Idealis Mahasiswa
 
 

Zulkifli Sulong Buka Pekung Gerakan Pelajar Islam


Hit = [ ]

oleh Pena Sakti

Apabila membaca tulisan Zulkifli Sulong (Ketua Pengarang Harakah) dalam kata pengantar buku "Anwar Ibrahim, Doa dan Air Mata," (penerbitan Muttaqin, cetakan 2001-dikendalikan oleh Muttaqin Amaludin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, juga penerbit majalah Tamadun), telah berjaya membuka pekung, apa yang berlaku dalam gerakan pelajar Islam lewat 70-an.

Sesuai dengan tulisan yang didedikasikan kepada Anwar Ibrahim, tulisan Zulkifli banyak menceritakan tentang kehebatan tokoh pujaannya itu. Sebagai pelajar baru dan peminat serta penggerak pelajar Islam UM, mengakui beliau sebenarnya, termasuk dalam golongan pelajar yang mudah terpengaruh dengan penampilan personaliti luaran terutamanya terhadap Anwar, yang dikaguminya, hasil salam dan renungan mata kali pertama.

Penulis juga menjelaskan mengenai sikap tamak Anwar yang memperkudakan Islam dengan memperalatkan PBMUM, PKPIM dan ABIM untuk melonjakkan diri sebagai tokoh politik.

Apabila Anwar masuk parti UMNO maka wujudlah label 'jelas' dan 'tidak jelas'.

Mereka yang menyokong Anwar masuk UMNO dilabelkan 'tidak jelas' manakala yang menentang kemasukan Anwar(sokong PAS) dilabelkan 'jelas'

Oleh kerana untuk menentang golongan yang 'tidak jelas' ini, maka penulis telah menggabungkan dan menggerakkan persatuan pelajar Islam(PMI), sehingga sanggup tidak hadir kuliah dan toturial.

Atas semangat dan perjuangannya itu, penulis telah terkeluar daripada universiti tanpa berjaya menghabiskan pengajiannya.

Sebagai meneruskan kesinambungan perjuangan PMI, maka penulis memilih untuk berkecimpung dalam parti PAS.

Rupa-rupa, setelah 20 tahun berjuang dalam parti itu, penulis mula menyedari bahawa label 'tidak jelas' yang dituduh kepada golongan proUMNO sebelum ini sebenarnya terkena ke atas batang hidungnya sendiri.

Barangkali maksud 'tidak jelas' yang dimaksudkan ke atas penulis itu membawa makna walaupun PAS berjuang 50 tahun untuk menegakkan negara Islam(dengan sokongan padu penulis selama 20 tahun) tetapi perjuangannya tidak kesampaian hingga kini. Bayang-bayang 'negara Islam' tajaan partinya itu belum kelihatan meskipun memakan separuh usia perjuangannya.

Penulis meluahkan nada kekesalan kerana tidak dapat menghabiskan pengajian di menara gading, oleh kerana terlalu mengikut emosi dan semangat perjuangan Islam.

Walaupun, rakan-rakan seangkatan dalam kampus kini menjadi orang ternama, penulis hanya mampu meneruskan karier di meja akhbar tabloid Harakah, organ utama partinya.

Partinya tidak mampu membayar lebih daripada itu, walaupun penulis sebelum ini terpaksa mengorbankan air mata dan harga diri.

Untuk penulis kembali semula ke zaman 20 tahun yang silam adalah mustahil.

Apa yang boleh dibuat, hanyalah terus menggantungkan sebuah 'pengharapan' sebagaimana yang dilakukan 20 lampau, dan meneruskan saki-baki perjuangannya yang masih ada, yang tidak dipastikan sampai bila.

Tulisan Zulkifli Solong,- 25 April 2001, dalam buku "Anwar Ibrahim, Doa dan Air Mata"

Kehebatan Anwar: Pada Pidato, Salam & Mata

Saya tidak terkejut, kalau ada mana-mana pihak yang berkata, kehebatan perhubungan dengan Anwar Ibrahim bermula dari kali pertama orang itu bersalam dengannya. Apabila bersalam dengan Anwar, kita akan terasa dihargai oleh beliau. Dia akan genggam erat tangan kita dan matanya bersinar mata kita dengan mulut manisnya bertanya ' apa khabar'. Inilah permulaan saya berkenalan dengan Anwar 20 tahun yang lalu.

Ketika itu Anwar adalah Presiden ABIM dan saya adalah pelajar baru di Universiti Malaya. Kerana ikutkan rakan-rakan, saya menyertai satu ceramah yang diberikan oleh Anwar di Masjid Ar Rahman, di depan pintu masuk UM. Ketika itu ceramah yang diberikan oleh Anwar penuh dengan kata-kata bombastik yang sebenarnya saya sendiri kurang faham apakah maknanya. Tetapi cara penyampaian yang menarik membuatkan kita terpengaruh untuk terus mengaguminya.

Hasil salam pertama itulah menghasilkan suatu penilaian tinggi untuk Anwar. Kita terasa dihargai oleh beliau dengan cara salamnya. Sejak itulah, kami pelajar baru UM ketika itu mula mengagumi Anwar. Beliau menjadi pemimpin dengan cara salamnya itu.

PBMUM-PKPIM-ABIM-RUMAH CONCITA ALAT ANWAR

Beliau menjadi pemimpin yang dikagumi dan menjadi sumber inspirasi perjuangan mahasiswa, untuk itu kami mendekati ABIM yang dipimpin serta pertubuhan yang menjadi jaringannya seperti PKPIM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM). Aktiviti kami pula tertumpu di rumah sewa persatuan yang dinamakan Concita. Di sini, segala kader ABIM dari UM berkumpul saban waktu apabila hari cuti serta selepas kuliah." Tetapi segala-galanya berubah pada 29 Mac 1982 apabila Anwar mengumumkan keputusannya untuk menyertai UMNO. Ini dibuat selepas mesyuarat panjang di pejabat ABIM di Jalan Pantai Baru."

Anwar Masuk UMNO: Wujud Label Jelas dan Tidak Jelas

Keputusan ini(Anwar masuk UMNO) umpama ledakan bom kepada kami kalangan pelajar UM ketika it. Hasilnya, kami berpecah dua sebagaimana kalangan pimpinan ABIM ketika itu berpecah dua. Fenomena ini dinamakan 'jelas' dan'tidak jelas'. Mereka yang menyokong Anwar menyertai UMNO dilabelkan sebagai'tidak jelas' manakala kumpulan yang menolak dan membantah tindakan Anwar itu dinamakan 'jelas

Sehingga sekarang, krisis jelas dan tidak jelas ini masih menghantui kami pelajar UM ketika itu. Kerana terbawa-bawa dengan tempo politik dalam jamaah ketika itu, ia telah menyebabkan sebahagian dari kami mengabaikan pelajaran masing-masing.

Masa banyak kami habiskan untuk menganjur dan menyertai program-program dalaman untuk memperjuangkan pendekatan masing-masing.

Akibat dari tindakan Anwar menyertai UMNO, PAS pula telah mengambil pendekatan untuk masuk sendiri ke kampus-kampus samada dalam atau luar negeri. Saya masih ingat kenyataan Ketua Pemuda PAS ketika itu, Haji Mustafa Ali kalau dahulu kita menganggap Abim adalah sayap PAS dan menyerahkan kepada Abim untuk bergerak di kampus-kampus, kini PAS terpaksa bergerak sendiri.

Hasilnya, PAS telah masuk sendiri ke kampus. Di UM, kamilah yang menjadi penggerak PAS ketika itu. Kami menganjurkan usrah sendiri, qiamulail, ceramah dan sebagainya. Saingan kami dalam merebut hati pelajar Islam terutama yang baru masuk adalah kumpulan tidak jelas yang banyak bergerak di atas platform Abim dan PKPIM ketika itu. Kalau sebelum itu, saingan kami adalah kumpulan tabligh, al-Arqam serta IRC (kini JIM), kini bertambah satu lagi iaitu kumpulan tidak jelas itu. Dalam gerakan politik kampus pula, kami menyertai pilihanraya kampus, berebut dengan lain-lain kumpulan untuk menguasai Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Tidak hairanlah, hasil kerja kuat, kumpulan kami sentiasa menang pilihanraya kampus sehinggalah sekarang. Ketika itu saya masih ingat lagi Presiden PMUM adalah Ahmad Sabery Chek(sesi 1981/82-kini menjadi pekerja setia Ku Li selepas aktif dalam PAS). Rajen Devara, Sekarang adalah Setiausaha Eksekutf BA. Dulunya adalah salah seorang exco PMUM yang bersama dalam barisan kepimpinan PMUM di bawah Ahmad Sabery Chek. (sebenarnya idea pergerakan pelbagai kaum BA ini dilaksanakan sejak dalam kampus UM pada awal tahun 1980an lagi).

PAS Mula Menguasai Kampus

Yang pasti, penyertaan Anwar ke dalam Umno yang menghasilkan fenomena jelas dan tidak jelas ini telah menghasilkan kesan positif dan negatifnya.Yang positifnya adalah, PAS mula menuai hasil kerjanya di kampus-kampus universiti mulai tahun1980an sekarang ini. Bukan sahaja hampir kesemua persatuan kampus dikuasai oleh kader PAS sehingga kini, bahkan juga PAS kini dipenuhi oleh tenaga-tenaga profesional yang menyerap masuk hampir kesemua jabatan kerajaan serta syarkat-syarikat serta badan-badan profesional di negara ini.

Penulis Juga Termasuk Golongan Tidak Jelas

Yang negatifnya adalah kepada diri saya serta orang semacam saya. Kerana asyik berpesatuan dan giat dalam kampus, pelajaran terabai dan ditendang keluar dari kampus UM. Ada juga yang tidak masuk sebahagian peperiksaan untuk memastikan kerajaan yang (pemberi biasiswa) tidak mengikat bagi bekerja denganya. Ada juga tidak pergi terus peperiksaan akhir kononnya bagi memastikan tidak terikat dengan kerajaan dan dapat bekerja sepenuhnya dalam jamaah."

Tetapi, saya tabik sehingga kini rakan-rakan jamaah yang mendapat kejayaan gemilng dalam akademik walaupun tidak kalah aktif berbanding yang lain. Antaranya termasuklah Zulkifli Yusof, Presiden PMUM yang mendapat ijazah kelas pertama.

Bukan saya seorang yang terperangkap dalam fenomena jelas dan tidak jelas ini tetapi beberapa orang yang kini sudah menjadi orang-orang besar dalam bidang masing-masing. Saya sendiri di Harakah, Syed Putra Syed Ahmad (Ketua Pemberita Harakah), Husam Musa (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Azmi Ali (Peguam) dan beberapa pegawai kanan kerajaan sekarang yang tidak boleh saya sebutkan nama mereka di sini.

Muslihat Fadzil Noor Sokong Anwar

Sebagai wartawan , saya mempunyai penilaian tersendiri terhadap perhubungan Anwar dan Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor. Setahu saya, Fadzil Noor adalah timbalan Presiden Abim ketika Anwar ditahan di bawah ISA. Dalam muktamar Abim ketika itu, Ustaz Fadzil lah yang telah memberkan ucapan dasar bagi mengantikan Anwar.Saya juga diberitahu, kemasukan ustaz Fadzil dan Nakhaie Haji Ahmad ke dalam PAS adalah hasil keputusan yang dibuat oleh Abim sendiri yang dpimpin oleh Anwar pada ketika itu.

Bahkan ada yang berkata, kemasukan Anwar dalam Umno juga adalah sebahagian strategi Abim untuk menguasai politik orang Melayu. Uztaz Fadzil di PAS dan Anwar menguasai Umno. Selepas itu, kedua-dua parti orang melayu itu dicantumkan. Belum perkara itu menjadi kenyataan, Anwar disingkirkan dari Umno. Benar atau Tidak, tidak dapat saya pastikan.Yang pasti, ketika berada dalam Umno, Anwar adalah musuh PAS nolmbor satu.

Jika Anwar berceramah dan menyerang PAS. Serangan Ustaz Fadzil terhadap Anwar tidak kalah hebatnya. Ketika Anwar bertukar Kementerian dari Kebudayaan dan Kesenian ke Pertanian, Ustaz Fadzil mengandaikanya dengan berkata" dia bertukar menteri tari menari kepada menteri yang menjaga kerbau lembu.

Bagaimanapun, apabila Ustaz Fadzil Noor masuk ke wad di Hospital Kuala Lumpur suatu ketika dahulu untuk membedah matanya (ketika itu Anwar TPM), Anwarlah antara tetamu awal Usatz Fadzil. Begitu juga jika pulang ke Pulau Pinang. Antara perkara awal yang dibuat oleh Anwar adalah mengunjungi Tuan Haji Yusuf Rawa, Mursyidul Am PAS ketika itu.

Saya juga masih ingat lagi, ketika anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno, Ustaz Fadzil Noor adalah antara pemimpin awal yang berkunjung ke rumahnya di Bukit Damansara.

Tindakan yang dibuat oleh Ustaz Fadzil ini bukanlah satu langkah yang mudah. Ini kerana, kerana lawatan itu, Ustaz Fadzil di belasah teruk oleh rakan-rakannya di dalam PAS termasuk kepimpinan PAS kedah sendiri.

"Tetapi terbukti , tindakan Ustaz Fadzil ini bukan sekadar didorong oleh hubungan peribadi antara beliau dengan Anwar yang tidak pernah putus tetapi juga kepentingan jamaah dan parti PAS.Saya masih ingat lagi, bagaimana saya juga turut diserang kerana bersama Ustaz Fadzil ke rumah Anwar ketika itu. Saya mempertahankannya dengan berkata, "terbukti harakah yang dahulunya dicetak 75,000 naskah sahaja kini (akhir tahun 1998) sudah menjangkau 300,000 lebih. Ahli PAS yang hanya 450,000 sebelum itu kini menjangkau lebih 800,000."

Kesimpulan

Kini semua sudah berakhir. Perpecahan akibat peyertaan Anwar ke dalam Umno telah selesai. Bukan setakat PAS dan Abim bersatu kembali tetapi juga turut bersatu adalah IRC (kini JIM). Walaupun Anwar masih menanti dalam penjara, tetapi masa untuk kemenangan sudah jelas kelihatan.





Copyright © 2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved