Idealis Mahasiswa


Sejarah Majlis Belia Malaysia (MBM)

Sumber: Laman web MBM

Sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu telah wujud pelbagai pertubuhan Belia di negeri-negeri tertentu. Di Johor, pada tahun 1915 dan 1917 terdapat banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan seperti Persekutuan Minyak Beku dan Persatuan Keharapan Belia dan Lubok Club. Objektif utama persatuan-persatuan ialah rekreasi dan pertubuhan senggang.

YMCA merupakan pertubuhan belia kristian yang terawal ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1914. Kegiatan tertumpu pada usaha-usaha dakwah kristian di kalangan pemuda-pemudi daripada YMCA, muncul pula YWCA (Young Woman`s Christian Association). Di sekolah-sekolah, Muncul pula Persatuan St. John Ambulance ditubuhkan pada tahun 1908. Kebanyakanya di sekitar Kuala Lumpur.

Pengakap lahir di Tanah Melayu dalam tahun 1910. Sehingga sebelum Perang Dunia II hampir keseluruhan sekolah Inggeris mempunyai kegiatan pengakap manakala di sekolah Rendah pula terdapat Pasukan Anak Serigala. Pandu Puteri mula berkembang sejak tahun 1917.

GPMS ditubuhkan pada tahun 1948. Ia merupakan pertubuhan yang memperjuangkan nasionalisma orang melayu yang berasaskan bangsa Melayu dan agama Islam.

Fakta-fakta ini menyebabkan MBM di sepanjang pergerakan sehingga tahun 1957 kepimpinannya dikawal oleh kalangan belia bukan melayu. Pengaruh YCW dalam MBM, khususnya pada masa kehadiran Rev.Larry C.Y.Cheah amat jelas pada tahun 1971, Anwar Ibrahim dari PKPIM mengambilalih sekreatiat MBM.

MBM dilahirkan pada mulanya sebagai cawangan WAY. WAY adalah badan induk yang dihormati oleh MBM. Sehingga sebelum merdeka, MBM adalah pertubuhan sukarela yang bersifat senggang (pengisi masa lapang). Tetapi kemudianya ,MBM dibawa mengikut pembangunan negara.Di akhir tahun 1960-an MBM mula mahukan pengibatannya dalam pembangunan negara. Dalam peringkat tersebut juga MBM mengorak langkah dan menggelarkan dirinya sebagai perjuang suara belia dan rakyat yang lantang.

Terdapat beberapa perkembangan yang menarik di sepanjang tiga puluh tahun. MBM adakala naik dan tidak kurang juga menurunnya. Sehingga tahun 1974, MBM terlalu bergantung kapada karisma pucuk pimpinannya.

Walau apa jua alasan dan sebab,sejarah menunjukan MBM hampir menempah "maut" dalam tahun 1974-1975. Politik belia di Malaysia kian ketara sejak tahun 1960-an. MBM disamping menjadi forum belia, ianya juga gelanggang pengaruh kepimpinan.Dalam MBM, secara tak disedari wujud kem-kem pengaruh yang menggelegakkan organisasi itu sendiri.

Di zaman penjajah Inggeris, MBM "akur" kepada kehendak British.Sardon Zubir pula dapat membawa MBM "senada" dengan kerajaan. Aliran sebegitu berubah sekali di tahun 1970-an . Ada satu macam aliran dalam MBM yang cuba mengelakkan tokoh politik pemerintahan mengetuai MBM. Kepercayaan yang diberikan oleh belia kepada Sardon Zubirdan Tengku Abdullah tidak dapat diteruskan oleh elit pemerintahan selepas itu.

Sebagai "pemerhati ikut serta" dapatlah dikatakan MBM menjadi satu gelanggang belia yang ketara. Ada yang mengatakan MBM menjadi "Vehicle gerakan aktivis". Terdapat berbagai tendensi dalam MBM . Setiap organisasi membawa tersendiri sikap terhadap politik belia .Ada yang dapat digolongkan sebagai belia aktivis, non aktivis, confirmer, constructurist, allienated dan berbagai lagi jika mahu diistilahkan secara ilmiah.

MBM menghadapi pelbagai perubahan dari kepimpinannya yang mendapat pelajaran tinggi di landon, kini MBM dipimpin ioleh siswazah lepasan universiti tempatan yang menyedari permasalahan rakyat. Disini timbul gagasan MBM yang di katakan mewakili suara belia ini menjadi "hati nurani rakyat".

MBM mengikut secara dekat tentang isu kebangsaan .Hal ini amat ketara dalam tahun 1970-an. MBM tidak dapat mengelak dari pengaruh kampus.Isu buruh dan upah, pelajaran, pembangunan dan berbagai-bagai lagi, kesemuanya dibawa badan gabungan MBM.

Satu lagi yang jelas dari segi kepimpinan, didapati selepas merdeka terdapat semacam `minat` dan `kesedaran` belia-belia melayu dan organisasi terhadap MBM. Selaras dengan struktur politik negara, MBM meletak tokoh belia melayu menjadi pemimpinnya, setiap kali pilihanraya Exco MBM komposisi kaum masih menjadi perhintungan utama. Ini adalah selaras dengan hasrat pepaduan negara.Jika ditinjau kepimpinan MBM terdapat beberapa bekas pemimpinnya menjadi tokoh-tokoh politik dan sektor lain di negara ini.Suatu keadaan yang tidak dapat dinafikan bahawa MBM boleh menjadi `training Ground` bagi politikus negara ini. Sejarah telah dan boleh membuktikan perkara ini. Kini MBM telah berusia 40 tahun. Dengan itu peranan dan perkembangannya juga membayangkan `kemantangan` dalam ketindaktandukannya. Kesedarann berpolitik di kalangan belia boleh menjadikan `tempat mengasah bakat dan menguji kepimpinan seseorang`. Mungkin setelah 40 tahun, MBM kena menoleh ke belakang , mengkaji dan merenungkan aktiviti tradisinya .Seterusnya merancang neotradisi yang sesuai dengan zaman dan aspirasi belia. Semoga memografi ini boleh menjadi latar belakang atur rancang MBM mulai 1990. Dengan itu suatu wajah baru dapat diadunkan untuk MBM.

Ketika pembentukan Malayan Union tahun 1946, muncul UMNO, dari situ juga belia-belia Melayu masih belajar di Victoria Instittution, Kuala Lumpur menubuhkan Kesatuan Melayu Kuala Lumpur(KPMKL). Dari KPMKL munculnya Persatuan Penutut Melayau Selangor, KPPMS(sekarang di kenali Kesatuan Melayu selangor). Kebangkitan KPPMS mempengaruhi pertumbuhan PERMI (Persatuan Melayu Insaf) di Perak atas inisiatif Aminuddin Baki. Di Pahang Abd. Razak Dato Hussein sebelum berlepas ke England sempat menubuhkan Kesatuan Pelajar Melayu Pahang. Menjelang tahun 1948 hampir setiap negeri di semenanjung mempunyai persatuan pelajar. Terdapat di semenanjung mempunyai persatuan pelajar melayudi Maktab Teknik dan Maktab Tanaman Serdang, Maktab Raffles dan Maktab Perubatan King Edward di Singapura. Persatuan-persatuan ini menubuhkan GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung). Pada 23 Julai 1948 lebih daripada 75 wakil pertubuhan-pertubuhan Belia bermesyurat di Victoria Institution untuk menubuhkan Majlis Belia Malaysia .Sementara ini di Tanah Melayu perwakilan Belia yang bersidang pada 23 julai telah berusaha menubuhkan Majlis Belia Negeri dan settlements. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan province Wellesley telah ditubuhkan 17 November merupakan Majlis Belia Negeri yang pertama ditubuhkan di Tanah MBM yang sahih, berperlembagaan dan disusun secara berkesandalam tahun 1950. Jawatan presiden (pengerusi ) MBM hanya bermula pada 9 september 1950. Dari segi perlembagaan, MBM sebenarnya wujud mulai dari mesyuarat ini. Markas gerakan MBM bermula di P.P,P.O. Box 426 dengan mengambil 2 orang pekerja sambilan sebagai peon.

Pada 9 september 1950 MBM telah mengadakan mesyuarat Agung yang pertama dan melantik AJK. Sebanyak 11 badan gabungan Majlis Belia Negeri seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pulau-Pinang, Negeri Sembilan dan Pahang serta Pertubuhan Budak Pengakap, Pandu puteri (Malay dan Singapura), YWCA (Malaya dan Singapura ) dan persaudaraan Belia Methodist Tanah Melayu telah hadir. Pada tahun 1950an, MBM lebih cenderung dengan WAY iaitu badan Induk MBM. Wakil belia Malaysia dalam majlis Am WAY ialah Mohd Sopiee yang mewakili UMNO.

MBM yang masih merangkak menerima penyakit kelumpuhan sekretariat akibat perletakan jawatan setiausahanya, John Kanagaratnam. Akibatnya satu mesyuarat tergempar Exco telah diadakan pada 10 November 1951. Naib pengerusi MBM, Ibrahim Izzudin terpaksa menjalankan tugas Setiausaha Agung MBM. MBM telah mengadakan persidangan sebanyak 6 kali. MBM dibawah Ibrahim Izzudin sudah mula berdiri jatuh. Berdiri kukuh dan seterusnya berada pada tahap berlari anak.

Pada 1952-1953, Chong Thin Huatt mengambilalih tugas setiausaha Agung sepenuhnya. Ibrahim Izzudin terus memegang jawatan naib Presiden . MBM pada tahap ini cuba menyemak semula kegiatan dan gerakan sekretariatnya. MBM telah mendapati telah sampai masanya untuk menyedari kritik diri dan mengkaji masalah organisasi dan kaedah kerja MBM. Tahun 1952-1954 merupakan tahun-tahun kesedaran MBM tentang peranan dan masalahnya. MBM telah menoleh ke belakang untuk memikirkan bperancangan masa depanya yang lebih aktif lagi. Tahun 1953-1954 , sekretariat MBM berada di No1. Jalan Damansara ,Kuala Lumpur. Perlembagaan telah dipinda dengan dengan menambah jumlah Exco dari 9 ke 30 orang. Pada 23 januari 1954, MBM bertanggungjawab melahirkan MAYC (PKBM ) dan Majlis Belia Johor dalam bulan Ogos 1953.

MBM berusaha menerangkan objektif dan peranan MBM pada pertubuhan belia yang belum bergabung seperti persatuan Palang Merah (sekarang persatuan Bulan Sabit), Majlis YMCA Malaya, Malayan Anglican Younth Council, St.John Ambulance, Briged dan MAYC.

Tahun 1953 merupakan tahun kesedaran bagi MBM tentang pelibatan pertubuhan belia melayu. MBM mula memikirkan pentingnya pertubuhan belia Melayu dalam majlisnya. Lantaran itu sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk bagi mempelawa masuk pertubuhan belia yang dianggotai oleh belia dan pelajar Melayu . 1953-1954 telah memperlihatkan perubahan besar MBM, ia telah menoleh ke belakang untuk mara setapak dan tahun ini merupakan tahun permulaan kemasyuran MBM.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Penaung Pertama Majlis Belia Malaya Citi-cita memerdekaan Tanah Melayu merupakan suasana politik yang ada kesanya pada MBM . Mulai 1955-1965, Tuan Syed Hashim Abdullah mengetuai MBM. Beliau telah dibantu oleh YB Tan Suan Kok dan Joseph Siow Loong. Lima belia mula bertapak iaitu Abu Bakar Katas (Johor), Mohd. Sopiee (kedah), Tuan Syed Nasir Ismail (Budak Pengakap), Wan Ismail Wan Salleh (Kelantan), Kasim Alias (Terengganu). Charles S.Hon telah ditugaskan sebagai setiausaha Agung. Sekretariat MBM berpindah ke Tiong Nam Settlement. MBM telah membentuk 13 Jawatankuasa kecil. Tahun 1956 menampakan proses pengkhususan MB Perak ditugaskan mengandlikan Seminar Belia MB Johor mengendalikan Persidangan Agung MBM pada Mei 1956.

Pada September 11956 Persuruhjaya Tinggi Malcom Mc Donald bertukar ke India dan MBM menjemput YTM Tungku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu menjadi penaungnya. Mulai dari tarikh itu MBM dinaung oleh keparawannya sendiri . Tahun pra-Merdeka memperlihatkan MBM lebih memberikan perhatian kepada program nasionalnya, sedangkan sebelum ini tekanan diberi kepada kegitan dengan WAY. Ini merupakan kemajuan dan perubahan besar MBM.

Pada 18-19 Disember 1959 MBM (ataupun Majlis pemuda-pemudi Persekutuan Tanah Melayu ) mengadakan persidangan Agungnya. Dalam persidangan ini turut hadir ialah Bahagian Pergerakan Pemuda UMNO, Pemuda MCA, dan Pemuda MIC. MBM mengikut aliran hiraki politik negara dalam memilih YB Encik Saadon Hj. Zubir sebagai Presiden MBM.

Masalah belia semakin ketara selepas merdeka. MBM merupakan agensi yang sesuai untuk membentuk secara konstruktif dan kooperatifbagi menyelesaikan masalah belia. MBM telah mula menunjukkan `rolenya` yang dominan dengan adanya galakan dari kerajaaan Persekutuan Tanah Melayu.

Konfrensi Tahunan Belia yang bertemakan `The Role Of Yount in Community Development` telah dirasmikan pembukaanya oleh YAB timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang menyatakan " tenaga dan semangat belia merupakan kunci utama untuk memecahkan masalah kemiskinan luar bandar dan kesedaran dan membuka pintu osaha kemasyarakatan dengan menggunakan sepenuhnya tenaga luar bandar".

Dalam tahun 1961 MBM berjaya menginisiatif penubuhan belia sukarela iaitu Pertubuhan Belia Desa (11ogos 1961) dan pergerakan Pekerja Muda (10 julai 1960). PKPIM merupakan pertubuhan pelajar pertama menganggotai MBM. Perpaduan rasional merupakan masalah negara dan MBM turut menyatupadukan belia Tanah Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu mula dihormati apabila WAY melantik MBM sebagai tuan rumah seminar WAY tentang Latihan Kepimpinan belia di Kuala Lumpur Persidangan dalam Bahasa Melayu pertama dilakukan oleh MBM diadakan pada 28 Mei -17 Jun 1961 di Kuala Lumpur.

MBM pada tahun 1962-1964 merupakan badan `multi - tendency yang terbuka kepada semua golongan belia yang demoktratik, tidak mengutamakan orientasi politik dan ideologi atau juga pola budaya, agama, etnik, dan sosial. Pada 1April 1965, Saadon Zubir yang meninggalkan gelanggang MBM.

Tahap kemasyuran MBM pada zaman Saadon nyata sekali tidak dapat diteruskan oleh MBM yang kini dipimpin oleh Syed Kamarulzaman Bahaldin. Kejatuhan MBM kerana kekurangan kepimpinan yang dinamik dalam barisan Exco, kegiatan beberapa individu merendahkan peranan MBM dan keanggotaan MBM yang tidak kukuh. Keadaan ini berlaku pada tahun 1965-1966. Syed Kamarulzaman Bahaldin meletakkan jawatan pada 19 Mei 1966 berdasarkan mini mesyuarat Agung 10 Jun 1966 Saadon Zubir dicatat sebagai Presiden MBM. Walau bagaimanapun Saadon sedar bahawa perlunya kepimpinan baru dalam MBM dan percaya MBM akan lebih aktif pada tahun akan datang.

Saadon Zubir sebelum meninggalkan MBM selama-selamanya berjaya menonjolkan YB Abdullah dari MAYC sebagai tokoh utama MBM. Kepimpinan Tengku Abdullah pada tahap ini masih belum bernafas penuh, MBM tidak bergitu giat penuh masalah.

Pada 20-22 Januari 1967 MBM mengadakan seminar bertemakan " Role of The Malaysian Youth Councik as The National Committee of WAY." Pada seminar itu Tengku Abdullah Mendedahkan permasalah MBM seperti representatif, kurang sokongan kerajaan pusat dan negeri, sistem dan struktur majlis-majlis yang `Overlaping`. Tengku Abdullah juga menyuarakan keperluan perlembagaan MBM dipinda dan perbentukan jawatankuasa-jawatankuasa tetap, mengenai Yayasan Belia Kebangsaan, permasalahan belia menggangur berhijrah ke bandar dan mengenai hormoni antara ras dikalangan belia. Tengku Abdullah pada masa kepresidennya yang cuba memulihkan nafas MBM dan mencari penyelesaian kepada masalah pokok yang menghalang kemajuan MBM dan objektif penubuhanya.

MBM dalam tahun 1967-1968 mulai sedar akan perubahan peranannya. Dulu MBM terlalu erat debgab aktiviti WAY, kini MBM bertolak kepada masalah belia di Malaysia sendiri.

MBM buat pertama sekali mengadakan pemilihan Exco setiap tahun. KKBS melawa MBM untuk membuka pejabat percuma di bangunan KKBS,1165 Jalan Ampang. Mulai 18 Jun 1968 MBM telah didaftarkan sebagai Majlis Belia Malaysia iaitu nama dan perlembagaanya dipakai sehingga awal 1968. KKBS telah menunjukkan sikap kerjasama erat dengan MBM sesudah penyusunan semula MBM. KKBS telah mengusahakan sehingga munculnya rancangan "Belai Bergerak Maju " di radio dan TV Malaysia.Ahli-ahli MBM diberi peluang selama 20 minit menyiarkan dan menanyangkan aktivitinya serta ceramah-ceramah . Rancangan ini bermula dari 3 September 1967 sehingga 23 Jun 19668. MBM berkerjasama KKBS juga telah merancang mengadakan Minggu Belia Kebangsaan dari 25-31 Julai 1968.

Dalam tahun 1968 MBM telah pun mempunyai 12 badan gabungan dan GPMS pun telah mengemukan permohonan menjadi ahli penuh MBM. Pertubuhan politik pemuda sudah tidak lagi kedapatan. Tengku Abdullah sekali lagi diberi kepercayaan menerajui MBM. Exco yang terpilih sentisa menunjukkan minat uantuk memajukan MBM. MBM telah menunjukkan kemantangan dan kejayaan pada tahun ini.

Walaupun MBM memperlihatkan betapa perlunya kerjasama erat antara MBM dan kerajaan, keresahan tentang sikap kerajaan sudah mula dirasakan . Umpamanya membolehkan suara belia didengar , kerajaan pernah diminta mengurangkan umur pengundi kepada 18 tahun sahaja. Kesedaran pemimpin MBM mengenai politik belia Kebangsaan dan antarabangsa sudah mula mempengaruhi pemikiran MBM khususnya dengan kehadiran pertubuhan pelajar yang dipimpin oleh Mahasiswa. Gejala-gejala ini ada kaitan dengan perkembangan MBM pada masa hadapan.

MBM mengadakan perhimpunan Agung Tahunan sebulan selepas peristiwa 13 Mei 1966. MBM membuatkan pendirian di sidang Agung 6 julai 1969 dengan menyokong Mageran (NOC) peristiharaan darurat dan penubuhan Jawatankuasa Muhibah Negara. MBM juga mengusulkan dalam dasar ekonomi baruagar kerajaan membawa kawasan perindusrtian di luar bandar dan membanyakkan peluang perniagaan sekretariat. MBM berpindah lagi ke 5A tingkat 19, Bangunan Fook Chuan, Jalan Hj. Hussein.

Dari cari tindakan , pendirian dan usul-usul sidang MBM, menampakkan satu perubahan jelas dalam MBM, iaitu penumpuan pada masalah belia dan pelajaran. Bagi MBM peristiwa 13 Mei telah memberikan desakan yang dikhendaki untuk mengubah sikap "perkara ini boleh di tunggu" kepada satu sikap yang lebih dinamis "ini mesti dibuat sekarang ".

Selepas 13 Mei, MBM lebih bersemangat , program-program banyak diaturkan. Walaupun sedikit sahaja rancangan yang dapat dilancarkan, namun MBM telah berjaya memperlihatkan `keperibadianya` dari unsur kewujudan `pressure group` bagi pihak belia.

Dua puluh tahun lamannya MBM kurang disambut oleh pertubuhan belia melayu, tetapi tahun 1970-1971 memperlihatkan keadaan yang berbeza. MBM sudah mula menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa persidangan dan seminar kebangsaan, untuk tahun 1970-1971 ini, Tengku Abdullah telah mendapatkan tenaga aktif yang telah dilatihnya iaitu Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Agung. MBM sudah merobahkan cara berfikir dan bertindak serta meningkatkan aktivitinya. Nada MBM juga menunjukkan satu perubahan yang ketara dalam masa 20 tahun MBM bergerak.

Tahun konsolidasi MBM diteruskan lagi dalam tahun1971-1972. MBM mengarahkan MBN menubuhkan Majlis Belia Daerah (MBD) dengan itu tertubuh MBD. MBM telah mengajakkan belai-belia merealisasi idealisma mereka atas dasar hak dan tanggungjawab MBM mahukan perjuangan belia diteruskan sehingga tercapainya keadilan bagi faedah dan kesejahteraan bersama. Konsep perjuangan yang dikhendaki oleh MBM ialah berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan uantuk mencapai keseimbangan diantara meterial dan spiritual, iman dan ilmu. Lebih lanjut lagi buat pertama kali elitMBM meminta belia melengkapkan diri untuk menyuarakan kebenaran. Hasrat dan perjuangan majoriti rakyat.

Dari pelbagai seminar telah dilahirkan aliran perjuangan belia masa ini "iamenjadi pembicara kepada rakyat, penyambung lidah kepada pemerintah " dan gerakan belia merupakan gerakan yang serius, bukan sekadar mengisi kekosongan waktu belia-belia dengan aktiviti -aktiviti semata-mata. Kemudian belia-belia merupakan agen masyarakat dan " Conscience masyarakat ". MBM pada tahun 1971-1972 sudah bertolak lebih jauh dalam mencari keadah-keadah bertindak yang baru. MBM sedang menuju ke puncak.

Tahun 1972-1973 MBM diterajui oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahimberjaya mengubah wajah MBM, dari pertubuhan sukarela biasa kepada MBM yang lebih komited dengan permasalahan negara dan manusia sejagat. Anwar Ibrahim mahu pemimpin MBM ditegur sekiranya terdapat kesilapan. Seharusnya terdapat sikap toleransi MBM terhadap keangkuhan dan penyelewengan pem impin. Sekiranya teguran membina tidak dilayan, pemimpin wajib disingkirkan. Anwar meletakkan MBM sebagai golongan pendesak yang berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Blueprint MBM berteraskan kepada hak dan keadilan berorentasikan kepada perjuangan majoriti masyarakat.

Anwar memang tidak disangkal membawa perubahan besar dalam aliran MBM. Kini telah lahir kepimpinan bentuk baru dalam organisasi belia iaitu satu kepimpinan yang lebih `vocal`, lebih kritik dan lebih menyedari permasalahan negara dan dunia kontemporari.

 Penyata tahun 1973/74 telah dibentangkan di Perhimpunan Agung di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), serdang. Sidang ini satu sidang yang bersejarah bagi MBM. Pertama ialah kedudukan Majlis Belia Selangor (MBS), Keduanya pemilihan Exco MBM 1974/75. Sokongan dari aktivis kampus dan bekas aktivis kampus adalah faktor kejayaan Anwar disamping apa yang didakwa pengikutnya sebagai "carismatic leadership'. Walau bagaimanapun, Perhimpunan Agung di UPM serdang sudah dapat memperlihatkan dengan jelas unsur-unsur konflik yang kian ketara. Manipulasi dan `regu ideologi dan approach tindakan ` sudah dapat dijadikan kayu ukur berlakunya perserenggangan dalam MBM. MBM sudah mula bergoncang disamping MBM mahu membuktikan kesanggupan untuk bertindak sebagai pengkritik sosial serta agen perubahan yang paling efektif.

Gejala-gejala pepecahan di serdang tidak sedikit pun memjejaskan usaha " establishment" MBM meneruskan falsafah yang telah dianggap diterima oleh `silent` majoriti belia MBM. Namun bergitu kepimpinan MBM mengetahui dengan jelas tidak semua anggota gabungan MBM menyetujui cara pendekatan `aktivisma ` pucuk kepimpinannya. Didalam MBM, dari segi isu politik ada pertubuhan belia yang `Conformer` ada pula yang `alienated`, ada pula yang dapat digolong sebagai `obedient rebels`, ada pula pertubuhab belia yang `konstruktif ` dan ada pula sebahagianya memperakui pertubuhannya bukan jenis `aktivis`. Ini bererti wujud `kelainan` pendekatan cara hadap dalam MBM. Pertuanan (establishment) atau elit MBM tidak senang dengan aliran pertubuhan belia yang dikatakan menjadi sayap kepada sebuah pergerakan politik parti, kelainan inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati yang kelihatan sejak Tengku Abdullah meninggalkan MBM. Rasa tidak puas hati timbul dari soal kepimpinan, perbedaan ideologi (falsafah ) pemimpin belia, perbedaab sikap terhadap kerajaan, komposisi jawatankuasa ysng tidak repressentatif hingga menimbulkan tanggapan munculnya `manipulasi ` dari kelompok tertentu, pertanda-pertanda buruk sudah mula kelihatan.

Laporan jawatankuasa khas kaji selidik MBM telah menganalisa sebab-sebab perpecahan MBM iaitu demotrasi 3 disember 1974; surat perkeliling Setiausaha Agung ; Perletakan jawatan saudara Zulkifili Hamid; Peranan KKBS; perasaan tidak puas hati dengan pemimpin MBM; perbezaan dasar-dasar pergerakan ; perasaan anti- pelajar ; peranan pimpinan kerajaan negeri dan perebutan kuasa pimpinan.

Namun begitu perhimpunan MBM ogos 1975 telah melahirkan satu jawatan kuasa menyemak dan menyusun perlembagaan MBM dengan spirit `equal representative with equal participation`. Zakaria Hashim (ABIM ) telah diberi kepercayaan memimpin `task` ini demi mewujukan MBm yang terus bergerak dan berbakti. Jika kita perhatikan tahun 1974/1975 adalah detik genting bagi MBM. Jika tidak adanya GPMS, Majlis Belia Hindu, PKPIM, MAYC, Belia Methodist, Belia Buddist dan ABIM, MBM pasti terkubur mengikuI jejak PKPM yang terbuber itu, dan ketika itu pasti muncul MBM bentuk baru mungkin dapat dinamakan Majlis Belia Kebangsaan Malaysia .

Selepas peristiwa demontrasi 3 Dissember 1974, MBM telah kehilangan 11 badan gabungannya. Menurut laporan MBM badan gabungan yang kekal dalam MBM terdiri dari:

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

2. Persatuan Kelab Belia Malaysia

3. Majlis Belia Hindu

4. Persaudaraan Belia Methodist Malaya

5. Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia

6. Pergerakan Pekerja Pemuda Kristian

7. Angkatan Belia Islam Malaysia

8. Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia

9. Persatuan Mehor Belia Buddhist Malaysia

10. Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan

MBM juga kehilangan beberapa Majlis Belia Negeri, tetapi kedudukan MBN Pulau pinang, Kelantan, dan negeri Sembilan tetap teguh. Tahun 1974/75 adalah percubaan bagi Azaham Wahab menjalankan tugas sebagai presiden MBM.

Penyata tahunan MBM tahun 1974/75 menyebutkan usaha menyatukan semula belia-belia di Malaysia melalui perhimpunan Tahunan 1975 iaitu pada 15-17 Ogos.

1975-76 merupakan suatu kebetulan, Azaham Wahab memangku jawatan presiden, Jamil Mukmin menjalankan kerja Setiausaha Agung . Azizan Bahari diuji kemampuanya begi mengerakkan sekretariat MBM. Apa yang jelas kesemua mereka memangku dan teruji serta mampu memandu MBM kearah penyatuan MBM.

Dalam tahun 1976 MBM mula mendapat sambutan dan rujukan semula beberapa pertubuhan belia yang penting termasuklah St. John Ambulan Malaysia, SANYA dan Persekutuan Pengakap Malaysia . Dua pertubuhan yang didominan oleh belia cina seperti GBB dan pergerakan Pemuda Malaysiajuga telah kembali kepada MBM.

Dalam tahun ini perlembagaan MBM sekali lagi diperdebatkan. Definisi `Belia` akhirnya dipersetujui supaya umur 15-35 tahun diterima sebagai definisi `Belia`

1976-1977 merupakan tempoh `kehidupan semula` walaupun sekejap waktu, tetapi kesannya terlalu berat. Untuk itu Azaham Wahab terpasa lebih berhati-hati lagi dalan usaha memulihkan imej MBM.

Sidang Tahunan MBM tahun 1977 berlangsung di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangaan Malaysia. MBM menghadapi cabaran bila MAYC bertindak keluar MBM buat kali kedua dalam sejarah MBM.

Tahun 1977 merupakan zaman awal perubahan melaksanakan konsep Dewan Tertinggi MBM. Dewan Tinggi MBM diwujudkan sebagai satu sistem `check and balance`.

Exco MBM dibawah Kepimpinan Azaham Wahab telah merancang usaha `pemulihan `iaitu termasuklah usaha mengemaskan jentera pertadbiran MBM, mengeratkan perpaduan belia di bawah MBM, memulihkan MPBN sebagai foram Belia - kerajaan dan membaiki hubaungan dengan hubungan dengan badan-badan gabungan.

Azaham Wahab dan rakannya tidak dapat memulihkan pepaduan MBM. MBM tegak kembali dengan imej lembut mesra. Aktiviti MBM berlipat ganda. KKBS menunjukkan kerjasama, khususnya mendapatkan sebuah bangunan kerajaan di No. 206, Jalan Termeloh , diJalan Pekeliling sebagai ibu pejabat atau sekretariat MBM. MPBM telah dapat dipulihkan pada 27 Okterber 1977 atas usaha MBM dan minat YB Datuk Abd. Samad Idris, Menteri kebudayaan Belia Dan Sukan.

Gagasan perpaduan sentiasa sahaja diberikan perhatian oleh kabinet Azaham Wahab. Namun begitu perkara kepimpinan sentiasa diberikan perhatian oleh MBM.Pada 18-22 Disember 1977 MBM Mengadakan latihan Pimpinan Kebangsaan. Anwar Ibrahim membentangkan kertas Kerjanya tentang ` Kepimpinan Belia - Persoalan dan cabaran,` Abdullah Malim Baginda(bekas pegawai KKBS) menyampaikan ceramah `Pergerakan Belia dan tanggungjawab Dalam Negara yang Membangun` Azaham Wahab dengan `Dasar Belia Negara` dan bekas Setiausaha kerja MBM, Mohd Nasir Ibrahim dengan kertasnya `Pergerakan Belia dalam konteks Kerja-kerja Sukarela `.

Dalam persidangan Agung bulan april 1978, Azaham Wahab terus kepercayaan memimpin MBM sekurang-kurangnya ke bulan Mei 1980.

MBM dalam tahun 1978 telah dapat membentuk perpaduan apabila badan gabungan yang telah keluar rujuk kembali, seperti Gerakan Belia 4B. Wakil PKPIM dalam ucapan penangguhan mengakui " Kejayaan MBM sekarang ialah dari segi menyatupadukan belia dari berbagai pertubuhan".

Perhimpunan Tahunan di Johor Bahru pada 1979 telah membuat beberapa keputusan penting selepas diadakan perbahasan yang hangat. Perwakilan telah memperakuan persetujuan Dewan Tinggi MBM menerima permohonan pergabungan Brigade Puteri Malaysia dan Majlis Gabungan Belia Melaka tetapi menolak permohonan MPPM United Kingdom dan Eire. Mereka juga membahaskan pindaan ` article of association` Yayasan Belia Malaysia dan soal mengenai Dasar Belia Negara. Namun demikian perbahasan mengenai Dasar Belia Negara kurang bermakna kerana Dewan Tertinggi MBM berharap perbahasan tersebut hanyalah sebagai `pengesah` kepada keputusan yang mereka buat.

Tetapi dalam perbincangan mengenai pindaan perlembagaan MBM, Perbahasan hangat telah berlaku apabila wakil GPMS menentangnya dan menyifatkan pindaan fasal XIII (jawatankuasa Kerja) itu belum sesuai. Maknanya peruntukan asal yang menyebutkan semua ahli jawatankuasa tertinggi hendaklah berkhidmat tidak lebih dari dua penggal berturut-turut hendaklah dikekalkan.

Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan masyarakat MBM turut menganjurkan program-program yang besar . Misalnya pada 25 hingga 29November, MBM dengan kerjasama CAYC, satu seminar mengenai ` Dilemma of Development Rural Youth Migration ` telah diadakan di Kuala Lumpur . Manakala pada 1 hingga 3 mac 1980, seminar Belia-Tani telah diadakan di Universiti Malaya.

Pada tahun 1980, MPAT MBM yang ketiga puluh diadakan di Pulau Pinang dan dijangka pemilihan pucuk pimpinan baru berjalan dengan lancar untuk mencorakkan perubahan dan menangani isu dengan lebih matang. Oleh yang demikian sewajarnya pemimpin baru akan lebih bertenaga kerana mereka bukan sahaja perlu mempunyai idealisma yang suci malahan perlu bertindak sebagai penganjur, pendidik, ketahanan diri yang kukuh. Lantaran dari kewujudan kearah kehidupan yang lebih sempurna dengan pengisian program-program yang bermanfaat bukan program memenuhi masa lapang sahaja.

Namun bergitu, cita-cita murni ini hanya boleh tercapai menerusi perpaduan semua golongan belia tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa yang sama pemimpin belia mesti mempratikkan slogan " Belia bertindak untuk keadilan" dengan bersungguh disamping mengelakkan diri dari menjadi `alat `kepada mana-mana pihak. Dari masa ke semasa penilaian penilaian semula usaha-usaha sebelum ini perlu diadakan bagi menentukan haluan gerakan belia di negara kita.

Pada tahun 1978 MBM mengadakan satu sidang Tahunan di Universiti Teknologi Malaysia . Dalam sidang inilah Gerakan Belia 4B, Persatuan Pandu Puteri , Gabungan Belia Perak di terima sebagai kerabat MBM.Bagi sesi perkhidmatan 1978/79, MBM berjaya mengerakkan Dewan Tingginya. Buat pertama kalinya , Dewan ini bersidang di Sarawak (November 78 ) dan diKota Kinabalu (Mac 79). Sidang MPBN (Majlis Perunding Belia Negara) di Kota Kinabalu itu telah membincangkan mengenai Dasar Belia Negara (MBM) , Dasar dan Program Kebudayaan (KKBS) dan Dasar dan ProgramSukan KKBS-MBM bagi meneliti aspek-aspek Dasar Belia Negeri dan mengambil langkah-langkah yang sewajar berikut.

Dalam sesi1978/79 ini juga MBM telahpun membentuk 10 Jawatankuasa tetap dan jawatankuasa Khas. Jawatankuasa Penerangan dan pernebitan telah menerbitan smula forum Belia, berita MBM dan laporan -laporan kegitan MBM. Seterusnya pada 14 Mei 1978 Perhimpunan Belia Negara telah diadakan di Balai Datok Harun . Dalam program KURNIA BELIA JAYA buat pertama kali MBM ditugaskan mengetuai penal Hakim.

Jawatankuasa Pembangunan pula lebih menitikberatkan kegiatan seperti Gerakan Koperasi dan Latihan Kepimpinan. Satu latihan pimpinan Kebangsaan MBM diadakan dari 16-19 Februari 1979.

Bagi melahirkan Dasar Belia Negara, seramai 17 ahli MBM telah menduduki jawatankuasa Dasar Belia Negara bagi menggariskan matlamat-matlamat, ciri-ciri serta tindakan-tindakan ke arah mewujudkan Dasar Belia Negara.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dikira penting setelah MBM mengambilalih sekretariat CAYC dari KNPI pada 3 disember 1978; penghantaran pelajar-pelajar ke seminar Belia Asean ; menyertai program `4th advanced youth leadership training Workshop di Singapura dari 28mei-9 jun 1978; delagasi ke 5th . Asian Younth Forum dan perlantikan Setiausaha Agung MBM (Jamil Mukmin) sebagai naib Pengerusi `Would Youth Congress on Food and Development di kaherah dari 24-30 Mac 1979. Disamping itu, MBM juga telah menerima beberapa kunjungan dari belia-belia luar negeri.

Dapatlah dikatakan sesi 1978/79 memperlihatkan kejayaan MBM memulihkan seperti peranannya seperti yang di harapkan


Halaman Utama


Hit
[ ]

Copyright ©2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved