IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan | Halaman Undian | Halaman Tetamu

    Update on Thursday, June 6, 2002 9:00 AM

UIAM : Lambang Kegigihan Tokoh Pendidikan Islam Tempatan


Oleh Izzudin Saleh
Majalah Minda, edisi pengenalan, hlm.45-46

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 April 2001. Pembukaannya selepas 18 tahun penubuhannya telah berlangsung dalam suasana gilang gemilang dan dihadiri oleh pelbagai pihak. Pembukaan ini akan menjana visi dan misi UIAM untuk memartabatkan ilmu dan tamadun Islam mencapai matlamatnya.

Sewaktu mengimbas kelahiran UIAM, Rektornya Profesor Dr. Mohd Kamal Hasan menjelaskan tentang kekeliruan antara idea penubuhan dengan langkah awal pembinaan bangunan universiti itu.

Penubuhan UlAM bermula pada akhir 1982 yang kemudiannya menjadi kenyataan pada 1983 walaupun kampus tetapnya ketika itu masih belum didirikan.

Manakala idea atau tuntutan penubuhannya sudah wujud sebelum 1982 apabila timbul desakan dan tuntutan daripada cendiakawan Islam di negara ini, luar negara, pertubuhan Islam, pertubuhan bukan kerajaan, mahasiswa dan ulama supaya diwujudkan sebuah universiti Islam di Malaysia. Desakan ini semakin subur apabila tuntutan dan desakan yang dibuat oleh pejuang bahasa Melayu supaya didirikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tercapai.

Pada masa itu tidak disebut nama UIAM, hanya sebuah universiti Islam di Malaysia. Walaupun UKM yang telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970 tersebut kemudiannya mewujudkan Fakulti Islam di universiti berkenaan, namun tuntutan ke arah penubuhan universiti Islam masih belum luntur.

Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah masuk ke dalam kerajaan pada 1982. Beliau dan beberapa orang lagi tokoh pendidikan termasuk Tan Sri Dr Sulaiman Daud yang ketika itu Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pendidikan dan Ketua Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan dipanggil oleh Dr. Ma-athir untuk membincangkan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa. Pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dr Mahathir melantik Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn sebagai Presiden Pertama UIAM. Dr Abdul Raof dan Dr Ariffin Suhaimi adalah antara orang yang banyak menyempurnakan rancangan penubuhan awal UIAM.

Apabila Tun Hussein Onn meninggal dunia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Presiden UIAM pada 1988. Anwar sebagai Presiden UlAM banyak memberi sokongan memajukan universiti dibawah pimpinan Rektor baru Dr Abdul Hamid Abu Sulayman yang beliau bawa dari Amerika Syarikat. Dr. Abdul Hamid, warga Arab yang bermas-autin di Amerika dan bertugas hampir sepuluh tahun di UIAM iaitu dari tahun 1988 sehingga 1998. Sebagai Rektor beliau banyak berjasa dalam mengembangkan sistem pendidikan dan juga membuat perancangan untuk mewujudkan kampus UIAM Gombak.

Menurut Profesor Mohd. Kamal Hassan ramai orang yang telah berjasa di atas kelahiran UIAM ini. Beberapa perintis lain yang juga berjasa di atas penubuhan UIAM ini termasuklah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (1KIM), Datuk Dr Ismail Ibrahim, Tan Sri Murad Mohd Nor, dan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia), Datuk Ariffin Suhaimi.

Datuk Ariffin Suhaimi ketika itu adalah penyelaras projek penubuhan UIAM. Beliau dan kumpulan bertindaknya, antara lain terbabit dalam pembangunan fizikal, kurikulum, perlembagaan, penyediaan kaki tangan dan pengambilan pelajar.

Katanya, walaupun UIAM ditubuhkan pada 1983, idea penubuhannya lebih awal dari itu iaitu melalui resolusi satu kongres mengenai falsafah pendidikan Islam di Mekah. Kertas dasar dan falsafah itu disediakan oleh Prof. Syed Naquib Al Attas yang ketika itu bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr. Mahathir sebagai Menteri Pelajaran ketika itu, hadir di kongres berkenaan sebagai wakil Malaysia.

"Malah idea penubuhan UIAM lebih lama daripada pembentukannya pada 1983, iaitu sekitar 1977 di kongres antarabangsa di Mekah anjuran Universiti Raja Abdul Aziz. Kongres itu membicarakan mengenai tema pendidikan Islam yang merangkumi perbincangan mengenai konsep dan falsafah, tenaga pengajar, buku teks dan persoalan lain yang mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan konsep dan falsafah pendidikan Islam,"ujar beliau lagi.

Tan Sri Dr. Murad Mohamed Nor juga adalah antara tokoh yang sama berjuang melahirkan UIAM. Beliau ketika itu, Ketua Pengarah Pendidikan adalah salah seorang yang dipanggil Dr. Mahathir untuk membincangkan penubuhan universiti Islam.

