mereka menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Begitu juga kes salah laku murid di sekolah-sekolah. Pihak yang membuat pendedahan telah menjadi sasaran kononnya membuat tuduhan tanpa bukti. Jika benar tidak berlaku kemukakanlah fakta-fakta penafian. Usah membuat penafian membabi buta.

Bukan satu dua kes sahaja yang diperkatakan. Tidak mungkinkah ada yang betul-betul berlaku ? Apa yang lebih menarik ada yang didakwa itu melibatkan bukan sahaja murid malah guru-guru dan pengetua sendiri. Kenapa mereka tidak memberi sebarang respons demi membersihkan nama mereka ?





Copyright © 2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved