Oleh Hadi Awang melalui Form Penulis Tamu
Artikel ini merupakan reaksi daripada artikel yang ditulis oleh Elitis.
Sememangnya banyak persoalan yang tersembunyi disebalik kelibat Fuad
Ihkwan sebagai mantan MPP Universti Malaya yang mencetuskan reaksi
daripada pelbagai pihak berhubung tahanannya dalam ISA.
Saya merupakan salah seorang yang cukup mengenali Fuad Ikhwan dari segi
cara kepimpinannya di kampus. Beliau merupakan seorang yang agak tenang
berhadapan dan berdiskusi dengan pemimpin negara dan juga mahasiswa.
Lantaran itu dalam Majlis Perundingan Pelajar (MPPK) Fuad merupakan salah
satu pemimpin mahasiswa yang agak berani berdebat dengan YAB Timbalan
Perdana Menteri.
Sebelum tertubuhnya MPPK Fuad dan beberapa rakannya dalam GAMIS dan
BBMN yang ketika itu dibarisi pimpinan seperti Mohd Fuad Ikhwan (UM),
Ahmad Fadli Yusuf (UIA), Mahadi Sukarno (UKM), Rosli Jusoh(UNITEN), Zainal
(MMU), Musrif, Jabdin (UMS), Awang Najib (UNIMAS),(UTM),Nasri Muarat
(UPM),Iswandy Idris (USM) dan lain-lain lagi. Tetapi inilah master mind
penggerak kepada gerakan siswa sesi 2001/2002. Beberapa memorandum di
serahkan kepada Pak Lah dan juga Menteri Pendidikan. Ini termasuklah isu
AUKU, dan juga PTPTN.
Namun isu yang cukup menggegar ialah apabila Fuad Ikhwan di tahan di
bawah ISA. Ini sekaligus mencatatkan namanya sebagai orang pertama yang
ditahan di alaf baru. Tetapi persoalannya mengapa dia dibebaskan dengan
mudah?
Elitis menulis:
Tiada siapa tahu bahawa adakah dia masih mempunyai semangat idealisme
mahasiswa sebagaimana dahulu atau berpartisan ? Adakah dia bersama
mahasiswa atau pembangkang atau mungkin juga berpihak dengan kerajaan ?
Umum mengetahui selepas dua minggu ditahan dalam ISA, dia telah
dibebaskan tanpa syarat, tanpa digantung mahupun dibuang universiti.
Seolah-olah terdapat satu perjanjian yang telah dimeterai sewaktu
pembebasannya. Masalahnya sekarang, adakah dia benar-benar kembali bersama
mahasiswa atau sebenarnya dia kini telah menjadi pengintip bagi pihak polis
(Special Branch - SB) ? Jika benar sudah pasti pihak kerajaan mempunyai
rekod pergerakan kepimpinan mahasiswa yang ditemuinya sejak
pembebasannya. Sudah pasti ia akan menjadi titik hitam kepada mana-mana pihak
universiti termasuk para pensyarah lebih-lebih lagi surat akujanji telah
ditandatangani oleh seluruh warga universiti semua kampus yang telah
selesai sejak sebulan yang lalu. Sesiapa yang tidak berpihak pada kerajaan
pasti disenarai hitamkan.
Persoalan-persoalan di atas memang agak menarik untuk dibincangkan.
Apakah yang perlu diketahui ?
Selepas Fuad di tangkap, muncullah rasa tidak puas hati dikalangan
pimpinan pelajar ketika itu. Maka terkumpullah beberapa pimpinan pelajar
ketika itu untuk mencari penyelasaian kepada isu terbabit. Jaguh kepada
isu ini ialah saudara Ahmad Fadli (UIA)dan Mahadi Sukarno. Ketika dia
ditangkap, pada petang itu juga Encik Khairy Jamaluddin Pegawai Khas TPM
dihubungi, memastikan kedudukan Fuad. Biro pendidikan UMNO Dr. Adham
Baba juga dihubungi agar beberapa pertimbangan dilakukan.
Sebenarnya isu ini sedikit menggugat Barisan pimpinan mahasiswa (MPP)
yang menyokong kerajaan pada ketika itu, kerana isu ini telah menjadikan
Fuad “popular” dan dikenali. Maka ini merupakan penyakit yang mesti
diatasi kerana pihak pembangkang telah menggunakan isu ini untuk
diketengahkan kepada rakyat. Ternyata isu ini cukup menambat hati para
mahasiswa sehingga Fuad dijadikan wira dikalangan pimpinan mahasiswa.
Maka muncullah episod di dada akhbar menyiarkan kenyataan rasa tidak
puas hati terhadap tindakan menahan Fuad.
Sebelum ini isu majalah “Varsity 2001” turut mengundang kontroversi.
Fuad sendiri menafikan mereka menerbitkan majalah tersebut. Memang
majalah ini masih menjadi misteri. Ini disusuli pula pembakaran DTC. Apakah
Fuad adalah dalang disebalik semua ini?
Pelbagai pihak cuba mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh Fuad ini.
Di Pihak penyokong pembangkang ia dijadikan isu yang cukup baik, membuli
kerajaan. Tetapi di satu pihak yang menjadi aspirasi kerajaan, ia
merupakan malapetaka baru yang muncul menaikkan nama pimpinan universiti pro
pembangkang di dalam negara. Lalu pimpinan pro kerajaan juga terlibat
sama membantu menyelesaikan masalah ini.
Jangan kita fikir, Fuad dibebaskan bererti kerajaan takut menghadapi
isu ini? Ternyata TIDAK. Tetapi kerajaan juga melihat beberapa rasional
yang diberikan oleh para pimpinan mahasiswa yang pro aspirasi kerajaan.
Ini bermakna pimpinan mahasiswa sangat pro pembangkang tu perlu
berterima kasih kepada barisan pimpinan mahasiswa pro aspirasi kerajaan.
Kerana jika mereka berharap tindakan mereka berdemontrasi berjaya
menyelesaikan masalah ini, maka jawapannya TIDAK.
Dalam masa Fuad ditahan, suatu pertemuan telah dibuat dengan YAB
Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, yang
ketika itu berada di Sabah. Pertemuan yang dibuat di Hotel Shangri La itu
akhirnya telah menemui beberapa jawapan terhadap kes Fuad.
Pertamanya Fuad bukan ditangkap dan ditahan di bawah ISA, tetapi di
bawah siasatan ISA. Sebelum itu Pak Lah sebagai Menteri KDN belum
menandatangani surat yang mengesahkan Fuad di bawah tahanan ISA. Maka peluang
untuk membebaskannya sangat cerah. Oleh itu Fuad dilayan dengan Istimewa
dan kemudahan yang diperlukan olehnya diberikan ketika dalam siasatan.
Sebab itu apabila Fuad dibebaskan, Fuad memberikan kenyataan yang
positif terhadap ISA. Maka ini sedikit membantu mencerminkan ISA tidak
seburuk yang disangkakan.
Kedua, jangan membiarkan seseorang itu menjadi popular dan mendapat
sokongan pihak pembangkang. Walaupun sudah terlambat, bagaimanapun
pembebasan ini sedikit mengurangkan ketengangan yang berlaku. Kenyataannya
terhadap ISA sedikit menyumbang makna terhadap tindakan membebaskan Fuad.
Ketiga, Mesyuarat para Naib Cancelor dan Tim. Naib Cancelor HEP telah
memutuskan agar Fuad tidak perlu diambil tindakan, dan pengajiannya
diteruskan. Ini juga merupakan hasil pandangan para pimpinan pro aspirasi
kerajaan agar menerima semula Fuad, mempertimbangkan kesan-kesan
terhadap gerakan mahasiswa di negara ini.
Namun segala tindakan Fuad diperhatikan dan sentiasa dalam pantauan.
Salah seorang pimpinan mahasiswa pada sesi 2001 itu juga merupakan
seorang SB. Dia akan mencatatkan segala pergerakan dan aktiviti mahasiswa
pada ketika itu. Tetapi yang ini tak perlulah saya nyatakan siapa dia.
Cukuplah saya nyatakan setiap pergerakan kita ada mata memerhatikan
kita. Dalam konteks ini Fuad juga tidak terlepas.