Idealis Mahasiswa
 
 

Universiti Tidak Cukup Maklumat Atau Tidak Peka ?


Hit = [ ]

oleh Siswa Jihad

Apabila diajukan soalan kenapa pihak universiti tidak mengambil tindakan tatatertib ke atas kesalahan pelajar, maka secara sepontan jawapannya "pihak universiti tidak cukup maklumat untuk bertindak". Sebab itu wujud ketidakselarasan hukuman di antara IPTA, walaupun di atas kes yang sama.

1. Penglibatan dalam Pertubuhan Haram-GAMIS (AUKU-Seksyen 15)

Di UUM, Shazwan Dzulkifli (Naib Presiden GAMIS), dihukum gantung 3 semester. Di USM, Kamarulzaman Abdullah (Presiden GAMIS), hanya diberi amaran keras oleh universiti berkenaan.

Sebaliknya, di UM, Muhamad Faisal Abdul Rahman(Setiausaha Agung GAMIS), UKM, Muhamad Hafiz Abd. Halim (timbalan presiden GAMIS), UIA, Nasir Mahtab (Naib presiden 1), dan UTM, Nazri Hj. Din(naib presiden 4 GAMIS) tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

2. Penglibatan dalam Pertubuhan Haram-BBMN (AUKU-Seksyen 15)

Di UUM, Nur Helmi Jamil (Naib Pengerusi 1 BBMN), dikenakan hukuman gantung 1 semester. Di UIA, Ahmad Fadzly Yusof (Presiden BBMN), diberi surat tunjuk sebab dan amaran.

Sebaliknya, di UM, Mohd. Fuad Mohd. Ikhwan (Timbalan Presiden BBMN); UTM, Mohd. Mushrif Abdullah (Naib Presiden 2 BBMN); UKM, Mahadi Sukarno (Setiausaha BBMN); USM, Izwandy Idris (AJK BBMN); UPM, Nasri Muarat (AJK BBMN) tidak dikenakan sebarang tindakan.

3. Penglibatan Membuka Laman Web Haram (AUKU-tiada seksyen)

Di UUM, Rizal Mohd. Anan, dibicarakan semula oleh mahkamah universiti itu kerana kesalahan membuka laman web (sintok.com) tanpa mendapat kebenaran naib canselor.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden MPPUUM 1998/1999, pernah digantung selama satu semester kerana terlibat membantu pilihanraya kecil Arau(1998). Pelajar tahun akhir jurusan perakuanan itu juga telah dijatuhkan hukuman gantung tiga semester pada 14 Mac 2000 kerana dituduh menjatuh nama baik pelajar dan maruah universiti.
(http://www.malaysiakini.com/News/2000/03/2000032903.php3)

Tetapi berbeza dengan IPTA lain.

PMIUM yang membuka laman web yang secara jelas mengandungi unsur-unsur antikerajaan dan mencemar nama baik universiti tidak dikenakan sebarang tindakan. Begitu juga dengan laman web PMIUPM, PMUIA, PMIUSM dan PMIUTM.

Laman web DEMA yang majoriti terdiri daripada pelajar Cina UTM dan laman web PKPIM yang terdiri daripada gabungan pelajar IPTA juga tidak pernah diambil tindakan disiplin.

Lampiran Pertubuhan pelajar dan laman web

1. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) (http://pmium.8m.com)

2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (https://members.tripod.com/pkpim)

3. Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju (GMWM) (http://wanted81.tripod.com/index1.html)

4. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) (http://dema1998.tripod.com/)

5. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) (http://pmiupm.tripod.com)

5. Persatuan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (PMUIAM) (http://srciium.hypermart.net)

6. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) (http://pmiusm.cjb.net)

7. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) (http://www.utm.my/utm/pmi/pmi.htm)

8. Persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) (http://pmram.hypermart.net)

4. Kesalahan Membuat Kenyataan Haram di Internet

Setakat ini, UUM dan UiTM memanggil pemimpin pelajar mereka untuk disoalsiasat mengenai kesalahan mengeluarkan kenyataan di internet.

Husnul Hadi, Naib Yang Dipertua MPPUUM, menafikan pernah menerbitkan artikelnya di portal malaysiakini, setelah disoalsiasat oleh pihak universiti. (http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/06/2001063007.php3)

Nazrul Fazami Mohamad, Yang Dipertua MPPUiTM, juga dipanggil oleh pihk universiti berkaitan dengan kenyataan mengecam AUKU, di laman web mahazalim.net (http://www.mahazalim.net/jul01/110701xad.html). Kedua-dua pemimpin pelajar itu telah membuat laporan polis untuk menyiasat dalang disebalik tulisan internet itu.

Selain itu, universiti lain kurang memberi perhatian terhadap kenyataan pimpinan pelajar di internet.

Lampiran Kenyataan Internet

1. Kenyataan PMIUM Menyelar Pentadbiran UiTM Tarikh : Jun 2001 Penulis : Muhd. Faisal Abdul Rahman(PMIUM) Laman web : mahazalim.net (http://www.mahazalim.net/jun01/250601zan.html)

2. Kenyataan MPMUM tidak bersetuju perketat AUKU Tarikh : Julai 2001 Penulis : Aznur Hafeez Kaswuri(Timbalan Presiden MPMUM) Laman web : pmium.net (http://pmium.8m.com/keny002.htm)

3. Kenyataan MPMUM Desak Pemimpin UMNO Minta Maaf Tarikh : 4 Julai 2001 Penulis : Mohd. Fuad Mohd. Ihwan(Presiden MPMUM) Laman web : malaysiakini.com (http://www.malaysiakini.com/News/2001/07/2001070413.php3)

4. Kenyataan PMIUM-Mengecam Puteri UMNO Tarikh : 30 Jun 2001 Penulis : Mohd. Hamidi Zakaria(Setiausaha PMIUM) Laman web : berita keadilan online (http://www.berita-keadilan.net/press/bm/100701pmium.htm)

9. Kenyataan PMIUM -ISA Alat Untuk Diamkan Rakyat Tarikh : 11 April 2001 Penulis: Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM) Laman web : malaysiakini.com (http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001041115.php3)

10. Kenyataan PMIUM-Tuduh 4% PTPTN Riba Tarikh : 3 Mac 2001 Penulis : Mohd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM) Laman web : dema1998.tripod (http://dema1998.tripod.com/news/007.htm)

11. Kenyataan PMIUM-Tuduh Pemuda UMNO Tidak Berwibawa Tarikh : 21 Februari 2001 Penulis : Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM) Laman web : dema1998.tripod (http://dema1998.tripod.com/news/002.htm)

12. Kenyataan PMIUM-Sokong Keputusan Hakim Mahkamah Shah Alam Tarikh : 3 Jun 2001 Penulis : Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM) Laman web : pmium.net (http://pmium.8m.com/berit007.htm)

13. Kenyataan PMIUM-Bantah 10 Tahanan Bawah ISA Tarikh : 3 Jun 2001 Penulis : Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM) Laman web : pmium.net (http://pmium.8m.com/berit003.htm)

14. Kenyataan HIUIAM- Menuduh Tangkapan ISA-Taktik Pilihanraya Tarikh : 22 Juali 2001 Penulis : Nasir Mahtab(Presiden HIUIAM) Laman web : parti-pas.org (http://www.parti-pas.org/utama/28sep_gamis.html)

15. Kenyataan PMIUSM-Mengecam Sekolah Wawasan Tarikh : 5 Disember 2000 Penulis : Kamarulzaman Abdullah (Presiden PMIUSM) Laman web : harakahdaily.com (http://harakahdaily.com/Dis/m5dis2000_2.shtml)

17. Kenyataan PMUKM -Desak Hadap Tahanan ISA ke Mahkamah Tarikh : 13 April 2001 Penulis: Abdullah Abd. Karim (Setiausaha MPPUKM) Laman web : harakahdaily (http://harakahdaily.com/Apr/L13apr2001_14.shtml)

18. Kenyataan MPPUSM-Kecam Penahanan Pelajar Bawah ISA Tarikh : 12 Julai 2001 Penulis : Izwandy Idris (Preiden MPPUSM) Laman : Mahazalim.net (http://www.mahazalim.net/jul01/120701xac.html)

19. Kenyataan MPPUIAM-Tuduhan Pelajar Militan Jahat Tarikh : 1 Ogos 2001 Penulis : Ahmad Fadzli Jusoh (Presiden MPPUIAM) Laman : Detikdaily (http//detik.daily.tripod.com/ogosa/1ogos_1.htm)

20. Kenyataan MPPUPM-Tuduh Pelajar Militan Rekaan Tarikh : 6 September 2001 Penulis : Mahadi Muarat (Presiden MPPUPM) Laman : Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/News/2001/09/2001090615.php3)

21. Kenyataan MPPUKM-Kecam Rais Yatim Tarikh : 15 Julai 2001 Penulis : Mahadi Sukarno (Presiden MPPUKM) Laman : Berita-Keadilan.net (http://www.berita-keadilan.net/bmelayu/berita/150701raisbukti.htm)





Copyright © 2002 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved