IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Infosiswa | Arkib|||Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, October 7, 2002 2:27 PM

Ruangan InfoSiswa


Ruangan Utama Infosiswa | Senarai MPP IPT 2001/2002


Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Pengarah Jabatan Pendidikan KPM berhubung dengan penilaian merit sistem meritokrasi. Laman ini diambil daripada kenyataan akhbar asal dan diubahsuai dengan format internet. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa pengubahsuaian dilakukan, sila maklumkan kepada infosiswa@idealis-mahasiswa.net/ iminfosiswa@yahoo.com.

Terima kasih.



KENYATAAN AKHBAR
OLEH
Y. BHG. PROF. DR. HASSAN BIN SAID
PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MENGENAI PENYEDIAAN SENARAI MERIT UNTUK LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI
AKADEMIK 2002/2003






1.   Dalam penyediaan senarai merit yang sama untuk pemilihan ke program pengajian Ijazah Pertama Lepasan STPM/Setaraf ke IPTA bagi Sesi Akademik 2002/2003, kaedah Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA) digunakan untuk menyeragamkan kelayakan STPM dengan kelayakan Matrikulasi.

2.   Sistem PNGK (CGPA) adalah sistem penilaian yang digunakan oleh institusi pendidikan di kebanyakan negara di dunia ini dan digunapakai oleh kesemua IPTA. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan sistem PNGK ini.

3.   Program Matrikulasi sudah dilaksanakan begitu lama di negara ini, dengan menggunakan kurikulum yang berpandukan kepada kurikulum STPM. Pemeriksaan kertas peperiksaan juga dilakukan oleh pemeriksa kertas STPM dan oleh itu piawaian kepada Matrikulasi adalah selari dengan peperiksaan STPM.

4.   Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan bukan sahaja diiktiraf oleh IPTA negara ini, malah universiti luar negara seperti di Australia dan Ireland turut menawarkan kursus kritikal seperti bidang Perubatan kepada pelajar Lepasan Matrikulasi. Ini jelas menunjukkan lulusan Matrikulasi diiktiraf oleh Universiti Luar Negara.

5.   Di dalam sistem PNGK ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambilkira purata nilai gred kesemua mata pelajaran yang diambil.

6.   PROGRAM MATRIKULASI

Bagi sistem PNGK (CGPA) yang diamalkan oleh Bahagian Matrikulasi, pecahan gred dan mata nilai gred adalah seperti berikut:-
GRED MATA NILAI
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

Di dalam sistem PNGK ini gred lulus adalah C dan diberi nilai 2.00. Untuk menilai prestasi keseluruhan, system PNGK digunakan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang calon memperolehi keputusan berikut:-

BIL MATAPELAJARAN GRED
1. MATEMATIK A
2. FIZIK B+
3. KIMIA B
4. BIOLOGI B-

Maka PNGKnya dikira seperti berikut:-

Jumlah Mata   =   4.00 + 3.33 + 3.00 + 2.67
PNGK   =   13.00                             
   4  
  =   3.25  

7.   PROGRAM STPM

STPM menggunakan sistem gred A, B, C, D, E, R dan F. Gred kelayakan minimum untuk sistem penilaian STPM ini adalah Gred E, dan oleh itu apabila ditukar kepada sistem PNGK untuk tujuan penyamatarafan, maka Gred E diberi nilai 2.00.

8.   PENYAMATARAFAN STPM KEPADA SISTEM PNGK

Dengan mengambilkira Gred A sebagai gred kelayakan maksimum dan Gred E sebagai gred kelayakan minimum kita boleh melakukan suatu penyamatarafan kepada sistem PNGK. Gred A diberikan nilai 4.00 dan Gred E diberikan nilai 2.00. Bersaskan kepada taburan gred STPM, nilai gred dalam bentuk PNGK adalah:-
GRED MATA NILAI
A 4.00
B 3.50
C 3.00
D 2.50
E 2.00
R 1.00
F 0.00
Contoh Pengiraan Nilai PNGK Untuk Lepasan STPM

CONTOH 1:

BIL MATAPELAJARAN GRED
1. PENGAJIAN AM A
2. FIZIK A
3. KIMIA A
4. BIOLOGI A

Jumlah Mata   =   4.00 + 4.00 + 4.00 + 4.00
PNGK   =   16.00                             
   4  
  =   4.00  

CONTOH 2:

BIL MATAPELAJARAN GRED
1. PENGAJIAN AM B
2. FIZIK C
3. KIMIA B
4. BIOLOGI A

Jumlah Mata   =   3.50 + 3.00 + 3.50 + 4.00
PNGK   =   14.00                             
   4  
  =   3.50  

CONTOH 3:

BIL MATAPELAJARAN GRED
1. PENGAJIAN AM D
2. FIZIK E
3. KIMIA E
4. BIOLOGI R

Jumlah Mata   =   2.50 + 2.00 + 2.00 + 1.00
PNGK   =   7.00                             
   4  
  =   1.88  

9.   PERBANDINGAN SISTEM MATRIKULASI DAN STPM

Perbandingan nilai mata gred untuk sistem Matrikulasi dan STPM adalah seperti di dalam jadual di bawah:-

GRED
MATRIKULASI
MATA NILAI
GRED
GRED
STPM
A 4.00 A
A- 3.67  
  3.33 B
B+ 3.33  
B 3.00 C
B- 2.67  
  2.50 D
C+ 2.33  
C 2.00 E
C- 1.67  
D+ 1.33  
D 1.00 R
F 0.00 F

10.   Dalam amalan kebanyakan universiti dalam dan luar negera, perbandingan gred dilakukan dengan melihat kepada kelayakan maksimum dan kelayakan minimum.

11.   Penyamatarafan di atas jelas menunjukkan calon STPM sebenarnya mempunyai kelebihan berbanding dengan calon Matrikulasi, kerana calon STPM memperolehi nilai yang lebih tinggi bagi gred yang lebih rendah berbanding dengan Matrikulasi.

12.   Oleh yang demikian, calon-calon Matrikulasi sepatutnya membantah dengan perbandingan yang dibuat di antara Matrikulasi dan STPM, bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun, apa yang dilakukan adalah selaras dengan apa yang biasa dilakukan pada peringkat antarabangsa apabila dua sistem akademik yang berlainan terpaksa disatukan untuk tujuan perbandingan.



Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia

14 Mei 2002


Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved