Cabaran
Meritokrasi kepada Pelajar-Pelajar Melayu
oleh
Ramlah Abd. Wahab
Majalah
Minda, April 2000, hlm. 42-44
UNSUR-UNSUR
kebimbangan jelas tertera dalam kebanyakan ulasan yang dikemukakan
oleh pelbagai pihak mengenai cadangan Kerajaan menggunakan
dasar meritokrasi bagi pemilihan pelajar-pelajar ke institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) dan yang akan diberi pelbagai
bantuan dan kemudahan tambahan setelah terpilih. Malah ada
pihak yang turut menyatakan kecemasan masing-masing akan implikasi
penggunaan dasar itu. Kononnya, penggunaan dasar meritokrasi
akan menyekat peluang pelajar-pelajar Melayu (Bumiputera).
khususnya mereka yang datang dari luar bandar, untuk melanjutkan
pelajaran masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Kononnya,
penggunaan dasar meritokrasi ini juga akan menyebabkan kuota
kemasukan pelajar-pelajar Melayu yang ditetapkan pada kadar
55 peratus tidak akan dapat dipenuhi. dan dengan demikian
akan diisi oleh pelajar-pelajar bukan Melayu (bukan Bumiputera)
yang jumlahnya hanya 701 ribu (14.7%) di Sekolah Menengah
Kebangsaan berbanding dengan 4.1 juta (85.30/o) pelajar Melayu
(Bumiputera).
Pada
masa yang sama. ada pula pihak yang mendakwa bahawa tindakan
menggunakan dasar meritokrasi adalah keterlaluan dan tergesa-gesa.
Kononnya tindakan ini adalah tindakan "membalas dendam"
oleh Kerajaan ke atas segelintir pelajar Melayu yang mengabaikan
tanggungjawab masing-masing sebagai pelajar dan bersikap memusuhi
pemerintah dan pihak berkuasa. Kononnya tindakan ini juga
bertujuan untuk mengekang unsur-unsur anti kerajaan daripada
meresapi IPTA dan meracuni pemikiran para pelajar di institusi-institusi
berkenaan.
Tidak
syak lagi. sebahagian daripada unsur-unsur kebimbangan, kecemasan,
dan dakwaan ini berpunca daripada kekeliruan mengenai dasar
meritokrasi yang akan dilaksanakan itu. Apatah lagi kerana
sehingga kini pun perincian mengenai penggunaan dan pelaksanaan
dasar meritokrasi tersebut masih belum diperjelaskan oleh
Kerajaan. khususnya oleh Jawatankuasa Khas Kabinet yang dibentuk
untuk mengkaji dan menyelaraskan penguatkuasaannya di peringkat
nasional. Walau bagaimana pun. seperti yang ditegaskan oleh
YAB. Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
"tujuan meritokrasi adalah bagi memastikan negara dapat
menghasilkan pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dalam bidang
pendidikan." (UM/15.8.2001).
Merujuk
kepada penegasan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri ini, maka
bolehlah diandaikan bahawa dasar meritokrasi yang akan dikuatkuasakan
itu tidak akan berprinsipkan pemilihan terbuka (opened selection)
berdasarkan kriteria-kriteria dan tahap pencapaian yang ditetapkaa
tetapi lebih merupakan pemilihan terancang (programmed selection)
berdasarkan syarat-syarat yang diunjurkan selaras dengan matlamat
"membangunkan masyarakat dan bangsa Melayu yang kuat
serta memiliki budaya tahan dan daya saing yang tinggi."
Sekiranya andaian ini benar, maka dasar meritokrasi yang akan
dilaksanakan ini tidak akan secara langsung memberi sebarang
implikasi kepada sistem kuota yang sedia ada, sebalikhya mewujudkan
rangsangan di kalangan para pelajar Melayu untuk bersaing
di antara satu sama lain.
Dengan
tidak berteraskan prinsip pemilihan terbuka, dasar meritokrasi
yang akan dilaksanakan mungkin tidak setulin dasar atau sistem
yang dipelopori oleh pihak-pihak yang berpandapat bahawa sesiapa
sahaja (sama ada pelajar Melayu atau pelajar bukan Bumiputera)
sepatutnya diberi peluang yang sama berdasarkan kemampuan.
kebolehan dan kecapaian masing-masing. Menurut para pelopor
itu. peluang yang sama ini akan menjana semangat juang yang
lebih tinggi dan berterusan dan dengan demikian menjamin terhasilnya
kecemerlangan kerana mereka yang akan berjaya sudah pasti
terdiri daripada individu-individu yang mempunyai kebolehan
kemampuan dan kecapaian yang tertinggi. Penguatkuasaan dasar
meritokrasi yang berprinsipkan pemilihan terbuka, menurut
para pelopor itu lagi. akan mewujudkan sistem persaingan bebas
yang adil dan saksama, khususnya kerana kriteria-kriteria
dan tahap pencapaian yang ditetapkan itu boleh berfungsi sebagai
suatu tapisan untuk menentukan individu-individu yang benar-benar
berkebolehan, berkemampuan, dan berkelayakan sahaja yang terpilih
melanjutkan pelajaran masing-masing.
Pelaksanaan
atau pendaulatan dasar meritokrasi yang berteraskan pemilihan
terbuka ini juga disifatkan sebagai pendekatan strategik untuk
menjana semangat juang yang lebih tinggi dan berterusan meningkatkan
iltizam keilmuan dan keintelektualan me-rangsangkan produktiviti
dan kecekapan dan dengan demikian menyemarakkan aktiviti kependidikan
cemerlang, di samping menghapuskan amalan-amalan yang menghambat
kemajuan bangsa dan negara, seperti membasmi rasuah dan pilih
kasih.
Sementara
diakui bahawa sebahagian daripada hujah atau pendapat para
pelopor dasar meritokrasi tulen itu ada kebenarannya, perlu
juga diakui bahawa prinsip pemilihan terbuka hanya sesuai
apabila setiap individu pelajar mempunyai kebolehan, kemampuan
dan kecapaian yang setara. Apabila kesetaraan ini tidak wujud.
maka persaingan bebas yang adil dan saksama seperti yang diimpikan
itu tidak akan berlaku. Apatah lagi apabila faktor-faktor
ketidaksetaraan itu banyak berpunca daripada etnik atau kaum
yang berbeza termasuklah kaum peribumi yang dari segi jumlahnya
ialah golongan majoriti.
Latar
belakang pendidikan dan pengalaman pembelajaran yang berbeza
di antara pelajar-pelajar Melayu, khasnya pelajar-pelajar
Melayu di luar bandar, dan para pelajar bukan Bumiputera,
misalnya sudah memadai untuk menghasilkan ketidaksetaraan
yang dimaksudkan. Adalah sesuatu yang naif dan keterlaluaa
apabila pelajar-pelajar Melayu. khasnya para pelajar Melayu
luar bandar yang kebanyakannya berasal dari status sosioekonomi
yang rendah diharapkan dapat bersaing secara adil dan saksama
dengan pelajar-pelajar bukan Bumiputera yang kebanyakannya
datang dari bandar-bandar dan status sosioekonomi yang tinggi.
Adalah sesuatu yang naif dan keterlaluan juga, jika mengharapkan
para pelajar Melayu luar bandar yang berlatarbelakangkan pengalaman
pembelajaran dan persekolahan yang serba kekurangaa mampu
bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Bumiputera yang kaya
dengan pengalaman pembelajaran dan persekolahan masing-masing.
Tidak
dinafikan bahawa melalui dasar meritokrasi yang berteraskan
prinsip pemilihan terbuka ini akan lahirlah pelajar-pelajar
Melayu yang benar-benar berpotensi cemerlang. dan berkebolehan
serta berkemampuan untuk memberi sumbangan bermakna kepada
kemakmuran dan kesejahteraan bangsa dan negara. Di samping
itu. para pelajar Melayu yang di lahirkan ini akan mempunyai
kredibiliti dan kualiti yang setara dengan pelajar-pelajar
bukan Bumiputera yang lain dan dengan demikian menghapuskan
sebarang prasangka tentang ketidakadilan dan pilih kasih yang
wujud dalarn proses pemilihan pelajar-pelajar memasuki 1PTA.
Tetapi
pada masa yang sama, dasar meritokrasi yang berteraskan prinsip
pemilihan terbuka ini juga akan menyebabkan lebih ramai pelajar
Melayu yang berpotensi tetapi tidak menerima peluang yang
secukupnya untuk membangunkan potensi masing-masing terpinggir
dalam arus pendidikan perdana. Dari perspektif pelajar-pelajar
Melayu yang berpotensi ini, penggunaan dasar meritokrasi yang
berteraskan prinsip pemilihan terbuka ini adalah tidak adil.
malah suatu bentuk penindasan kepada mereka yang sebelumnya
telah tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk menyaingi
pelajar-pelajar bukan Bumiputera yang kebanyakannya berpeluang
belajar di sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta berlatarbelakangkan
persekitaran pendidikan yang memberangsangkan. Dengan berasa
tertindas, pelajar-pelajar Melayu yang berpotensi ini, dan
ibu bapa masing-masing juga, akan menghadapi masa hadapan
yang suram, dan mereka akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir
yang berniat serong kepada Kerajaan dan pemerintah.
Dalam
pada itu imbangan pelajar-pelajar Melayu dan bukan Bumiputera
di IPTA tidak akan mencerminkan komposisi penduduk yang sebenarnya
sehingga mewujudkan suasana yang tidak kondusif kepada usaha
membina dan memperkukuh integrasi na-sional. Persoalan siapa
mendominasi siapa akan menjadi isu yang sukar diselesaikan
dan seterusnya menjadi "duri dalam daging" kepada
bangsa dan negara. Mungkin akan ada yang berpendapat bahawa
apa yang dijangkakan ini hanyalah suatu persepsi negatif yang
berdasarkan sikap pesimisme semata-mata dan tidak berdasarkan
hakikat bahawa pelajar-pelajar yang dihasilkan melalui dasar
meritokrasi yang berprinsipkan pemilihan terbuka itu adalah
mereka yang berkebolehaa berkemampuan dan mempunyai pencapaian
akademik yang cemerlang. serta boleh berfikir secara bijaksana
dan matang. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa kewuju-dan
sekumpulan rakyat yang elitis dan bijaksana, bukan jaminan
kepada kesejahteraan dan kemakmuran bangsa dan negara, apatah
lagi sekiranya anggota kumpulan itu tidak mempunyai semangat
perpaduan dan perasaan patriotisme yang mantap.
Jangkaan
yang pesimistik itu boleh diabaikan apabila tidak wujud lagi
jurang perbezaan yang luas di antara kebolehan kemampuaa dan
kecapaian pelajar-pelajar Melayu dan bukan Bumiputera, yakni
setelah para pelajar Melayu, khususnva yang berasal dari luar
bandar dan kawasan-kawasan setinggan, memperolehi peluang
dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang setara. Malah,
apabila kebolehan, kemampuan, dan pencapaian para pelajar
Melayu dan bukan Bumiputera telah menjadi setara maka jangkaan-jangkaan
yang pesimistik itu wajib dihapuskan. Tegasnya. apabila kesetaraan
itu telah berjaya diwujudkan, maka dasar meritokrasi yang
berteraskan pemilihan terbuka ke IPTA perlu dilaksanakan demi
merealisasikan matlamat pembangunan kecemerlangan yang berterusan.
Tetapi sehingga kini, kesetaraan itu masih belum menjadi kenyataan.
Satu-satunya
langkah strategik yang ada untuk mewujudkan kesetaraan yang
dimaksudkan ialah dengan mempertingkatkan secara beransur-ansur
kebolehan, kemampuan dan kecapaian para pelajar Melayu itu.
Maka untuk tujuan ini. pelaksanaan dasar meritokrasi yang
berteraskan prinsip pemilihan terancang mungkin boleh menghasilkan
perubahan-perubahan yang positif. Dengan meningkatkan sedikit
tahap pencapaian minimum yang dijadikan syarat kemasukan pelajar-pelajar
Melayu ke IPTA, peluang bagi mereka yang berpotensi dan yang
sanggup berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melanjutkan
pelajaran masing-masing ke tahap yang lebih tinggi tidak akan
banyak terjejas, walau pun persekitaran pendidikan dan pengalaman
pengajaran dan pembelajaran yang mereka alami sebelumnya tidak
begitu kondusif dan memberang-sangkan. Dasar meningkatkan
secara berperingkat-peringkat tahap pencapaian minimum ini
juga akan mengobarkan semangat para pelajar Melayu tersebut
untuk berusaha dengan lebih gigih dan dengan komitmen yang
lebih tinggi.
Pelaksanaan
dasar meritokrasi yang berprinsipkan pemilihan terancang ini
turut memberi ruang kepada pihak berkuasa mmantau implikasi
secara langsungnya ke atas kadar kemasukan para pelajar Melayu
ke IPTA, khususnya untuk memastikan bahawa sistem kuota yang
sedia ada tidak mengalami penurunan yang drastik. Dengan demikian,
usaha meningkatkan kualiti para pelajar Melayu yang berjaya
memasuki IPTA akan dapat dilaksanakan sambil memastikan sistem
kuota yang sedia ada dikekalkan. Pada masa yang sama, tahap
pencapaian minimum yang ditingkatkan sedikit itu boleh dijadikan
indikator kepada kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah, khasnya di sekolah-sekolah
dalam kawasan setinggan dan di luar bandar. Misalnya, jika
dengan hanya meningkatkan sedikit tahap pencapaian minimum
tersebut menyebabkan bilangan pelajar-pelajar Melayu yang
berjaya terpilih ke IPTA berkurangan dengan banyaknya, maka
ini menggambarkan kemungkinan wujudnya unsur-unsur kelemahan
dan kepincangan dalam pelaksanaan proses dan program, serta
dasar dan pentadbiran pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan.
Jika
demikian halnya, maka tindakan-tindakan pembaikan boleh dirumuskan
dan dilaksanakan dengan segera. Tindakan-tindakan pembaikan
yang segera dan berterusan ini akan secara langsung meningkatkan
pengalaman pengajaran dan pembelajaran di kalangan para pelajar,
dan dengan demikian menjadi faktor penyumbang kepada pemilihan
para pelajar untuk memasuki IPTA. Maka dalam konteks ini,
dasar meritokrasi yang berprinsipkan pemilihan terancang ini
seharusnya mencabar para pentadbir dan guru-guru supaya berusaha
dengan lebih cekap dan kreatif serta dengan komitmen yang
lebih besar.
Pihak
yang lebih wajar berusaha dengan kuat dan gigih tentulah para
pelajar Melayu itu sendiri. Sikap sambil lewa dan enggan bersusah
payah mencapai kejayaan, dalam apa keadaan sekali pun, tidak
akan menjadikan seseorang itu cemerlang. Maka dasar meritokrasi
yang akan dilaksanakan perlu dijadikan cabaran untuk membuktikan
bahawa dengan kemampuan, kebolehan, dan kecapaian yang tinggi,
segala persaingan boleh dimenangi, dan segala rintangan boleh
diatasi.
Halaman Utama