Menceritakan detik awal penubuhan UIAM katanya, pada mesyuarat pertama Dr. Mahathir memberitahu hasratnya menubuhkan UIAM. Ini diikuti dengan pertemuan kedua bersama Ketua Pendaftar UKM ketika itu. Tan Sri Abdullah Saleh dan Timbalan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Ariffin Suhaimi.

Tan Sri Murad berkata, bertitik tolak dari dua mesyuarat itu, Kementerian Pelajaran (kini Kementerian Pendidikan) diberi tugas untuk merancang penubuhan UIAM seperti yang dihasratkan Dr Mahathir.

Kata beliau, beberapa kertas kerja dan perbincangan diadakan di antara kementerian dengan Dr Mahathir yang turut memberi beberapa garis panduan mengenai ciri universiti yang dikehendaki. "Idea Dr Mahathir itu juga adalah ilham dari para ulama kontemporari, antaranya Prof. Ismail Faruqi dan tokoh ulama lain. Apa yang pasti masing-masing memberi sumbangan bagi kejayaan penubuhan UIAM dengan komitmen dan kerja keras serta sanggup bersusah payah untuk melihat kewujudan universiti Islam di negara ini.

"Sebagai wakil kepada kerajaan dalam majlis pertama yang ditubuhkan mengikut perlembagaan, saya kenal mereka yang menaikkan imej universiti, termasuk Allahyarham Tun Hussain Ona Presiden pertama UIAM. Saya juga tidak lupa pemimpin seawal penubuhan selepas tertubuhnya dan hingga sekarang yang terus memastikan misi dan visi UIAM menemui titik kejayaaa"ujar beliau lagi.

 

 

 

 

Imej dan Reka Bentuk UIAM

REKA BENTUK bangunan UIAM dilihat selaras dengan sebahagian falsafah universiti yang mengembalikan konsep pendidikan Islam iaitu mencari ilmu adalah ibadah. Daripada deretan pokok anggerik pelbagai warna yang menghiasi halaman hadapan blok pentadbirannya serta aliran sungai yang mengalir deras juga menghasilkan suasana segar sesuai dengan konsep 'Taman Ilmu dan Budi' cetusan idea Prof Dr Kamal Hassan. la mengadun ciri-ciri tempatan dan unsur kesejagatan Islam bagi disesuaikan dengan suasana negara yang bersifat ketimuran.

Berdasarkan ciri-ciri ini, semua bangunan di persekitaran kampus UIAM dihubungkan di antara satu sama lain dengan laluan beratap. Ini membuatkan pelajar boleh berjalan antara satu blok dengan satu blok bangunan lain tanpa perlu bimbang hujan dan panas matahari.

Pembangunan fizikal UIAM dirancang begitu rupa untuk membentuk masyarakat intelektual yang diperteguhkan melalui pengetahuaa nilai-nilai Islam dan budi dan atas dasar itu pembinaan kampus ini dilaksanakan dengan keinginan membangunkan semangat dan roh Islam sejati dan perpaduan yang utuh di kalangan warga UIAM, kaki tangan dan masyarakat sekelilingnya

Satu yang menarik mengenai kampus UIAM ini ialah ia berada dalam persekitaran kampung tradisional Melayu serta penempatan masyarakat orang asli. Jika ditambah dengan kumpulan pelajar antarabangsanya, persekitarannya membentuk satu suasana yang cukup harmoni.

Persekitaran yang harmoni ini selari dengan wawasan UIAM yang antaranya, mengembangkan pemahaman antara budaya dan menjalin dialog ketamadunan di Malaysia serta masyarakat antarabangsa

Selain menjadi sebuah kampus yang mesra pengguna pembangunan kampus UIAM juga tidak merosakkan alam serta menjejaskan kehidupan masyarakat sekelilingnya seba-aimana yang dituntut oleh prinsip Islam.

Konsep Taman Ilmu dan Budi yang diketengahkan pula menjadikan UIAM sebuah kampus universiti yang bersifat terbuka, lain daripada konsep biasa menara gading yang kegiatannya hanya tertumpu di kaklangan warga kampus.

Penolong Rektor Perancangan dan Pembangunan, Profoser Dr Ismawi Zen menjelaskan, UIAM adalah universiti yang tercanggih dan tercantik di rantau ini.

"UIAM adalah simbul Tamadunan Islam di Malaysia. Nilai-nilai kesejagatan Islam adalah ciri-ciri keistimewaan yang tidak terdapat di universiti konvensional tempatan yang lain. Ciri-ciri bentuk bangunanya juga melambangkan reka letak yang berciri Islam sepenuhnya. Diadun bersama ciri-ciri tempatan dan ia nampak begitu unik sekali.

Contohnya, kawasan kediaman pelajar yang dilihat mempunyai ciri-ciri rumah tradisional Melaka katanya mengulas rekabentuk dan persekitaran bangunan UIAM .

