Siapa tidak mengenali jejaka ini?
Siapa tidak mengenali jejaka ini?
Beliau mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah. Juga disegani oleh mahasiswa kerana keperibadian dan kepemimpinan yang matang. Warga UMS memang mengenalinya. Beliau saudara Jabdin Juhat anak Sabah kelahiran Kuala Penyu.
Saudara Jabdin memasuki UMS pada 1999 menyertai Program Sosiologi Dan Antropologi bagi meneruskan pengajiannya di Sekolah Sains Sosial. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti kampus sama ada akademik atau ko-kurikulum.
Sebagai menghargai sumbangan dan bakti beliau mengharumkan nama universiti di peringkat negeri dan kebangsaan, pihak Hal Ehwal Pelajar menganugerahkan ‘Anugerah Kepimpinan 2000’ kepadanya. Pada peringkat kolej kediaman pula beliau dianugerahkan Anugerah Siswa Cemerlang Kolej Kediaman Kurnia Perdana, UMS.
Bakat kepimpinannya ditonjolkan dengan memegang jawatan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar PMUMS, Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial serta Ahli Kelab Sosiologi dan Antropologi.
Atas semangat kepimpinan yang ada, beliau diberi kepercayan menjawat jawatan Yang Dipertua/ Presiden Majlis PerwaikilanPelajar, PMUMS sesi 2000/2001 .
Beliau terus melakukan pelbagai kegiatan dan aktiviti kemahasiswaan di peringkat kebangsaan. Antaranya menyertai Minggu Kepimpinan dan Keprihatinan (MESKEM UKM 2001), Majlis dialog antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Malaysia, Gelanggang Mahasiswa Negara II di UKM, Mesyuarat Presiden Majlis Perwakilan Pelajar IPTA/S Malaysia Ke-1 di Kota Kinabalu, Konvensyen MPP IPTA Malaysia di UUM, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaanbersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan di Putrajaya, Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Pengerusi Bengkel Kepimpinan Pelajar IPTA Malaysia di USM dan Penasihat Sambutan Lawatan Persatuan Kaunseling Universiti Malaya.
Beliau juga aktif di peringkat Antarabangsa. Antaranya beliau menjadi penasihat peserta UMS ke The Malacca International Youth Dialogue (MIYD 2001), Pengerusi DelegasiPMUMS ke New Zealand (LASBELA), mewakili UMS ke persidangan The National Unity Convention, Pengerusi Pelancaran Pra AUSLEA 2001 dan Pengerusi Persidangan Pemimpin pelajar ASEAN 2001 (AUSLEA).
Minat dan hobi beliau dalam penulisan amat ketara. Beliau suka membaca buku dan pernah menulis artikel di dalam Ruangan Idea Pemimpin di dalam akhbar Utusan Malaysia. Selain itu, beliau sering melibatkan diri dalam aktiviti dan kegiatan masyarakat UMS. Kerana menjadi sebahagian daripada hobi dan minat yang mendalam dalam jiwanya.
Kelancaran dan kepetahan beliau berkomunikasi dalam pengucapan awam menjadikan beliau di antara pendebat yang berbakat. Beliau pernah mewakili UMS dalam pertandingan Debat Diraja antara Universiti Awam Malaysia.
Selain daripada itu, beliau juga sering menerima undangan dalam beberapa rancangan RTM. Antaranya sebagai tetamu siaran langsung Rancangan TV Prisma Remaja Anak Malaysia, Tetamu Radio Malaysia Sabah Tunas Jayapanel dan forum Bicara Siswa siaran langsung Rancangan Jendela Pagi.
Walaupun amat aktif dalam aktiviti luar kampus namun bidang akademik tidak dilupakannya. Beliau berharap mahasiwa UMS akan meneruskan langkah mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah ke peringkat antarbangsa bersesuaian dengan BERTEKAD CEMELANG.