Kenyataan
Akhbar UBU-UiTM
Untuk
sebarang pertanyaan sila hubungi 0193874814 (Amin) atau 0193078839
(
Jonah )
Kenyataan
Akhbar Universiti Bangsar Utama (UBU ) Mengutuk Penindasan
Yang Dilakukan Oleh UiTM terhadap pelajar, pensyarah dan kakitangan
akademik
8
Jun 2001 merupakan hari yang bersejarah dimana pada hari tersebut
satu protes diadakan oleh mahasiswa yang bergabung dibawah
Gerakan Mahasiswa Mansuhkan I.S.A (G.M.M.I) bagi membantah
tindakan kerajaan Malaysia yang menggunakan I.S.A yang dengan
jelas telah menidakkan kebebasan bersuara di negara ini.
Protes
yang dihadiri oleh hampir 300 mahasiswa disekitar Lembah Klang
itu telah mengundang tindakan ganas pihak polis dan menyebabkan
7 orang mahasiswa ditahan. Maka sejak dari tanggal 8 Jun 2001
bermulanya kembali" era penindasan " kepada mahasiswa.
UiTM adalah IPTA pertama yang mengambil tindakan yang aggressif
terhadap
Pelajar
yang menyertai dan ditahan dalam protes mahasiswa tersebut.
Dua orang anasiswa UiTM yang ditahan oleh pihak polis semasa
perhimpunan aman itu, Saudara itefzan Ramli dan Saudara Herman
telah digantung dari pengajian sehingga kes mahkamah selesai.
(Biasanya kes-kes sebegini memakan masa 1-2 tahun untuk selesai).
Hari
ini sekali lagi UiTM telah melakukan penindasan. Tetapi kali
ini bukan hanya kepada mahasiswa, malahan pensyarah dan kakitangan
akademik juga terlibat sama dalam kerakusan pihak UiTM yang
dilihat begitu "mengampu" regim diktator Mahathir
Mohammad yang semakin hari semakin hilang pengaruh dikalangan
rakyat dimana pada pilihanraya umum yang lalu telah menyaksikan
bermulanya era politik baru masyarakat Malaysia terutamanya
orang Melayu dimana hampir 60 peratus orang Melayu telah memberikan
undi kepada pakatan pembangkang.
Pihak
UiTM telah melakukan tindakan yang radikal dengan membubarkan
dua persatuan mahasiswa iaitu Persatuan Mahasiswa Islam UiTM
dan Kelab Usahawan UiTM. Selain daripada itu seorang pensyarah
telah dipecat dan 47 orang kakitangan akademik lain, termasuk
ditukar tempat kerja. Prof. Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah memberitahu
" daripada 47orang yang dikenakan tindakan disiplin,
40 orang ditukarkan ke cawangan-cawangan yang lain. 4 orang
ditarik balik jawatan dan tiga orang lagi ditarik balik biasiswa".
( Utusan Malaysia, Rabu 5 September 2001 ).
Pihak
UiTM menjelaskan bahawa tindakan mereka ini adalah untuk membenteras
kegiatan-tegiatan anti-kerajaan yang didakwa oleh mereka (
Baca: UiTM ) dilakukan secara terang-terangan. Dr.lbrahim
juga berkata beliau akan memastikan tidak ada mana-mana parti
politik pembangkang menggunakan persatuan mahasiswa untuk
kepentingan politik mereka (Baca. Parti Politik Pembangkang
).
Kami
di UBU mengecam penindasan yang dilakukan oleh pihak UiTM
terhadap pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik yang kami
rasakan sungguh tidak demokratik. Pihak UiTM telah melakukan
penindasan yang amat besar seperti mengantung pelajar, membubarkan
persatuan pelajar dan yang terbaru memecat pensyarah dan mengenakan
tindakan keras kepada 47 orang kakitangan akademik.
Tindakan
UiTM adalah sungguh tidak demokratik dan bertentangan dengan
piagam Antarabangsa Tentang Hak-hak Asasi Manusia dalam Fasal
19 yang mengatakan bahawa " Tiap orang berhak untuk mempunyai
fikiran sendiri dan bebas untuk menyuarakannya; hak ini merangkumi
kebebasan untuk mempercayai fikiran sendiri tanpa diganggu
gugat, dan kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan
keterangan dan buah fikiran melalui semua jenis media tanpa
periu merujuk kepada sesiapa terlebih dahulu".
