Idealis Mahasiswa


Kadar Faedah Bayaran Balik PTPTN Bukan lagi 4%

Oleh: Zali Ariffin
Akhbar Mahasiswa, Oktober/November 2002

Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN sering kali menjadi sasaran kemarahan mahasiswa bila mereka lewat mendapat pinjaman yang telah dipersetujui, gagal mendapat pinjaman dan sebagainya. Pelbagai pihak jelas tidak berpuas hati dengan pengurusan PTPTN yang sering kali didakwa lembap, cuai, tidak cekap dan sebagainya. Ada pula pihak yang mencadangkan hapuskan saja PTPTN dan sebagai gantinya manfaatkan bank-bank yang sedia ada seperti mana CIDB, CGC, Tabung Usahawan dan Industri kecil serta Sederhana dilaksanakan.

Wartawan Akhbar Mahasiswa, Umar Zain dan Zali Arifiin bersama jurugambar, Nazli Muhd. berpeluang menemui Pengerusi PTPTN, Dato' Ahmad Husni Hanadzlah di pejabatnya baru-baru ini. Ikuti penjelasan reaksi belia tentang senario, masa depan dan konsep sebenar PTPTN.

Pelbagai tohmahan dan dakwaan hari ini yang kedengaran khusus ditujukan kepada PTPTN saya lihat berkemungkinan tersasar daripada bidang kuasa PTPTN itu sendiri. Boleh Dato' jelaskan semula tujuan dan tanggungjawab sebenar PTPTN?

Objektif penubuhan PTPTN ialah untuk memastikan sumber kewangan yang mencukupi disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

Tujuan pinjaman pendidikan yang disediakan PTPTN adalah untuk menampung sebahagian dari kos pendidikan termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup. Penyediaan kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian peringkat diploma dan ijazah institusi pendidikan tinggi di bawa Akta berikut:

  1. Akta Universiti dan Universiti 1971
  2. Akta Institusi Teknologi MARA1976
  3. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
  4. Akta Pendidikan 1996

Dari segi peruntukan pula sehingga 30 Jun 2002, pihak PTPTN telah diberi peruntukan sebanyk RM 4,295,140,250 bilion untuk tujuan pinjaman pendidikan. Dana yang telah dibelanjakan sehingga 30 Jun 2002 ialah RM 4,031,853.46 bilion.

Apa reaksi Dato' terhadap masalah-masalah yang sering diajukan oleh mahasiswa sepertil lambat dapat pinjaman tidak penuh dan sebagainya?

Pinjaman tidak penuh

Pinjaman untuk kadar penuh dan sebahagian adalah bergantung kepada pendapatan bulanan keluarga pelajar. Kadar semasa ialah pinjaman penuh bagi pelajar yan pendapatan keluarga mereka RM3000 dan kurang. Sementara kadar sebahagian diberikan kepada pelajar yang pendapatan kcluarga mereka melebihi RM3000 sebulan.

Semua syarat yang tersebut di atas tertakluk kepada pindaan yang dibuat Perbadanan dari masa ke semasa.

Lambat dapat pinjaman

PTPTN telah cuba sedaya upaya untuk memastikan pelajar IPTA mendapat bayaran pinjaman mereka dalam tempoh 14 hari selepas pendaftaran.Untuk tujuan ini, PTPTN berada di semua IPTA pada hari pertama hingga ketiga minggu orientasi bagi mengedarkan borang, memberikan penerangan mengenai cara-cara mengisi borang dan mengutip borang permohonan yang telah disempurnakan. Setelah borang diproses. PTPTN akan berada sekali lagi di IPTA pada hari ketujuh hingga kesembilan untuk pengedaran dokumen tawaran dan memberi taklimat mengenai pengisian dokumen perjanjian dan seterusnya mengutip kembali perjanjian yang telah sempurna. Setelah memproses. PTPTN akan membuat bayaran terus ke akaun pelajar pada hari ke 12 hingga 14.

Walaupun 80% berjaya mendapat bayaran dalam tempoh 14 hari, tetapi terdapat lebih kurang 20% masih lewat mendapat pinjaman. Antara faktornya ialah :

  1. Pelajar baru tidak hadir untuk sesi taklimat pengisian borang pada hari pertama hingga ketiga sebagaimana yang ditetapkan secara bersama oleh PTPTN dan IPTA.
  2. Pelajar tidak hadir semasa taklimat pengisian dokumen perjanjian
  3. Pelajar yang telah diluluskan pinjaman gagal dikreditkan bayaran kerana perbezaan rekod akaun dan kad pengenalan di bank dan di PTPTN.

Oleh kerana kekangan kakitangan, permohonan yang diterima secara runcit pada sesi utama Mei dan November selain dari sesi taklimat (i) di atas agak lewat diproses kerana seluruh kakitangan digembleng bagi memastikan bayaran dibuat dalam tempoh 14 hari bagi pelajar-pelajar IPTA yang terlibat melalui sesi taklimat. Bagaimanapun permohonan yang diterima kira-kira 2 bulan sebelum atau selepas sesi utama akan diproses dan diluluskan dalam tempoh sebulan dan pembayaran dilakukan dalam tempoh 3 hingga 4 minggu selepas perjanjian diterima dengan sempuma.

Bila tahun pengajian diubah oleh sebab tambah semester dan sebagainya (mengulang) ataupun kerana diwajibkan berbuat demikian oleh Universiti, pinjaman lambat dapat dan selalunya bermasalah. mengapa?

Proses kelulusan untuk pelajar yang gagal pengajian dan perlu mengulang atau melanjutkan tempoh pengajian adalah memakan masa. Kelulusan bagi kes-kes seumpama ini tidak automatik. Dan ianya tertakluk kepada peruntukan semasa PTPTN. Mulai tahun ini, pelajar-pelajar yang mendapat keputusan CPA kurang daripada 2.0 akan ditahan bayaran bagi semester berikutnya. Oleh itu pelajar-pelajar dinasihatkan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran masing-masing bagi memastikan pembayaran pinjaman tidak terganggu.

Boleh ke pelajar tahun dua memohon?

Semua pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa adalah layak mengemukakan permohonan.

Wang pinjaman terus masuk ke Bendahari atau akaun pelajar?

Pembayaran pinjaman bagi pelajar-pelajar IPTA tajaan tahun 2000 dan selepasnya adalah dibuat melalui akaun masing-masing. Oleh itu mereka adalah diwajibkan mempunyai akaun yang aktif di bank-bank yang ditetapkan oleh IPTA bagi memudahkan pembayaran. Pembayaran bagi pelajar IPTS melalui Bendahari IPTS.

Ada gesaan meminta 4 % itu dimansuhkan sahaja kerana dianggap membebankan pelajar. Kalangan ini menganggap pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Justeru itu pendidikan mesti percuma. Apa sebenarnya di sebalik 4% dan apakah kesudahannya?

Saya fikir pelajar tidak mempertimbangkan fakta dengan sebaiknya. Pertamanya 4% yang dimaksudkan itu ialah faedah yang dikenakan kepada pinjaman mulai dari tarikh mereka mula membuat pembayaran atau sudah bekerja. Praktis dalam dunia komersil hari ini ialah peratus faedah dikira mulai dari tarikh pinjaman dikeluarkan. Jika diguna kaedah itu, pelajar sebenarnya dikenakan kurang dari 2% setahun. Satu faedah yang saya kira terendah di Malaysia dan mungkin di dunia.

"Keduanya, PTPTN tidak selamanya akan mendapat peruntukan kerajaan. Idea penubuhannya ialah supaya suatu hari nanti, PTPTN berupaya untuk mendapatkan dana sendiri dan beroperasi tanpa memerlukan peruntukan dari kerajaan. 4% yang dikenakan itu ialah sebagai satu cara untuk mendapatkan semula wang yang kita keluarkan untuk disalurkan pula kepada mereka yang memerlukan.

Ketiganya 4% tidak mutlak. Nilai itu ditetapkan kerajaan pada hari ini sebagai permulaan untuk PTPTN mengorak langkah. Nilai ini tidak kekal selama-lamanya. Di masa akan datang. melihat kepada kesesuaian semasa. ada kemungkinan angka itu akan meningkat. Kita perlu ambil kira situasi semasa. PTPTN satu masa nanti akan berdikari. la akan menguruskan dana kewangan yang besar - menjadi 'bank pendidikan' terbuka yang unggul di Malaysia. Dalam keadaan itu. 4% sudah tidak timbul. la mungkin mencecah 8% atau 11 % mengikut keadaan semasa. Sekarang ini pun kita sedang berunding dengan pihak bank bagi melaksanakan satu sistem, satu kaedah pembayaran yang kita jangka lebih efektif untuk masa akan datang.

Ada kalangan yang mengatakan PTPTN lebih menguntungkan bukan bumiputera berbanding dengan bumiputera. Benarkah demikian?

Tanggapan tersebut tidak benar. Hari ini 75% daripada peminjam PTPTN adalah bumiputera. Hanya 25% iaitu kira-kira 92,458 orang melibatkan RM713,818,957. (setakat 30 Julai 2002) bukan bumiputera.

Kita tidak pernah terikat untuk memberi pinjaman kepada bumiputera sahaja. Kita juga tidak ada kuota. Sesiapa sahaja asalkan layak mengikut syarat yang ditetapkan tidak kira bangsa dan agama boleh memohon.PTPTN terbuka kepada semua. Syarat kita mudah - warganegara Malaysia, ada SPM, ikuti program yang kita iktiraf. pada peringkat ijazah pertama atau diploma (Pra-ijazah) di mana-mana institusi pendidikan yang ditubuhkan mengikut Akta yang saya sebut terdahulu, dan melepasi tahap ukuran pendapatan keluarga yang ditetapkan.

Kita kena faham. Tabung Pendidikan kerajaan bukan ada satu - bukan hanya PTPTN. Kita ada JPA yang mengkhusus untuk jurusan kritikal, MARA khas untuk bumiputera. PTPTN terbuka untuk semua. Jadi. kalau kita nak nilai sama ada kerajaan telah melaksanakan tanggungjawabnya atau tidak. kita kena lihat ketiga-tiga tabung ini.

Benarkah jika pelajar berjaya bergraduan dengan kelas pertama pinjaman akan ditukar menjadi biasiswa?

Ya. benar. Tetapi dengan syarat pelajar tersebut mesti berkhidmat dengan kerajaan sekiranya mendapat tawaran daripada kerajaan.

Apa yang boleh dilakukan pelajar bagi membolehkan permohonan mereka diurus dengan lebih cepat dan cekap?

  1. Terima tawaran mendaftar di IPTA/IPTS Politeknik, buat keputusan untuk menerima satu tawaran sahaja. Jangan kemukakan permohonan selagi tidak mendaftar di Institusi berkenaan.
  2. Hubungi IPTA/IPTS. Politeknik yang dipilih untuk menentukan bank yang ditetapkan untuk pembukaan akaun. Pastikan nombor kad pengenalan dan akaun yang betul direkodkan di bank. Walau bagaimanapun, pelajar juga dimaklumkan mengenainya oleh PTPTN melalui surat iringan pemberian Waran Wang pendahuluan Diri iaitu seminggu sebelum pelajar mendaftar.
  3. Buka akaun di bank yang ditetapkan. Pastikan buku akuan diperolehi sebelum mendaftar diri di IPTA/IPTS/Politeknik yang dipilih. Ada juga sesetengah IPT menetapkan buku akaun dibuka pada hari pendaftaran.
  4. Beli borang permohonan pinjaman daripada kakitangan PTPTN semasa pendaftaran di IPT atau melalui pos. Baca dengan teliti panduan yang disertakan.
  5. Gunakan pensel 2B untuk mewarnakan petak-petak berkaitan dalam borang permohonan dan menulis maklumat dalam ruangan yang disediakan.
  6. Serahkan borang permohonan kepada kakitangan PTPTN pada hari pendaftaran di IPTAbersama-sama salinan dokumen-dokumen berikut yang disahkan
    1. Kad Pengenalan pelajar (hanya waganegara Malaysia layak memohon)
    2. Surat tawaran memasukiIPTA/IPTS/Politeknik
    3. Muka depan buku akaun bank yang ditetapkan mengikut IPTA/IPTS/Politeknik
    4. Borang J-Cukai pendapatan atau pengesahan pendapatan bulanan ibu bapa penjaga
    5. Sijil Pelajaran Malaysia
  7. Terima kad pengesahan penerimaan borang permohonan yang tertera nombor batch rujukan penerimaan daripada PTPTN.
  8. Tandatangan surat tawaran dan dokumen perjanjian IPTApada hari ke 8 hingga ke 10 selepas pendaftaran bagi pelajar yang diluluskan pinjaman. Sila semak dengan HEP masing-masing.

Bagaimana pula dengan laman web PTPTN? Saya difahamkan ianya tidak dikemas kini?

Laman web PTPTN dilancarkan pada awal September 2000 dengan menggunakan DNS InterXS. Pertengahan November 2001, Laman Web rasmi PTPTN dibuka dengan menggunakan DNS ptptn.gov.my di mana ia mula beroperasi sepenuhnya. Maklumat yang dirancang untuk disiarkan melalui laman web ialah :

  1. Maklumat statik iaitu latar belakang PTPTN, carta organisasi, fungsi bahagian, senarai nombor, telefon maklumat am pinjaman dan maklumat wang pendahuluan diri serta soalan-soalan lazim lain.
  2. Maklumat interaktif - pelajar boleh mengetahui status permohonan dan kelulusan status penerima wang pendahuluan diri, lejer, status perjanjian dan juga, status bayaran.

Lawan web PTPTN boleh dilayari di alamat http:// www.ptptn.gov.my

Kita bercadang untuk menambah lagi pelbagai fungsi yang memanfaatkan pelajar dan menambah kecekapan kami secara berperingkat-peringkat.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah atau ingin mengadu berkenaan PTPTN, siapakah yang harus dihubunginya?

Banyak saluran boleh digunakan. Pelajar boleh membuat aduan untuk sebarang kemusykilan dengan cara berhubung terus di kaunter PTPTN di Wisma Chase Perdana atau menghubungi talian telefon 03-20983731/3732 sebagaimana yang disiarkan di laman web PTPTN. Pelajar juga boleh menghubungi Majlis Perwakilan Pelajar dan pegawai HEP masing-masing.

Harapan dan pesanan Dato' kepada pelajar?

Jumlah pelajar yang memohon pinjaman setiap tahun adalah sekitar 100,000 orang. Kita di PTPTN semakin cekap tetapi kita tidak sempuma. Sebarang kesilapan yang dilakukan akan memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk diperbetulkan. Bagi memastikan proses dilaksanakan dengan lancar. pelajar-pelajar diminta supayaSentiasa mengikuti arahan dan peraturan yang ditetapkan yang sentiasa disiakan melalui laman web atau media.

Antara tindakannya ialah :

  1. Memastikan permohonan pinjaman dikemukakan setelah mendaftar di IPT.
  2. Memastikan borang permohonan disertakan dengan dokumen sokongan yang lengkap, lorekan yang sempurna menggunakan pensel 2B, elakkan guna akaun berkongsi dan pastikan maklumat kad pengenalan dan akaun di bank adalah tepat.
  3. Hadir untuk sesi penerangan cara-cara mengisi borang permohonan dan dokumen perjanjian serta mengembalikan dokumen pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar juga diingatkan supaya menggunakan kemudahan kewangan dengan berhemah dan sentiasa menumpukan perhatian kepada pelajaran. Untuk masa akan datang, PTPTN mungkin tidak akan mempertimbangkan permohonan pinjaman kali kedua bagi mereka yang telah gagal pengajian terdahulu.


Halaman Utama


Hit
[ ]

Copyright ©2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved