Debat Burung Petalawati: Hujah Penggulungan Muhazam Mustapha
Hit = [
');
//-->
]
Date Posted: 14:55:50 05/15/02 Wed
Assalamua'alikum dan Selamat Sejahtera kepada semua netters setia di Idealis Mahasiswa,
Seperti yang saudara-saudara semua sedia maklum, sehingga pertengahan minggu lepas terdapat suatu siri beberapa posting daripada saya dan seorang netter lain yang menggelar dirinya En Buku. Posting-posting itu merupa suatu siri soal-menyoal, atau lebih tepat lagi, debat tentang isu asalnya Patung Burung Petalawati yang diarak semasa Majlis Makan Malam Rakyat di Istana Kubang Kerian Kelantan sempena Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Kelantan.
Isu Patung Burung Petalawati adalah salah satu daripada beberapa isu yang asalnya ditulis oleh En Buku di dalam salah satu postingnya. Isu itu saya ambil untuk dijadikan tajuk debat spesifik supaya kita boleh berhujah dengan point-point yang jelas kepada tajuk dan tiada sebarang penyimpangan yang ketara. Alasan lain kenapa saya memilih tajuk tersebut daripada beberapa banyak isu yang diutarakan oleh En Buku adalah kerana saya ingin membuktikan betapa dangkal, cetek, lemah dan goyahnya hujah seseorang apabila hanya pendapat sebelah pihak sahaja diambilkira.
Seperti yang telah saya ulang-ulangi di dalam beberapa posting sebelum ini, tulisan dan pendapat yang disampai oleh orang-orang seperti En Buku adalah tipikal dan boleh dijangka isu kandungannya. Semuanya dek kerana apa-apa yang disampaikan hanyalah bersumberkan pendapat pemimpin-pemimpin tertentu yang menjadi idola mereka. Pendapat pemimpin-pemimpin tersebut, yang mungkin sesetengahnya bergelar ulama', diambil bulat-bulat dan membuta tuli tanpa dipersoalkan benar atau tidaknya pendapat itu.
Saudara-saudara sekalian. Bagi yang ada mengkaji sedikit tentang Islam, tentu tahu bahawa umat Islam sekarang ini berada pada suatu zaman yang kita panggil zaman taqlid. Ciri-ciri zaman ini adalah ramainya umat Islam yang bersikap seperti yang digambarkan oleh sikap En Buku. Kata-kata seseorang yang digelar ulama' diambil begitu sahaja tanpa dipersoalkan apa dalil yang digunakan. Natijah daripada sikap suka bertaqlid ini akan timbullah pelbagai idea baru dalam Islam yang sebelum ini tidak pernah kita dengar, seperti contohnya, menghina ulama' dicerca tetapi menghina Allah s.w.t. dipuja, dan patung burung petalawati khurafat tetapi aqidah Allah mencarut tidak khurafat.
Antara watak-watak baru di dalam Idealis Mahasiswa ini adalah Sdr Amin Idris yang memperkenalkan dirinya sebagai pelajar undang-undang UIA. Seperti yang diakui juga oleh salah seorang netter di sini, iaitu Student UUM, cara penulisannya amat menarik tetapi akhirnya terlalu jelas bahawa isunya juga tetap hambar seperti isi yang dibawa oleh En Buku dan seorang watak lagi iaitu Sdr IslahBumi. Saya menjangkakan Sdr Amin Idris akan menggunakan semua kemampuannya untuk berhujah selaku seorang bakal peguam, tetapi nampaknya dia hanya menulis tentang apa-apa yang disogokkan kepadanya daripada isu-isu lama yang sudah banyak kali dijawap oleh pihak-pihak berkenaan. Dia hanya memutarkan isu itu untuk satu lagi siri putaran idea-idea yang sama. Jelas dia sebenarnya tidak berfikir sendiri. Buktinya dia masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan terhadap soalan tentang sama ada wang Petronas yang diberikan kepada Kerajaan Terengganu itu royalti atau wang ihsan. Jawapan untuk soalan itu terlalu mudah kalau dia benar-benar ingin menyampaikan kebenaran. Namun disebabkan kebenaran tidak memihak kepada golongan yang diperjuangkannya, maka dia sukar menjawap. Dia sekadar diperalatkan untuk menulis tentang isu-isu yang kita semua sudah tahu jawapannya, seperti isu pemecetan Ketua Hakim Negara, isu pengharaman ceramah politik di tempat terbuka, pengurangan kadar penerbitan Harakah, ISA, dan sebagainya. Sdr Amin Idris menyangka kita tidak mempunyai jawapan terhadap semua persoalan itu. Itulah salah satu kesilapan terbesar golongan mereka.
Saya akan fokuskan debat saya kepada Amin Idris apabila tiba masanya nanti.
Berbalik kepada penggulungan debat saya dan En Buku. Setelah kira-kira seminggu kita menunggu jawapan daripada En Buku, ternyata beliau hanya mendiamkan diri. Apa sebabnya hanya dia yang tahu. Walau bagaimanapun saya akan memberikan jawapan kepada 2 daripada soalan-soalan yang masih terhutang itu kerana saya menyoal bukan kerana saya tidak tahu tentangnya tetapi kerana saya ingin memuzakarahkannya.
Walaupun persoalan-persoalan di sini adalah persoalan-persoalan hardcore politik, tetapi ia tetap sesuai untuk tatapan para mahasiswa kerana saya cuba sedaya upaya untuk mempersembahkannya dengan cara yang seilmiah yang mungkin.
Soalan Pertama
Apa yang khurafatnya pada patung burung petalawati itu ?
Persoalan tentang khurafatnya patung burung petalawati itu amat mudah untuk dijawap oleh En Buku. Saya tidak faham kenapa dia tidak mahu menjawapnya dengan jelas. Dia hanya menyuruh saya merujuk sendiri kenyataan Mufti Kelantan. Dia sepatutnya hanya perlu menuliskan apa dalil yang dipakai. Seterusnya dia hanya perlu menuliskan tentang burung petalawati yang dahulunya merupakan suatu bentuk pemujaan tahyul dan khurafat, dan lain-lain. Maka lengkaplah hujahnya. Kalau En Buku menuliskan yang itu maka kita tahu yang beliau sekurang-kurangnya berpijak pada bumi yang nyata.
Andaikanlah En Buku telah menuliskan jawapannya seperti di atas, maka tanggungjawap akan terbeban pada bahu saya untuk menjawap semula sebagaimana sepatutnya kita bermuzakarah. Dan jawapan balas saya adalah seperti berikut.
Apa-apa sahaja yang pada asalnya adalah suatu bentuk ritual khurafat, kalau sudah dibuang unsur-unsur khurafat itu sehingga tinggal perkara-perkara yang mubah sahaja, maka gugurlah hukum khurafat daripada perkara tersebut. Contoh:
- Sukan Bermain Wau (Layang-Layang) Di Kelantan.
Dahulunya permainan wau di Kelantan adalah salah satu ritual memuja semangat padi yang berada di langit. Semuanya lengkap dengan upacara menurun, perasap kemenyan dan sebagainya. Wau digunakan untuk menghubungkan manusia di bumi dengan semangat padi di langit. Begitulah sedikit sebanyak homework yang sudah saya buat tentang khurafat wau ini.
Walau bagaimanapun, apabila semua unsur pemujaan itu sudah tidak diamalkan lagi, maka halallah bermain wau sebagai salah satu sukan rakyat mahupun antarabangsa, dan seni pembuatannya sebagai seni warisan rakyat Kelantan. Ada mufti yang mengkhurafatkan bermain wau dek kerana khurafatnya pada zaman dahulu ?
- Keris Lambang Melayu.
Pada zaman feudal Melayu, keris diperasapkan dengan kemenyan, malah disembah seperti tuhan. Tetapi apabila ritual itu tidak diamalkan, dan keris dianggap hanya sekadar senjata untuk mempertahankan diri seperti pistol dan senapang, maka hukum penggunakannya adalah harus. Yang khurafat hanyalah ritual tersebut. Ada ulama' En Buku yang ingin mengkhurafatkan keris ?
- Naga Lambang MACMA.
MACMA adalah singkatan untuk Malaysian Chinese Muslim Association atau Persatuan Cina Muslim Malaysia. MACMA menggunakan naga sebagai lambang persatuannya. Walaupun ada ura-ura untuk menukarkan lambang itu kepada lambang lain (saya tak pasti sama ada jadi atau tidak), tetapi yang jelas lambang naga pernah digunakan dan ia dianggap halal. Naga adalah sebahagian daripada ikon dalam peradaban Cina yang dalam Islam adalah khurafat sekiranya ia dipuja dengan pemujaan yang mensyirikkan. Tetapi setelah unsur pemujaan itu ditinggalkan, maka halallah penggunaannya sebagai simbol kebangsaan Cina.
- Bulan dan Bintang Lambang Islam.
Tahukah kita semua bahawa simbol bulan dan bintang yang digunakan sebagai simbol Islam sekarang adalah simbol yang sama seperti yang digunakan kepada dewa bulan yang disembah oleh orang-orang Arab Jahiliyyah ? Simbol yang sama juga digunakan oleh tukang-tukang sihir di Eropah pada zaman pertengahan dan zaman gelap Eropah. PAS sendiri sekarang menggunakan simbol bulan purnama, dan sebelum itu adalah simbol bulan dan bintang juga. Maka saya rasa kita semua bersetuju bahawa penggunaannya adalah halal sebagai simbol Islam. Bukankah ini kerana kita tidak lagi mengaitkannya dengan aqidah jahiliyyah ?
- Upacara Potong Kek Harijadi.