Pihak
UiTM juga telah mengamalkan " double standard" dimana
tindakan hanya diambil kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan
akademik yang terlibat dengan politik pembangkang tanpa mengenakan
apa-apa tindakan yang sama kepada mana-mana pelajar, pensyarah
dan kakitangan akademik yang melibatkan diri secara terang-terangan
didalam politik UMNO dan Barisan Nasional. Malahan ada pelajar
yang melibatkan diri dengan UMNO yang ditangkap ketika meniru
dalam peperiksaan dilepaskan begitu sahaja hanya kerana beliau
memperjuangkan UMNO didalam kampus menurut seorang aktivis
mahasiswa UiTM yang tidak mahu namanya disiarkan. Sedangkan
didalam AUKU dan Akta UiTM telah menjelaskan bahawa mahasiswa
tidak boleh terlibat dengan mana-mana parti politik.
Kami
di UBU mengutuk keras tindakan UiTM membiarkan universiti
itu diperalatkan oleh regim Diktator Mahathir Mohammad. Universiti
seharusnya bebas daripada kongkongan oleh mana-mana pihak.
Universiti seharusnya bebas untuk menentukan pentadbiran mereka
sendiri tanpa campurtangan daripada kerajaan kerana universiti
adalah tempat untuk nencari ilmu dan kebenaran. Tetapi sayangnya
UiTM telah merendahkan martabat institusi itu sebagai satu
pusat ilmiah yang bebas dengan membiarkan diri mereka untuk
kepentingan politik Regim Diktator Mahathir yang menindas.
Kenyataan
Professor Datuk Dr. Ibrahim yang mengatakan bahawa tindakan
tegas yang diambil terhadap pelajar dan pensyarah yang antikerajaan
kerana tidak mahu UiTM menjadi kelas kedua menampakkan kebodohan
beliau. Walaupun sudah bergelar professor dan mendapat pangkat
Datuk, beliau masih lagi tidak faham apa sebenarnya tujuan
universiti diadakan. Universiti adalah pusat untuk mencari
ilmu dan kebenaran. Sudah pasti dalam proses mencari ilmu
dan kebenaran, pasti ada pertentangan dan kontradiksi yang
berlaku. Beliau seharusnya berbangga kerana di UiTM masih
ada lagi mahasiswa yang berani untuk mengkritik kerajaan.
Mengkritik
kerajaan tidak semestinya menentang kerajaan. Terlibat dalam
politik tidak semestinya menjadi ahli parti politik. Kalau
perkara-perkara yang asas sebegini pun masih lagi tidak dapat
memahamiya, kami di UBU meyarankan agar beliau letak jawatan
sebagai Canselor UiTM dan masuk menuntut semula dimana-mana
IPTA atau IPTS. Kami sebagai generasi muda amat kesal dan
sedih dengan sistem pendidikan negara yang telah melahirkan
Professor seperti Naib Canselor UiTM. Kalaulah begini cara
NC UiTM berfikir, untuk mencapai taraf Universiti kelas keenam
pun tidak akan tercapai.
Maka
kami dan Universiti Bangsar Utama mendesak UiTM dan semua
IPTA dan IPTS supaya
1.
Menghentikan segala bentuk penindasan dan pencabulan HAM (
Hak Asasi Manusia ) yang dilakukan oleh UiTM dan semua IPTA/IPTS
terhadap mana-mana pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik.
2.
Menghentikan sikap " double standard" yang sering
diamalkan oleh mereka.
3.
Membebaskan UiTM dan seluruh IPTA/IPTS daripada cengkaman
kuku besi Mahathir Mohamad
4.
Menyingkir Naib Canselor-naib canselor universiti yang mengeluarkan
kenyataan bodoh pada media kerana ini akan merendahkan lagi"
standard " IPTA/IPTS sebagai pusat ilmu.
5.
Menghentikan segala tohmahan-tohmahan kepada mahasiswa-mahasiswa
yang sejak akhir-akhir ini sering dituduh "subversif
dan " militan ".
6.
Kalau benar wujud sebuah gerakan subversif dan militan dikalangan
mahasiswa, hadapkan mereka ke muka pengadilan yang bebas dan
terbuka tanpa mana-mana campurtangan daripada pemerintah mahupun
pembangkang.
"
Jikalau Suara dibungkam,. Kritik
dilarang Dituduh
subversif dsn mengganggu keamanan.
Maka
hanya ada satu kata lawan!!!!!!!!
Wiji
Thukul ( Beliau adalah seorang Penarik Beca yang sehingga
hari ini tiada seorangpun yang tahu dimana ia berada. Begitu
besar sekali jiwa beliau sebagai seoarang penarik beca berbanding
dengan Professor Datuk Dr.lbrahim Abu Shah yang sanggup membiarkan
universiti yang beliau tadbir diperalatkan oleh regim diktator
mahathir.
"AnakMuda
Bangun Me/a wan"
Amin
Iskandar
Setiausaha
Agung UBU
Halaman Utama