Siswazah Bumiputera Menganggur : Sandiwara
Author: sandiwara
Date Posted: 21:32:47 04/22/02 Mon
Setelah sekian lama kita berdebat dan berhujah sehingga pecah keyboard mengenai pendirian politik masing-masing, mungkin sudah tiba masanya kita beralih ke satu isu yang lebih dekat dengan kepentingan kita - masalah siswazah menganggur (MSM).
Saya percaya ramai yang kurang prihatin dengan isu sebegini kerana tak pernah saya terdengar mana-mana pertubuhan mahasiswa, sama ada haram atau tidak haram, yang meletakkan isu tersebut sebagai priority utama dalam agenda perjuangan mereka. Tapi saya rasa kini apabila api dah dekat dengan pagar, eloklah kita turunkan suhu perdebatan buat sejenak dan sama-sama merenung sejenak masa depan kita.
Menurut perangkaan, kini ada 24,728 siswazah berdaftar dengan Skim Siswazah Menganggur (SSM), dan lebih daripadanya adalah siswazah Bumiputera. Simpatinya saya dalam konteks ini adalah sekali lagi kelemahan siswazah Bumiputera dilondeh habis-habisan di kaca mata dunia.
Mahasiswa Bumiputera boleh dianggap sebagai pelopor dan pemimpin dalam activism politik kampus. Mahasiswa boleh secara solo, atau berkumpulan, menggegar arena politik nasional dengan slogan dan gerakan sistematik (sama ada cara yang digunakan itu halal atau tidak kemudian baru kita cerita). Tetapi sekeluar daripada kampus saja, ,macam kuda tempang, ada saja isu cacat yang dikaitkan dengan mahasiswa bumiputera.
Mungkin data SSM itu hanya melambangkan segolongan siswazah sahaja yang bermasalah, tetapi seandainya mahasiswa Bumiputera dari awal lagi telah dibina kekuatannya dari segi daya saing dan penguasaan ilmu, kenapa perkara seperti SSM itu masih berlaku?
Adakah SSM itu sengaja dihighlightkan sebagai satu usaha memperkecilkan kredibiliti mahasiswa Bumiputera, atau hakikatnya kita hanya lantang dalam kampus, tapi grad saja terus kecundang?
Mungkin ada yang lebih arif daripada saya dalam isu ini…
Poisonous Poppy
Date Posted: 11:30:43 04/23/02 Tue In reply to: sandiwara 's message, "Siswazah Bumiputera paling ramai menganggur, kenapa?" on 11:30:43 04/23/02 Tue
assalamualaikum, saya agak bimbang jugaklah kan memandangkan saya yang dah nak kuar ( dah nak habis ) nih. saya tak nampak lagi masa depan saya. amat sukar saya meramalkannya. ini kerana banyak sangat graduan yang sealiran ngan saya. dahlah tuh permintaan di bindang saya agak kureng, ditambah pula ngan kurengnya pengukuhan ( hmm... camna nak cakap yek, kira knowledge yang ada nih sikitlah) sebab u saya agak baru dalam bidang nih. saya sendiri kureng yakin yang ader compeni nak amik saya bekerja. saya sendiri tak sure samada sememangnya saya sentiasa kureng yakin dgn diri saya atau memang patut saya berasa bimbang..?
Peace of Mind
Date Posted: 02:12:14 04/24/02 Wed In reply to: sandiwara 's message, "Siswazah Bumiputera paling ramai menganggur, kenapa?" on 02:12:14 04/24/02 Wed
tanyer skit..peluang nak buat part time kat mesia skarang skit sgt ker, or sebaliknya? cam nih la cadangan aku, aper kata nkorg yg kiranya lum dpt keje tetap ni buat masa nih buat part-time nyer ker, at least keje kat restoran ker, bengkel ker..or yg lain2 la. tak pon, cari la saudara mara or kenalan mintak keje at least part time nyer la. time cam ni la gunanya ader saudara atau kenalan sendiri.
tak pon, setelah buat duit part-time tuh bbrapa bulan, pakat la ngan member2 lain buat bisnes kecik ker, at least gerai or pasar mlm la.
so, bagi aku la, utk jangkamasa pendek nih, best time buat masa nih buat part-time jer la..or family business. biarlah skit2 jadi bukit. nanti kalo ader rezeki tu, nkorg dpt la nanti. kalo ader simpanan tu, elok gak pakat2 ngan member kanceng lain buat bisnes kecik ker.
anyway, ader cadangan lain nak atasi
System Expert
Date Posted: 09:02:55 04/24/02 Wed In reply to: sandiwara 's message, "Siswazah Bumiputera paling ramai menganggur, kenapa?" on 09:02:55 04/24/02 Wed
Ini saya dapat dari sumber yang kukuh especially dari SSL (Skim Sangkut dan Latihan atau SSL). Ramai yg tak dapat kerja sebab:
1. Course yg diambil tak banyak peluang (especially yg ambil course keagamaan bukan saya tak galakkan ambil course seperti "jangan salah anggap" tapi janganlah expect kalau ambil course tersebut nak kerja makan gaji (tak banyak tempat ada)
2. Ambil course BA (business admin) dan expect kerja makan gaji jadi marketing atau finance. Buatlah business sendiri ke atau join buat kecil-kecilan. Memilih kerja pun banyak.
3. Ambil course engineering/IT tapi sebab mulut ada emas (jenis passive dan quiet type) mana ada employer nak ambil kerja. Kenalah assertive, persistence dan aggressive. Saya pun tak ingin hire org macam ni. Yang course ni pulak, expect gaji pulak lebih dari RM2000 (over demand sikit). Carilah experience dulu. Kalau dapat lebih dari RM2000 tu, kira bonus dan bersyukurlah.
4. Kursus law (tak de org menggangur).
Itu je saya nak komen.
Anyway, kalau nak fill up the form untuk skim SSL ni silalah ke : http://www.jpa.gov.my/dbproject/
p/s: Just nak tolong bangsa sendiri. Kalau tak tolong bangsa sendiri sapa lagi nak tolong. Yang Ikhlas dari meja System Expert.
Malay Warrior
Date Posted: 10:06:53 04/24/02 Wed In reply to: sandiwara 's message, "Siswazah Bumiputera paling ramai menganggur, kenapa?" on 10:06:53 04/24/02 Wed
Assalammualaikum,
Pada pandangan saya ada beberapa punca utama mengapa siswazah bumiputra (Melayu) gagal mendapatkan pekerjaaan setelah bergraduan.
Punca yang pertama ialah keputusan akademik yang tidak cemerlang. Ratio graduan bumiputra adalah yang terbesar tetapi tidak bermakna majoritinya berkeputusan cemerlang. Seorang tokoh pemimpin negara pernah memberitahu bahawa selepas tahun 2005, siswazah yang bergraduan bawah daripada CGPA 2.5 tidak akan langsung dipertimbangkan oleh mana-mana majikan. Ini adalah kajian daripada statistik pengambilan pekerja yang dibuat dari tahun ke tahun. Kolej-kolej swasta yang mengambil pensyarah-pensyarah yang terdiri dari pemegang ijazah pertama juga meletakkan syarat CGPA 3.0 ke atas untuk diambil bekerja.
Punca kedua ialah pemilihan kursus yang tidak lagi mempunyai nilai pasaran apabila bergraduan kelak. Sebagai contoh, ijazah/diploma dalam bidang IT mungkin popular bermula tahun 1999, dimana ledakan era informasi bermula, jadi ramai yang berlumba-lumba memilih kursus tersebut, tetapi apabila bergraduan 3 tahun selepasnya (2002)bidang IT tidak lagi memerlukan begitu banyak graduan jurusan tersebut sebagaimana 3 tahun sebelumnya. Pelajar-pelajar seharusnya membuat sedikit sebanyak kajian mengenai perkara ini sebelum memilih kursus pengajian melainkan jurusan-jurusan seperti perubatan/farmasi/kejuruteraan dan lain-lain kursus profesional yang sentiasa mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
Punca yang ketiga ialah kegagalan bersaing dari segi keupayaan bukan akademik. Ada juga graduan-graduan bumiputra yang berkeputusan cemerlang gagal mendapatkan pekerjaan kerana dinilai oleh majikan sebagai tidak mampu menjalankan tugas yang diberi ataupun 'incompetent'. Para majikan walaupun meletakkan keputusan CGPA sebagai antara kriteria utama, mereka juga tidak mahu 'ulat buku' dimabil bekerja untuk syarikat mereka. Selain berkeputusan cemerlang, siswazah juga harus mempunyai kredibiliti kerja yang tinggi. Itulah fungsinya menceburkan diri dalam kegiatan extra-curriculum yang ada disetiap pusat pengajian tinggi.
Punca yang keempat ialah kerana pasaran graduan bumiputra adalah terhad. Anak-anak Melayu tidak memonopoli dunia perniagaan, kesannya graduan-graduan Melayu hanya diambil bekerja mengikut kuota kaum (invisible) yang ditentukan oleh setiap syarikat itu sendiri, tambahan pula sekiranya syarikat itu dipunyai oleh bangsa bukan Melayu. Saya bukanlah hendak mengajak para pembaca memandang serong kepada bangsa bukan Melayu, tetapi inilah realitinya. Melainkan graduan-graduan bumiputra mampu membuktikan nilai pasaran diri sendiri, barulah mereka mempunyai daya untuk bersaing dengan graduan bukan bumiputra.
Ibu bapa ataupun abang/kakak yang mempunyai anak/adik yang masih belajar disekolah menengah perlu peka kepada tren pembangunan sosio-ekonomi negara. Mereka yang belum lagi melangkah ke IPTA/S perlu dinasihati pemilihan kursus dengan teliti. Salah satu sumber yang baik ialah mengkaji syllabus pelajaran kementerian pendidikan untuk sekolah menengah, lazimnya kandungan pembelajaran menunjukkan tren keperluan negara untuk masa hadapan.
Mungkin pembaca yang lain mempunyai maklumat tambahan.
YDP Unimas
Date Posted: 10:09:49 04/24/02 Wed In reply to: sandiwara 's message, "Siswazah Bumiputera paling ramai menganggur, kenapa?" on 10:09:49 04/24/02 Wed
Assalamualaikum, Saya tertarik dengan isu yang dikemukakan oleh sandiwara. sememangnya msm ini merupakan suatu isu besar yang perlu difikirkan bersama. Apatah lagi apabila ianya melibatkan golongan bumiputera yang merupakan golongan yang majoriti dalam kampus.
Seperti yang kita sedia maklum angka 24,728 siswazah yang yang memohon skim menganggur bukanlah merupakan satu angka yang tepat. Malahan saya percaya ianya adalah lebih daripada itu. Tetapi apa yang agak menyedihkan adalah peratusan pengangguran ini didominasi oleh kaum bumiputera atau yang lebih tepatnya bangsa Melayu.
Saya penuh yakin dan percaya, bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang lemah serta sering terkebelakang. Cuma ada kalanya sikap bangsa Melayu yang angkuh dengan kemelayuannya yang sebenarnya bukan sikap melayu ( melayu biasanya dikaitkan juga beragama Islam ).
Jika kita tinjau sejarah melayu terdahulu, bangsa kita merupakan bangsa yang kukuh jati dirinya serta tidak mudah tunduk kepada tekanan. Namun apa yang berlaku ketika ini adalah sikap bangsa melayu yang pantang dicabar tidak bertempat. Kita tidak mahu bangsa melayu kita hanya gah dipersada perdebatan ibarat Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai.
Malahan, ketika saya menghadiri seminar Intelek Muda Melayu, kami dikejutkan dengan data peratus kelulusan kelas pertama bangsa Melayu di IPT negara kita. Ke mana hilangnya taring Melayu kita. Apa yang pasti, Melayu perlu jadi Melayu yang berwawasan dan berilmu. Bukan Melayu yang tunggu dan lihat. Bukan Melayu yang menunggu makanan disuapkan ke mulut. Tetapi jadilah Melayu yang bermaruah tinggi,cemerlang, serta boleh membanggakan negara kita. Kita mungkin boleh berbangga dengan pepatah Datuk Hang Tuah " takkan Melayu hilang di dunia ". Melayu memang tidak akan hilang di dunia. Di mana - mana Melayu tetap ada. Tetapi kita takut hilangnya Melayu yang bermaruah.
Sandiwara
Date Posted: 18:25:01 04/24/02 Wed In reply to: YDP UNIMAS 's message, "masalah siswazah menganggur (msm)" on 18:25:01 04/24/02 Wed
pernah satu ketika ditimbulkan isu mengenai generai Melayu post-DEB yang rata-ratanya dianggap begitu jauh berbeza dengan generai yang telah bertungkus-lumus membina agama, bangsa dan negara sebelum tahun 1957 dan pada tempoh negara mula merdeka.
tapi semua hujah berfokus hanya pada satu tempat - sejuah mana generasi baru ini mampu membawa misi dan visi nenek moyang mereka dan menjadi tuan yang bermaruah dan dihormati di tanah sendiri (master of thier own land)?
saya adakalanya terperangkap dengan emosi dan sangsi, mengapa yang dipersoalkan adalah sama ada kita mampu, dan bukan sejauh mana kita dapat teruskan darah perjuangan moyang kita?
sebelum isu MSM, ,pelajar bumiputera bukan asing lagi dengan isu-isu negatif yang terang-terang mendedahkan kelemahan kita dalam memenangi hormat pihak lain. saya dan rakan-rakan yang lain pernah highlight isu pencapaian akademik pelajar bumiputera yang bukan saja lemah, malah ada universiti yang terpaksa menggubal merit untuk gred B+ semata-mata untuk mengurangkan bilangan pelajar bumiputera yang tak sampai CGPA 3.0 dan ke atas.
memang, kita tidak boleh dikatakan sebagai golongan yang lebih dalam pelbagai segi. yang berjaya pun ada jugak, kereta solar, selaput protein dan sebagainya, rekod cemerlang bukan tak ada langsung.
namun adakalanya perlu kita memikir mengenai masa depan kita. MSM itu satu isu, bagi saya, mengerikan, kerana ia melambangkan kecetekan intelek dan lemahnya daya saing kita berbanding bangsa lain. tidak pernah terlintas dalam berita ada skim sangkut untuk siswazah bukan bumiputera atau MSM yang majoritinya pelajar bukan bumiputera. yang hebat bersorak kita, yang berani bicara kita, yang kuasai kampus kita, yang tajam politik kampus kita, tapi apabila ujian sebenar tiba, di mana kelantangan kita? pasif memanjang ada lah...
Mat Salleh
Date Posted: 21:43:10 04/24/02 Wed In reply to: sandiwara 's message, "kualiti generasi post-DEB" on 21:43:10 04/24/02 Wed
Believe me, the problem is our undergraduate cannot speak english. How to solve it....there is our responsibility to do something now.
Fadli kamal Jamali
Date Posted: 11:36:12 04/25/02 Thu In reply to: sandiwara 's message, "Siswazah Bumiputera paling ramai menganggur, kenapa?" on 11:36:12 04/25/02 Thu
Isu siswazah masih tidak mendapatkerja memanglah tinggi di kalangan bumiputera,cuma hal ini harus dilihat sebagai cabaran kepada diri siswa itu.Peluang-peluang yang diwujudkan oleh pihak berwajib hendaklah diambil sebagai langkah awalan sementara mendapat kerja yang lebih tetap.
Isu sama ada ianya merendahkan kualiti siswa itu terpulanglah kepada siswa itu sendiri.Rezeki ada di mana-mana.
Leman Cheras
Date Posted: 13:45:55 04/30/02 Tue In reply to: System Expert 's message, "Homepage cari keje!" on 13:45:55 04/30/02 Tue
Demikianlah kita.....para mahasiswa baru bergraduat - ibarat anak ayam baru kehilangan ibu...
Mengapa kita mesti cari kerja?
Apa, kerja tidak boleh dicipta?
Mengapa tidak kerja yang cari kita?
Apa, kita tidak bolehke berusaha menjadikan diri kita begitu berkualiti sehingga majikan berlumba-lumba menawarkan kerja?
Pokok pangkalnya, adalah diri kita juga....Nak jadi hamba, nak selesa atau nak jadi Tuan?
Yang penting - apa yang kita boleh lakukan, tahap mana komitmen kita dan sejauhmana keberkesanan kerja kita - takat atas tangga ke atau tahap internasional?
Dulu, zaman batu - kerja kita cipta woo...tak tunggu tawaran apalgi tengok suratkhabar cari jawatan kosong...
Nampaknya, zaman sekarang ni, manusia semakin malas - malas dan amatlah malasnya.....
Halaman Utama
|
|
|