oleh Nizam Abdullah melalui Form Penulis Tamu
Saya tidak terkejut dengan kemenangan calon-calon tajaan PMI di
Universiti Malaya. Memang saya sudah duga dari awal. Tiada sebab mereka
perlu
kalah. Selagi PMIUM dapat sokongan PKPIM/PBMUM dan Umany (Persatuan Cina
UM) selagi itu mereka masih kuat.
Kekuatan PMIUM semakin bertambah selepas pemecatan Datuk Seri Anwar,
dimana Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang terdiri kompenan PKPIM,
Nasionalis, Cina dan India, musuh tradisi PMI (NADI) telah bergabung
tenaga
dalam Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM).
Kumpulan Nasionalis dalam gabungan GMUM telah keluar dari pakatan pada
tahun akhir 1999 dan menghidupkan BMB semula, tetapi kumpulan tiga
PKPIM-Cina-India masih kekal dalam pakatan itu.
Tahun 2000/1, PMIUM yang menerajui MPPUM (biasanya sesiapa yang
memegang jawatan lajnah politik/siasah PMIUM akan memegang jawatan
presiden
MPMUM-skima yang telah ditetapkan) telah meletakkan calon Cina (umany)
sebagai setiausaha agung MPMUM. Mereka letak sebagai boneka sahaja,
semata-mata tunduk dengan tuntutan Cina. Oleh kerana setiausaha agung
itu
hanya boneka, tidak ada apa-apa fungsi menimbulkan kemarahan
siswa/siswi
cina yang lain hingga terbentuk Gerakan Aspirasi Mahasiswa(GAM).
Tahun 2001/2, Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya (PBTUM) tidak
puas hati dengan layanan PMIUM dengan agihan kerusi lalu mereka juga
keluar dari pakatan GMUM masuk dalam pakatan Majlis Gabungan Mahasiswa
Universiti Malaya (MGMUM) yang terdiri dari BMB, BKM, GAM dan PBTUM.
Tahun 2002/3, PKPIM pula bermasalah dengan PMIUM. Bukan setakat di UM,
malah PKPIM seluruh IPT juga bermasalah dengan PMI. Di UIA, WUFI
bertegang leher dengan PKPIM, tidak setuju agihan kerusi. Hubungan dua
badan
ini telah retak menanti belah. Dalam pilihanraya sesi ini, PKPIM UM
telah memboikot pilihanraya sebagai membantah sikap tamak PMIUM.
PMIUM sama dengan parti PAS bersikap tamak dan gila kuasa. Alasanya
senang saja, kumpulan dia sahaja yang terbaik, paling berakhlak dan
ketua
kepada kumpulan lain.Kumpulan dia sahaja fikrah betul-fikrah Islam.
Kumpulan lain walaupun berlabelkan Islam seperti PKPIM dianggap tidak
jelas kefahaman Islam serta memandang rendah keupayaan kumpulan lain
terutamanya kumpulan bukan Melayu.
Sebab itu, apabila pembentukan kabinet MPM, PMI akan mempastikan
post-post penting seperti Presiden, Setiausaha dan Bendahari
dibolotnya.
Tempat-tempat yang kurang strategik seperti Timbalan Presiden, naib
presiden dan penolong setiausaha barulah diagihkan kepada parti
kompenan yang
lain terutama PKPIM dan Umany.
Konsep akulah ketua terbaik sepertimana yang diamalkan oleh PMIUM
ditiru daripada konsep Yahudi dan Zionis yang menganggap “bangsa mereka
bangsa terbaik-bangsa pilihan Tuhan”. Bangsa-bangsa lain hanyalah hamba
yang hanya dijadikan kuda tunggangan saja. Masa diperlukan akan
diperalatkan, masa berkuasa akan dibuang seperti sampah.
Memang dalam tulisan-tulisan sebelum ini saya sudah menyatakan bahawa
PMI boleh memenangi dengan mudah. Tak perlu ragu-ragu lagi. Tapi ada
beberapa perkara yang mengejutkan saya. Bukan soal pengundi hantu
tetapi
soal kemerosotan undi yang dicapai oleh calon-calon tajaan PMI.
Kemerosotan ini benar-benar mengejutkan saya. Tak kan parah begitu
sekali. PKPIM pula nampaknya sudah sedar dengan permainan kotor badan
berjenama Islam ini. Dah mula mengundur diri dan memboikot pilihanraya.
Apa sudah jadi ni PMI ? Tak kan tak ada masalah, kalau satu persatu
badan gabungan mula mengundurkan diri ?
Mungkin masa sudah sampai, bala Allah menimpa pada badan yang
memperkudakan agama itu.
Sifat tamak ini akhirnya akan memakan diri. Kalau sudah berkuasa, kuasa
itu akan dibolot secara mutlak, tidak boleh dikongsi dengan pihak lain.
Bayangan ketamakan PMI makin menjadi-jadi apabila membuat bantahan
pengundi hantu di fakulti pendidikan. Memang kerusi itu dimenangi oleh
prokerajaan, berikanlah kepada mereka lagipun hanya satu kerusi sahaja.
Ini
tidak kecoh soal pengundi hantu. Memalukan nama universiti saja. Siapa
bela pengundi hantu? Siapa yang berkuasa ? Kenapa mereka boleh mengundi ?
Mereka ada kad matrik atau tidak ? Senarai nama mereka termasuk dalam
senarai pengundi atau tidak ?
Kalau nama-nama mereka ada dalam senarai pengundi, ada kad matrik
apanya pengundi hantu ? Jadi siapa yang kecoh? Siapa yang memalukan nama
universiti di seluruh negara. Tak malukah menelanjangkan pekung
sendiri ?
Bukankah fakulti Pendidikan itu lubuk PMI, pusat pengkaderan, tempat
bertapaknya Persatuan Ulamak Malaysia(PUM) bawah Ustaz Ghani Shamsuddin
dulu.
Bukankah fakulti pendidikan itu di bawah Nik Aziz Nik Pa, mentor PMI.
Jadi yang berkuasa membawa pengundi-pengundi hantu ke fakulti
pendidikan
ini adalah Nik Aziz Nik Pa sebagai dekan dan konco-konco PUM. Mampukah
kumpulan prokerajaan membawa pengundi yang didakwa hantu itu, sedangkan
mereka tidak mempunyai sokongan pensyarah di fakulti itu. Mampukah
mahasiswa prokerajaan mencampuri urusan pentadbiran fakulti dengan
mengarah, memunggah dan memasukkan nama secara pintu belakang di
fakulti itu ?
Kalau PMI tidak berperanan membawa pengundi-pengundi hantu, macam mana
PMI tahu di sana ada pengundi hantu ?
Kalau tempat itu dimenangi oleh calon tajaan PMI, masih ada lagi isu
pengundi hantu ?
Kalau benar-benar wujud pengundi hantu, bukan setakat fakulti
pendidikan patut ditanding semula, bahkan perlu penyiasatan semua
fakulti,
kerana fakulti-fakulti lain mungkin juga ada pengundi hantu ?
Sanggup disiasat ? Berani bertanding semula ?
Fikirkanlah. Orang tamak selalunya rugi.
Awal-awal lagi saya tidak menaruh keyakinan kepada kumpulan
prokerajaan; yang saya faham kumpulan-kumpulan proUMNO ini, tidak
komited dan
merancang secara sistematik. Tiada grassroot, kerja last minute. Calon
tidak
cukup, semasa penamaan calon, 10 calon diberi kemenangan percuma. Kubu
MGMUM, pusat kebudayaan diberi menang percuma. Memang saya tidak
terkejut, belum bertanding PMI dah menang mudah.
Tetapi yang mengejutkan saya, dalam keadaan kelam kabut, MGMUM masih
boleh menang di Fakulti pusat sukan dan ekonomi. Kenapa ? Sedangkan
sebelum ini dimenangi GMUM tiba-tiba boleh jatuh ke tangan musuh yang
lemah ?
Apa yang GMUM dan PMI kerjakan selama satu penggal hingga kerusi-kerusi
itu melayang ?
Begitu juga di Fakulti Perakunan, calon tajaan PMI menang tipis hanya
27 undi sahaja. Fakulti Sains Komputer lagi tipis, hanya menang 8 undi
sahaja. Kenapa ni? Sedangkan dahulunya GMUM yang berlogokan Yes ini
bergaut mengaut majoriti beratus-ratus undi. Kenapa sekarang menipis
sekali ?
Dahulu kemenangan 12 kerusi MGMUM ditempelak oleh PMI yang katanya
kemenangan teknikal. Sekarang apa hebah lagi, kalau musuh yang tidak
bermaya pun boleh menguggat undi calon-calon tajaan gergasi PMI.
Kenapa golongan melayu yang dicop sekular, cina dan india masih mahu
menentang PMI meskipun mereka tahu mereka kalah ? Mengapa golongan
pelajar
lain mula beri sokongan kepada kumpulan yang lemah ini ?
Saya yakin PMI tahu jawapannya, itupun kalau PMI badan yang mengajar
ank usrahnya berlapang dada dan boleh menerima kritikan. Tak tahulah
kalau PMI sekarang inipun masih lagi mengamalkan sikap bodoh sombong
dan
suka menuding jari kesalahan orang lain saja. Suka melabel dan suka
memberi alasan.
Yang saya faham mahasiswa sudah buka mata dan sudah mengenali apa
agenda PMI sebenarnya. Mereka tahu apa agenda PMI, mereka sudah mula
mengalihkan sokongan, tidak mahu lagi bersekongkol dengan badan yang
hipokrit
dan sanggup memberi sokongan kepada badan politik lain walaupun tahu
kelemahannya.
Keanguhan dan kesombongan akan mempercepatkan kejatuhan. Dengan tidak
semena-mena, UTM jatuh kecundang ke tangan prokerajaan. Kerusi-kerusi
prokerajaan mula meningkat di UKM, UPM dan USM.
Siapa sangka kubu kuat PMI di UTM boleh tumbang. Siapa sangka pengaruh
IPU, UKM boleh merosot. Siapa sangka prokerajaan boleh menggugat di
UPM.
Sekarang masa untuk tribulasi badan PMI. Bukan mahasiswa tidak suka
kepada Islam, tetapi mahasiswa tidak suka kepada golongan hipokrit yang
memperalatkan Islam.
Tanpa PKPIM pun prokerajaan boleh berdikari, maknanya tunggulah
saat-saat kejatuhan regim PMI di kampus satu persatu satu hari nanti,
insya
Allah.