Di kalangan masyarakat barat, upacara memotong kek di samping membuat permintaan dan meniup lilin adalah ritual biasa semasa menyambut hari lahir. Upacara memotong kek adalah halal, tetapi upacara membuat permintaan dan meniup lilin itu adalah khurafat dan ianya juga bukan sebahagian daripada ajaran agama Kristian. Mungkin netters yang beragama Kristian boleh menjelaskannya kalau saya tersalah. Sekiranya tidak disertakan dengan upacara membuat permintaan (wish making) dan meniup lilin, maka upacara memotong kek adalah halal untuk dilakukan oleh orang Islam semasa menyambut harijadi. Pendapat ini diberikan sendiri oleh Dr. Danial iaitu pemimpin JIM di Pulau Pinang.
Jelas daripada contoh-contoh yang saya berikan di atas bahawa apa objek jua pun, walaupun pernah dikaitkan dengan kekhurafatan, akan menjadi halal apabila unsur-unsur khurafat itu telah dibuang. Burung Petalawati hanyalah lambang kerajaan Kelantan zaman dahulu. Adakah unsur-unsur khurafat pada patung burung petalawati itu sudah dibuang ? Jawapannya hanya Ibrahim Ali, ketua penganjurnya, yang tahu. Setakat yang saya lihat, di dalam TV, akhbar dan internet, tiada unsur khurafat yang saya nampak. Dan seperti yang saya katakan kepada En Buku, kalau tiada dalil haram yang kita jumpai pada sesuatu benda, maka ia adalah halal kerana konsep usul feqah menyatakan bahawa semua perkara adalah halal sehingga terdapat dalil yang mengharamkannya. Mereka-mereka yang bergelar ulama' yang mengatakan patung itu khurafat tidak pula membuktikan wujudnya unsur-unsur khurafat patung yang dilakukan oleh Ibrahim Ali itu. Mereka cuma bersandarkan kepada hakikat bahawa patung burung petalawati pernah dikaitkan kekhurafatan pada masa dahulu. Jelas ini cuma mainan sentimen politik.
Mungkin juga ada yang ingin berhujah bahawa membuat patung itu haram dalam Islam. Ini juga sudah disepakati ulama' bahawa patung yang diharamkan itu adalah patung yang betul-betul mengikut nisbah makhluk-makhluk bernyawa ciptaan Allah s.w.t. Sekiranya patung itu tidak dibuat mengikut nisbah makhluk bernyawa, maka halallah ia. Seperti gambar yang saya letakkan di bawah, tiada mana-mana bahagian pada patung itu, dari balung, paruh, mata, hingga ke ekornya yang dibuat mengikut nisbah burung biasa. Malah burung petalawati itu sendiri adalah burung yang tidak pernah wujud di alam nyata. Ia hanya wujud dalam mitos dan legenda sahaja seperti burung garuda dan naga. Jadi tak mungkin ia akan menyerupai burung hidup biasa.

Soalan Kedua
Kalau patung burung itu khurafat, kenapa Nik Aziz menghadiri majlis itu ? Bukankan larangan Allah s.w.t. lebih utama daripada perintah raja manusia ?
Nik Aziz dengan jelas telah mengeluarkan kenyataan bahawa patung burung petalawati itu khurafat. Adakah dia berpendapat menghadiri majlis yang diselitkan dengannya sebagai makruh ? Para ulama' hanya memakruhkan menghadiri majlis walimah (kenduri kahwin) kalau ia diselitkan dengan unsur haram. Tetapi bagi majlis-majlis lain selain daripada walimah, adalah haram dihadiri kalau diselitkan dengan unsur-unsur haram.
Kita pertanggungjawapkanlah sahaja kepada Nik Aziz untuk menjawap kenapa dia menghadiri majlis itu. Tak perlu kita mengampu dan mempertahankan beliau dengan pelbagai alasan seolah-olah dia itu maksum. Itu sahaja bentuk jawapan yang saya hendak daripada En Buku. Tetapi memang dasar orang-orang seperti En Buku ini tidak akan menjentik walau sedikit pun pemimpin keramat mereka walaupun jelas pemimpin itu bersimpang-siur mindanya.
Soalan Ketiga
Bagaimana pula dengan khurafat aqidah baru "Allah mencarut" (na'uzubillahi min zalik) ciptaan Nik Aziz ?
Orang-orang PAS sibuk dengan khurafat burung petalawati, khurafat slogan "Tak Melayu Hilang Di Dunia", khurafat anggapan bahawa hanya UMNO yang boleh memerintah Malaysia, dan macam-macam lagi. Tetapi khurafat yang menyentuh terus kepada zat Allah s.w.t., iaitu khurafat "Allah mencarut", dibiarkan sahaja, malah disokong dan diampu.
Saya tangguhkan jawapan untuk soalan ini kerana ini adalah salah satu peluru terbaik saya yang sudah sekian lama tidak boleh dijawap oleh orang-orang seperti En Buku. Saudara-saudara semua mungkin sudah boleh meramalkan apa yang bakal saya tulis. Tapi kita tengoklah nanti apa yang akan saya tulis.
Wallahu'a'lam.
Muhazam Mustapha