Pelajar
Sambut Cabaran Anwar
Oleh:
Ahmad Lutfi Othman
Petikan
Buku "Siapa Dalang? Cerita Di Sebalik Tabir" (hlm.159-168)
Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap sempena
minggu Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di
Petaling Jaya, Ogos lalu memberi keizinan kepada para pelajar
universiti tersebut untuk berdemonstrasi.
"Tapi
jika saya dahulu ditangkap kerana berdemonstrasi, kamu semua
kena bersedia untuk ditangkap"kata Presiden UIA itu dengan
disambut oleh gelak ketawa pelajar.
Bekas
Presiden ABIM yang memang pandai berjenaka itu bagaimanapun
membuat kesimpulan ringkas bahawa tindakan beliau berdemostrasi
dahulu didorong oleh kemiskinan luar bandar "Sekarang
rakyat tidak lagi miskin" Kata bekas pemimpin pelajar
itu dengan penuh yakin.
Apa
yang lebih menarik diulas adalah kenyataan Anwar bahavva demontrasi
pelajar pada zamannya lebih bertujuan membela rakyat yang
dihimpit kemiskinan. Ketika itu pelajar amat sensitif apabila
rumah-rumah setinggan dirobohkan, peneroka pinggir bandar
diusir. Lalu meletuslah suara kebenaran pelajar, tanpa takut,
tanpa gentar.
(Tanpa
sebarang hasrat untuk merendah-rendahkan demonstrasi pelajar
menentang isu kemiskinan di Baling, tahun 1974, menarik juga
dibaca usikan nakal ruangan pojok "Nak Marah Marahlah!",
dalam akhbar Mingguan Politik, 1-14 September 1994: Anwar
Ibrahim mahu supaya jangan diikut cara-cara melancarkan rusuhan
untuk mencapai matlamat perjuangan. Pada tahun 1974 dulu,
ada tunjuk perasaan akibat kematian dua anak petani di Baling,
Kedah yang dihebohkan kononnya akibat kebuluran. Berikutnya,
WHO telah meminta Malaysia menghantar laporan segera, benarkah
ada kematian akibat kebuluran kerana mereka mahu mengirimkan
bantuan menyelamat ke Baling, Kedah. Zainal Abidin Wahid yang
dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa penyiasat mengirim
gambar kediaman keluarga petani yang malang itu. "Macam
mana boleh kebulur kerana di sekeliling rumah kediaman keluarga
itu kelihatan pokok pisang dan pokok betik yang sedang mengeluarkan
buah?" tanya WHO. Rupanya pembohongan ketika itu mendapat
sokongan sehingga berlakunya rusuhan di sana-sini ....")
Bagaimanapun
di era 1990-an, para pelajar bukan sahaja berdemonstrasi kerana
isu kemiskinan rakyat (yang menjadi isu terpenting perjuangan
gerakan pelajar di era 1970-an) tetapi juga bagi menentang
sebarang rupa 'jembalang akta' yang menzalimi masyarakat Melayu
di luar bandar. Kalau dulu golongan setinggan dihalau bagi
pembinaan padang golf, sekarang penduduk kampung tanah adat
Melayu, warisan ratusan tahun, hak milik mereka yang sah (yakni
bukan setinggan) dipaksa meninggalkan tanah tumpah darah tanpa
pampasan yang sewajarnya.
Bertitik-tolak
daripada inilah, perkarangan Kompleks Seri Negeri yang menempatkan
pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka digegarkan oleh
demonstrasi pelajar pada 10 September 1994.
Tidak
siapa menyangka para pelajar daripada Universiti Malaya (UM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti
Sains Malaysia (USM) dan Maahad Tahfiz bergabung tenaga di
bawah Jawatankuasa Bertindak Hak Asasi Rakyat, Universiti-universiti
Tempatan bagi membantah sikap rakus kerajaan negeri merampas
tanah penduduk kampung di Pantai Tanah Merah dan Pantai Kundor.
Demonstrasi
yang bermula seawal pukul 11.00 pagi itu melibatkan lebih
500 pelajar. Slogan-slogan penuh semangat mengecam tindakan
kerajaan negeri memecah keheningan pagi dengan diselang-selikan
oleh laungan takbir.
Poster
dan sepanduk pelbagai rupa dan warna dijulang oleh para pelajar
menjadikan demonstrasi aman itu meriah dan penuh bertenaga.
Kompleks
Seri Negeri yang dikelilingi oleh pusat membeli-belah dan
terletak berhampiran dengan perhentian teksi dan bas memang
menjadi pusat tumpuan orang ramai. Dan tidak hairanlah }ika
demonstrasi pelajar itu ber-jaya menarik perhatian orang-ramai
yang berdiri di sepanjang bahu jalan utama bertentangan kompleks
bangunan kerajaan negeri itu.
Kakitangan
kerajaan negeri yang baru memulakan tugas harian pada pagi
Sabtu itu turut tidak melepaskan peluang merasai kehangatan
dan bara demonstrasi tersebut. Koridor Kompleks Seri Negeri
yang menempatkan tiga blok bangunan lima tingkat itu dipenuhi
oleh wajah-wajah ingin tahu yang semestinya terkejut dengan
kehadiran ratusan pengunjung tidak diundang iru.
Tidak
sampai setengah jam demonstrasi aman itu berlangsung, Ketua
Polis Melaka Tengah, Penolong Pesu-ruhjaya Polis Mat Drus
Sudin tiba bersama beberapa pegawainya. Beliau mengarahkan
para pelajar bersurai. Tanpa mengendahkan arahan tersebut,
para pelajar meneruskan demonstrasi dan menunrut wakil mereka
dibenarkan menemui Ketua Menteri Melaka bagi menyampaikan
memorandum bantahan.
Ketua
Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang menjadi
tumpuan media massa kerana hubungannya dengan pelajar perempuan
bawah umur diberitakan bercuti keluar negara. Lain-lain anggota
Exco Kerajaan Negeri juga dilapor tidak berada di pejabat
kerana sibuk dengan urusan rasmi luar pejabat.
Rundingan
antara pihak polis, wakil pelajar dan Pengerusi Jawatankuasa
Sokongan Peneroka Bandar (JSPB) Dr. Mohd. Nasir Hashim menghasilkan
tolak-ansur yang memberangsankan.
Akhirnya,
empat wakil pelajsr diketuai o/eh Saudara Adly Zahari memasuki
Jabatan Ketua Menteri bagi menyampaikan memorandum bantahan.
Dengan
pelbagai bentuk kesukaran, mereka akhirnya berjaya menemui
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Jemal Zainal Kasim
yang dengan penuh ceria menerima memorandum bantahan setebal
tiga muka surat itu.
Kandungan
memorandum pelajar itu adalah seperti berikut:
"Di
atas kesedaran bahawa Islam menganjurkan umatnya agar membuat
kebajikan dan menyeru untuk keadilan di samping mencegah kemungkaran
serta penindasan bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat
(golongan) yang menveru (manusia) kepada melakukan kebaikan,
menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat.
Mereka itulah orang-orang yang berjaya (bahagia)". (Surah
Ali-lmran: 104)
"Di
atas kesedaran, rasa tanggungjawab dan keprihatinan maka kami
mengemukakan memorandum ini selaras dengan inspirasi program
induk belia negara, di bawah tema Malaysia Prihatin: "Suatu
program bagi membentuk generasi bangsa yang mempunyai kesedaran
untuk membela masyarakat yang kurang bernasib baik dan membantu
mereka yang ditimpa kemalangan serta mengamalkan sifat-sifat
perikemanisiaan, bertanggungjawab, penyayang dan mempunyai
semangat kekitaan." (Sumber: Pamflet Pelan Induk Belia
Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia 1991)
"Keputusan
untuk mengemukakan memorandum ini adalah terbit daripada rasa
tanggungjawab terhadap betapa pentingnya hak-hak rakyat dipertahankan
bagi memastikan generasi seterusnya mempunyai jaminan terhadap
hak yang dipusakai.
"Bantahan
ini dikemukakan di atas dasar bersimpati dengan para penduduk
yang dirampas hak kebebasan mereka di mana kebebasan pada
umumnya membawa erti: Kemerdekaan dan kebebasan dari segala
belenggu kebendaan dan kerohanian yang tidak sah dan kadang-kadang
dipaksakan kepada manusia tanpa alasan yang benar pada kehidupannya
sehari-sehari yang menyebabkan manusia tidak dapat menikmati
hak-hak yang sewajarnya dari segi sivil, agama, pemikiran,
politik, sosial dan ekonomi.
"Kebebasan
menurut pengertian di atas, tidak terpisah dari hak-hak tabiat
(fitrah), hak untuk setiap manusia di setiap waktu dan tempat.
Oleh kerana itu, antara hak tabii yang amat menonjol sekali
ialah hak untuk hidup, bebas, mewakili, hak memperolehi ketenteraman,
persamaan, keadilan dan sebagainya.
"Hasil
tinjauan kami di kampung terbabit pada 27 Ogos 1994 serta
perjumpaan dengan penduduk penduduk kampung terbabit, maka
kami merumuskan di antara hak-hak rakyat yang telah dicabul:
"Tindakan bagi menyelesaikan masalah dengar penduduk
terbabit semenjak tahun 1991 sehingga terpaksa diakhiri dengan
kekerasan pada tahun 1994 adalah tindakan yang tidak beradab,
di luar norma-nornu kemanusiaan sekaligus menampakkan kepincangan
kerajaan negeri dan Persekutuan bagi menyelesaikan permasalahan
rakyat secara aman dan terkawal. Disusuli dengan tindakan
pihak berkuasa yang menangkap 12 penduduk kampung dan menggunakan
anjing pada kejadian 18 Ogos 1994 di kampung terbabit adalah
amat dikesali ketika negara sedang mempelopori wawasan masyarakat
penyayang menjelang tahun 2020 dengan merujuk kepada ucapan
Perdana Menteri Malaysia pada 3hb Februari 1991: "Cabaran
ketujuh adalah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayangi...." [Sumber: Kertas kerja berjudul Malaysia:
Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)].
"Penafian
hak ke atas tanah yang dimiliki oleh rakyat bukanlah merupakan
satu bentuk pendidikan yang baik kerana ini telah ditegaskan
dalam inspirasi cabaran ketiga wawasan 2020: "Cabaran
ketiga yang sering dihadapi oleh masyarakat Malaysia ialah
usaha mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang menga-malkan saru bentuk persefahaman, matang dan demokrasi
Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun"
(Sumber: Wawasan 2020).
"Pemotongan
bekalan air, elektrik, telefon, pos dan sekatan pengangkutan
awam ke atas kampung terbabit adalah merupakan saru bentuk
kezaliman kepada rakyat dengan membelakangkan sifat perikemanusiaan.
Akibat daripada itu, masyarakat kampung terpaksa menggunakan
pelita dan mengambil air dari perigi sekali gus menjadikan
kehidupan masyarakat di kampung terbabit semakin terhimpit
dan serba kekurangan.
"Tindakan
menyekat kemudahan infrastruktur rakyat di kampung terbabit
benar-benar tidak mengambil
kira nasib pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan semua kemudahan
ini seterusnya menjejaskan penumpuan
pendidikan harian mereka.
"Tindakan
"rampasan" secara paksa ke atas sebidang tanah wakaf,
dua buah masjid iaitu Masjid Kampung Pantai Kundor dan Masjid
Kampung Pantai Merah dan sebuah surau benar-benar menyentuh
sensitiviti umat Islam di mana menjadi kewajipan umat Islam
untuk mempertahankan institusi ini dari dirobohkan.
"Tindakan
kerajaan membayar pampasan dengan hanya menilai tanah dan
rumah rakyat adalah tidak wajar. Kerajaan sepatutnya turut
mengambil risiko yang dihadapi oleh rakyat di kampung terbabit
yang rata-ratanya adalah nelayan, di mana kesan pemindahan
ini telah menutup mata pencarian mereka.
"Kami
menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula Akta
Pengambilan Tanah 1992 (pindaan) kerana akta ini secara jelas
dipergunakan sehingga membelakangkan kepentingan dan hak rakyat.
Rakyat bukannya menolak pembangunan tetapi menolak cara kerajaan
mengambil tanah rakyat dengan menafikan hak rakyat di atas
tanah milik mereka.
"Kami
dengan ini mendesak supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul
Rahim Tamby Chik, selaku Ketua Menteri Melaka agar meletakkan
jawatan di atas penin-dasan yang dilakukan terhadap rakyat
di mana rakyat menjadi "mangsa pembangunan", seterusnya
terpaksa mempertahankan hak mereka dengan linangan air mata
dan kekerasan oleh pihak berkuasa.
"Kami
juga mendesak supaya ADUN kawasan terbabit iaitu Yang Berhormat
Datuk Ali Rustam agar turut sama meletakkan jawatan di atas
kegagalan beliau bagi mewakili suara rakyat, sebaliknya mewujudkan
suatu suasana yang tegang dengan rakyat. Sekali gus tindakan
beliau langsung tidak mengambil kira pandangan dan hasrat
rakyat.
"Kami
menuntut Kerajaan Negeri mengumumkan jumlah pampasan sebenar
yang diperuntukkan oleh Perronas dan jumlah yang diagihkan
kepada rakyat di kampung terbabit.
"Kami
menuntut Kerajaan Negeri membawa permasalahan rakyat ke meja
rundingan di antara masyarakat kampung terbabit, pihak Kerajaan
Negeri dan pihak Petronas dengan mengambilkira tuntutan-tuntutan
dan hak-hak rakyat. Seterusnya menilai kembali pampasan yang
telah diberikan kepada rakyat dengan turut mengambilkira kerugian
rakyat dari sudut punca pendapatan, di mana kebanyakan nelayan
di kampung terbabit hilang mata pencarian akibat pemindahan
ke kawasan jauh dari pantai.
"Sesungguhnya
segala yang dinyatakan di atas adalah merupakan suara rakyat,
di mana rakyat dengan terang menolak Akta Pengambilan Tanah
1992 (pindaan). Wajarlah bagi Kerajaan Persekutuan menilai
semula kehendak rakyat. Kami masyarakat mahasiswa akan senriasa
bersama rakyat dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan
ini.
"Berdasarkan
kepada sebab-sebab yang digariskan, kami berharap agar memorandum
ini mendapat perhatian yang serius, seterusnya mempertimbangkan
segala tuntutan-runrutan di atas."
Demonsrrasi
pelajar itu berakhir sejam kemudian selepas wakil pelajar
selesai menyerahkan memorandum pelajar. Doa dibaca dan turut
diaminkan oleh pegawai polis beragama Islam yang hadir.
Mereka
akhirnya berarak keluar daripada perkarangan Seri Negeri dan
meneruskan 'demonstrasi ringkas' di jejantas berhampiran.
Dr
Nasir Hashim melahirkan kegembiraan beliau terhadap perkembangan
tersebut. Beliau juga berharap Anwar Ibrahim turut berbangga
dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar untuk membela
nasib rakyat yang tertindas.
Mungkin
kata-kata beliau itu boleh dianggap separuh benar kerana statistik
rasmi kerajaan sendiri (1990) menunjukkan kadar kemiskinan
di negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu berada pada
paras 29 peratus hingga 36 peratus berbanding 17 peratus kadar
kemiskinan negara. Malahan jurang antara golongan kaya dengan
mereka yang papa kedana semakin melebar. Golongan petani,
nelayan dan peneroka Felda terus terhimpit tanpa disokong
oleh dasar pembangunan khusus bagi menyantuni mereka.
Halaman Utama