PKAUM
anggap Surat Akujanji langgar hak
Berita
Minggu-10 Mac 2002
KUALA
LUMPUR: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM)
meminta kerajaan menarik semula Surat Pekeliling 17 bagi tahun
2001 yang mewajibkan semua kakitangan awam menandatangani
Surat Akujanji.
Presiden
PKAUM, Rosli Mahat, berkata surat itu hanya menyentuh sedikit
mengenai sumpah dan taat setia kepada kerajaan, raja dan negara,
manakala sebahagian besar berkaitan dengan kesetiaan tetapi
bercanggah dengan hak kebebasan akademik, pekerja dan rakyat.
Beliau
berkata, Perkara (i) dalam akujanji melanggar hak kebebasan
ahli akademik dengan menganggap sebarang kritikan dasar dan
keputusan kerajaan sebagai ketidaksetiaan, sedangkan ia penting
bagi melahirkan siswazah berfikiran kritis dan berupaya melihat
sesuatu isu dari berbagai sudut.
“Bagaimana
mata pelajaran seperti ekonomi, sains sosial dan undang-undang
diajar dengan berkesan jika ahli akademik dihalang daripada
mengkritik kerajaan. Perkembangan ilmu akan terbantut dan
tidak lengkap jika kebaikan satu pihak saja yang disebut-sebut,”
katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.
Rosli
berkata Perkara (viii) boleh mengehadkan perjuangan kesatuan
dengan hanya membenarkan pekerja yang memerlukan pembelaan
meminta bantuan daripada kesatuan secara rasmi.
Halaman Utama