Harian Metro, 28 Februari 2002
AMPANG: Kumpulan pelajar wanita `gila seks'
dipercayai memperolehi
pendapatan lumayan apabila terbabit dalam kegiatan
maksiat dengan
membenarkan pelanggan meraba payu dara dan bahagian
kemaluan mereka hanya
dengan bayaran di antara RM1 dan RM2.
Kegiatan yang membabit pelajar wanita itu dikesan di
beberapa sekolah
menengah di Ampang dan dikatakan semakin membimbangkan
pengurusan sekolah
kerana ada antara mereka yang sudah terjebak dalam
kancah pelacuran.
Bayaran RM1 bagi setiap payu dara yang diraba
pelanggan yang membabitkan
pelajar lelaki dan orang luar itu menjadi antara cara
pelajar terbabit
untuk mendapat wang dengan mudah.
Pelajar terbabit bijak menipu ibu bapa mereka dengan
memberikan pelbagai
alasan termasuk kononnya menghadiri aktiviti
kokurikulum di sekolah setiap
hari bagi memudahkan kegiatan tidak bermoral itu
dilakukan.
Kebanyakan pelajar menjalankan kegiatan itu selepas
waktu sekolah, lebih
gemar memakai seluar panjang supaya dapat mengenakan
bayaran lebih mahal
bagi setiap gerakan yang cuba dilakukan pelanggan.
Mereka mengenakan RM1 bagi gerakan membuka zip
seluar dan tambahan RM2
jika berhasrat untuk meraba bahagian kemaluan dan
bayaran lain jika
pelanggan berminat untuk berasmara di ranjang.
Ketika mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, berkata beliau
menerima banyak
aduan daripada ibu bapa dan orang ramai mengenai
perbuatan terkutuk itu.
Dr Maamor berkata, kegiatan itu sudah lama berlaku
tetapi sukar diatasi
pengurusan sekolah kerana pelajar wanita terbabit
pandai berpura-pura
serta berselindung di sebalik tudung kepala.
"Saya difahamkan kebanyakan pelajar itu kurang
cemerlang dalam pelajaran
dan menghadapi masalah keluarga sehingga memaksa
mereka melakukan
perbuatan itu bagi mendapatkan wang untuk berseronok.
"Malah kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui kegiatan
anak mereka ini
kerana terlalu percaya selain tidak mempunyai masa
untuk menyelidiki
perlakuan anak mereka itu," katanya kepada Harian
Metro.
Beliau berkata, gejala pelajar `gila seks' ini
banyak dibantu oleh
kewujudan cakera padat video lucah (VCD) dan buku
lucah yang bersepah di
pasaran.
Menurutnya, apa yang membimbangkan ada antara
pelajar terbabit yang
ditaja oleh bapa ayam yang menjadikan mereka pelacur
atau `call girl '
yang dilengkapi dengan motosikal dan telefon bimbit
bagi memudahkan mereka
bergerak untuk melayan pelanggan.
"Pelajar terbabit akan bersiar bersama kumpulan
mereka akan bergerak
sebaik saja menerima arahan daripada bapa ayam
terbabit.
"Saya percaya pelajar terbabit tidak mengenali bapa
ayam mereka yang
menggunakan orang tengah supaya kegiatan tidak
terbongkar," katanya.
Malah, Dr Maamor berkata, berdasarkan kepada keadaan
itu, beliau tidak
menolak kumpulan pelajar terbabit akan cuba
mempengaruhi pelajar wanita
lain mengikuti jejak mereka dengan menunjukkan
kemewahan yang dimiliki
walaupun berstatus seorang pelajar.
"Malah, ada antara pelajar terbabit langsung tidak
bimbang jika maruah
mereka dicabul kerana menggangap ia tidak penting.
"Apa yang mereka lihat ialah wang dan kemewahan
untuk memudahkan mereka
berseronok dengan rakan sebaya," katanya.
Menurutnya, walaupun sebelum ini, kegiatan pelacuran
dan `call girl'
membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi
tempatan (IPT) tetapi
gejala itu sudah menular ke sekolah menengah.
"Kegiatan ini terus merunsingkan kebanyakan sekolah
menengah di Selangor
dan ibu kota kerana ia semakin sukar ditangani malah
apa yang
membimbangkan ia membabit ramai pelajar Melayu.
"Pemerhatian mendapati kegiatan itu bermula di
sekolah rendah lagi
tetapi tidak dapat ditangani dengan berkesan sehingga
membawa ke peringkat
menengah mendedahkan mereka dengan pelbagai gejala
sosial sehingga
merosakkan mereka," katanya.
Dr Maamor berkata, masalah yang dihadapi pelajar
terbabit mungkin
berkaitan dengan peristiwa lalu yang sukar dilupakan
sehingga menyebabkan
mereka hilang semangat untuk belajar.
"Masalah ini perlu ditangani secara bersepadu
membabitkan ibu bapa,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pihak berkuasa
kerana ia semakin
membimbangkan," katanya.
"Ibu bapa juga diminta supaya memantau pergerakan
anak perempuan mereka
dan tidak mudah menerima alasan yang diberikan bagi
mengelakkan mereka
terjebak ke kancah maksiat yang akan merosakkan masa
depan mereka,"
katanya.
shahrul@hmetro.com.my