Tetapi aspek yang lebih penting katanya, UIAM mempunyai matlamat yang khusus untuk mencapai kemajuan duniawi, di samping sentiasa menyedarkan para graduan dan para intelektualnya tentang tanggungjawab mereka terhadap aspek diri, keluarga, agama, negara dan umat Islam .

 

Setiap graduan selain dibekalkan ilmu dan teknologi yang serba moden, dididik khas untuk menjadi agen-agen perubahan bagi membangun kecemerlangan umat Islam yang telah sekian lama mundur.

Justeru, berteraskan ilmu dan kesedaran memperjuangkan kecemerlangan ummah, maka menjadi tanggungjawab setiap graduan yang telah dilahirkan itu untuk menyemarakan tradisi dan amalan murni Islam.

"Dengan persekitaran yang baik, kita bukan sahaja menyalurkan ilmu dunia yang serba moden, tetapi juga melatih dan membentuk para siswazah sebagai insan beriman dan beramal, berilmu dan berakhlak, berotak cergas dan berjiwa murni," tegasnya.

Persekitaran yang indah yang dilengkapi dengan peralatan dan sistem bangunan bestari serta juga peralatan pengajaran yang menekankan kepada sistem IT yang terbaru. maka tepat sekali ungkapan Rektor UIAM bagi universiti ini, iaitu Taman Ilmu dan Budi atau 'Garden of Knowledge and Virtue'.

 

UIAM : Mercu Keagugan Tamadun Islam Nusantsara

TIGA belas tahun di kampus sementara di Petaling Jaya, Universiti Islam Antara-bangsa (UIAM) kini boleh berbangga dengan kewujudan kampus tetapnya di Gombak. Bermula dengan seramai 153 pelajar ketika memulakan sesi pengajiannya pada 1983 dengan dua kuliah iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Undang-Undang, UIAM kini berkem bang kepada sembilan fakulti termasuk yang meliputi aliran Sains Tulin. Aliran sains ber-mula dengan penubuhan kuliah Kejuruteraan pada 1994. diikuti kuliah Alam Bina dan Alam Sekitar, kuliah Perubatan, Kuliah Farmasi dan Kuliah Sains.

Kampus sementara di Petaling Jaya pula dijadikan Pusat Matrikulasi yang kini menampung 5,295 pelajar. UIAM juga mempunyai sebuah kampus cawangan di bandar Indera Makhota di negeri Pahang. UIAM kini sudah menampung seramai 15, 949 pelajar dengan jumlah seramai 1,500 daripadanya adalah pelajar dari 96 negara luar.

Penuntut luar negara yang kini sekitar 15 peratus itu akan ditambah kepada 20 peratus untuk mengimbangkan nisbah 80 peratus penuntut tempatan dan 20 peratus penuntut luar negara.

Penggunaan bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa pengantar pertama dan kedua. adalah tarikan utama yang membawa penuntut luar negara ke UIAM. Seperti universiti Islam yang lain di seluruh dunia, UIAM cuba mengekalkan konsep mesra pelajar dengan membiayai yuran pengajian sekadar yang mampu.

UIAM menghulurkan bantuan dalam bentuk biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan. Oleh kerana tabung pembiayaan semakin susut, UIAM berusaha mendapatkan dana yang lebih besar lagi.

Sesuai dengan status sebagai universiti antarabangsa, UIAM mensyaratkan kesemua pensyarah mempunyai kelayakan Ijazah Kedoktoran (Ph.D), kecuali guru bahasa. Sebagai universiti Islam, UIAM sentiasa menjaga suasana di dalamnya seperti pergaulan sesama penuntut di dalam kampus terbatas, selari dengan ajaran Islam.

Walaupun sudah wujud sejak 18 tahun lalu, UIAM masih dianggap baru dan mentah terutama dalam bidang penyelidikan. Kehadiran Fakulti Sains dianggap bermulanya era perkembangan penyelidikan di UIAM dan hasrat untuk menjadikan UIAM universiti penyelidikan diharap akan menjadi kenyataan sekurang-kurangnya lima tahun lagi. Lembaga pentadbiran UIAM diketuai Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar yang bertindak selaku Ketua Perlembagaan. Dengan jumlah 1,042 orang kakitangan akademik di UIAM, menjadikan nisbah pensyarah kepada penuntut sekitar 1:13 jumlah yang cukup ideal dalam proses pembelajaran.

Terletak di dalam kawasan seluas 272 hektar, kampus induk UIAM di Gombak ini mengetengahkan satu suasana yang begitu menarik dan indah di pandang. Bangunannya bercirikan seni bina Islam diadun dengan budaya tempatan tersergam indah ibarat mercu tanda ketamadunan Islam sebelah timur ini.

Dengan meletakkan masjid di bangunan bersebelahan kawasan pentadbiran, kawasan itu turut dihubungkan dengan semua blok kuliah pengajian menjadikan kawasan itu terletak seperti di dalam sebuah taman yang indah. Kos pembinaan kampus UIAM dianggarkan berjumlah RM680 juta.


Halaman Utama

 


Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved